Skip to main content

Resepi Panna Cotta Pandan

Oleh : Iryani Ahmad

Resepi ni saya ambil daripada Chef Brian. Dulu pernah join gathering Chef Brian ni kat Cyberjaya dengan geng masak Kak Farrah Rahim. Pandai dia olah masakan. Masa tu saya makan kek bayam tanpa tepung. Separuh kek saya makan! OK, tanpa buang masa, meh saya share resepi asal Italy ni sebenarnya tau! 

Ni menu merawat pesakit kanser. Siapa kata orang sakit tak boleh makan sedap? Tapi kenalah dengan bahan dan cara memasaknya kan? Menus ni boleh dihidang untuk 4-5 orang.


Resepi Panna Cotta Pandan


Resepi Panna Cotta Pandan



Bahan-bahan :

300ml susu
200ml santan
3 sudu besar gula perang
2 helai daun pandan diikat
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar gelatin
75gram gula melaka
garam secukup rasa

Cara membuatnya : 

1. Satukan dan panaskan semua bahan kecuali gelatin dan gula merah. Biar menyejuk sedikit supaya rasa pandan dapat diekstrak.

2. Ambil 1/4 cawan campuran tersebut dan campur dengan gelatin. Biarkan gelatin mengembang dan tuang kembali ke dalam campuran asal. Sejukkan dalam bekas plastik kecil dalam peti sejuk.

3. Buat sirap gula dengan mencairkan gula melaka bersama air scukupnya.

4. Hidangkan panna cotta ynag telah kental bersama sirap gula melaka.


**************************************************************


MANISAN ITALY PANNA COTTA


Resepi Panna Cotta 


Tak payah pergi Itali dah sbb nak makan dessert krim vanilla yg sejuk dan lembut mencair kat mulut ni. Lagi ummph bila ada sekali sos segar strawberi, mangga dan blueberry ni.

Dapatkan sekarang kat Mamasab Bakeri. Oopps order dulu kat sini yer www.wasap.my/601121870144/pannacotta


Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.