Penulis

Teks : Iryani Ahmad

Merupakan seorang bekas pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Johor Bahru. Kemudian, menyambung pelajaran di peringkat menengah di beberapa buah sekolah. Antaranya adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat dan Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Sambung belajar seterusnya di Kolej Matrikulasi Johor. Mengambil Ijazah pertama di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam bidang Matematik. Pernah belajar secara penyelidikan sepenuh masa dalam pengkhususan Matematik Tulen bidang Algebra pada peringkat Sarjana.

Memilih untuk menjadi seorang surirumah sepenuh masa, home-tutor, pengedar buku sambilan, penjual barangan bayi dan pengedar produk makanan Muslim kepada usahawan. Aktif dalam aktiviti kemasyarakan berkaitan dengan hal ehwal wanita dan dunia penulisan. 

Mempunyai lima orang cahaya mata. Minat berkongsi tentang kembara permukimannya dari selatan ke utara tanah air dan petua melahirkan bayi dengan tenang berdasarkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi daripada Hypnobirthing created by Allah SWT dan guru bersalin (Nadine Ghows).

20 Syawal 1439

No comments: