Skip to main content

Momentum 5 Tahun Lepas, Sekarang Hasilnya

Oleh : Iryani Ahmad

Momentum 5 Tahun Lepas, Sekarang Hasilnya Kita Dapat
Pernah dengar tak benda ni? Apa yang anda lalui sekarang adalah hasil aktiviti anda 5 tahun lepas.

Maksudnya ialah 5 tahun lepas siapa orang di sekeliling anda akan menentukan siapa anda pada hari ini. Bila bercakap pasal orang kan, memang tak boleh lari. Sebab kita pasti akan berjumpa orang lain sebab dah pasti kita ni orang. Dulu saya pernah cakap, kita akan jumpa orang lain walaupun saya suri rumah yang duduk kat rumah 24 jam selalu SEBAB saya bukan duduk dalam GUA. Baik, saya silap tentang gua. Sejak bermukim kat sini, dah kenal seorang kawan ni memang duduk dalam gua dan dia pun keluar berjumpa orang lain. Bukan bermaksud dia tiada rumah. Ada, rumah agam yang indah lagi. Tapi tu pilihan dia.

Siapa yang kita berjumpa 5 tahun lepas? Orang macam mana yang kita bergaul? Berapa pendapatan mereka? Bagaimana pegangan dia? Apa kepercayaan dia? Apa keimanan dia? Banyak lagi soalannya. Nantikan dalam keluaran buku motivasi saya akan datang.

Dalaman diri yang lebih penting daripada luaran sebab tenaga dalaman ini yang akan dipindahkan secara tak sengaja pada diri kita. Jika hebat dalaman seseorang yang kita bergaul tu, maka hebatlak kita 5 tahun akan datang. Bukan 5 tahun, anda balik je terus ke rumah perubahan tu akan dapat dirasai serta merta.

Nak bangkitkan tenaga dalaman ni susah sangat tau. Ibaratnya macam nak hidupkan api kat dalam air yang dalam. Cuba korang try. Boleh ke boleh? Jadi, ini adalah jalan shortcut iaitu kenalpasti siapa circle yang paling rapat dalam hidup anda?





Tatatata

Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.