Skip to main content

Makanan Pesakit Kanser


Hidup ini tidak lengkap andai tidak diuji-Nya. Tahun 1997 menjadi sejarah duka buat keluarga apabila nenek disahkan menghidapi kenser payudara tahap akhir. Hidup kami sekeluarga yang awalnya tenang tiba-tiba dilanda ribut. Nenek saya yang muda berumur 47 tahun dan saya berumur 10 tahun ketika itu perlu menjalani rawatan.

Nenek juga seorang chef katering mengubah corak pemakanan kami sekeluarga. Dengan pengalaman itu, saya mula berjinak untuk ke dapur. Kami sekeluarga cuba berdamai dengan penyakit ini namun nenek tewas akhirnya dalam pertarungannya. Saya masih ingat kata-kata doktor kepada kami.

Saya percaya setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Ketika ini, saya sangat merindui mama saya. Beliau sangat merasakan kehilangan nenek hingga sekarang. Cabaran yang paling besar yang perlu kami sekeluarga tempuhi kemudiannya ialah 2 tahun lepas kerana papa meninggal dunia selepas pulang daripada umrah.

Tahun lepas sebenarnya ialah tahap getir saya apabila saya disahkan menghidapi ketumbuhan cyst dan pada masa yang sama sedang mengandung. Cabaran paling besar keluarga kecil kami tempuhi ialah kebuntuan apabila berhadapan soal makanan untuk saya. Saya dan suami bersungguh-sungguh ubah semula rutin pemakanan kami selain daripada doa, istiqamah dan tawakal kepada-Nya. Alhamdulillah bayi dilahirkan dengan sihat, selamat. Cyst pun keluar macam tu je.




Buat anda yang sihat untuk mencegah dari terkena penyakit ini, juga buat anda yang sedang menghidapi atau menyokong seseorang sedang berdepan dengan penyakit berkaitan ini. Saya bakal kongsikan mulai sekarang supaya kita sebagai hamba-Nya yang lemah dapat tangani masalah ini bersama-sama. Bina keyakinan " setiap penyakit yang datang, Allah Ya Syafii sudah turunkan penawarnya bersama-sama." 

Teruskan ikuti penulisan saya dan blog baru saya di sini. Ada banyak petua masakan daripada lauk-pauk dan manisan sihat yang saya gali daripada khazanah di bumi bertuah Perlis ni. Tanpa bahan pengawet dan bahan tambahan itu sudah pasti. Sambil-sambil tu saya pun budak baru nak belajar menjadi agent Mamasab daripada Sabrina Bakeri. Sudah pasti saya pilih yang terbaik sebab kudapan daripada mamasab dimasak segar setiap hari tanpa menggunakan bahan tambahan pengawet. Sangat tak manis. Daripada bahan premium pulak tu. Ada yang tanpa gula dan tiada gluten tau! Kalau ada yang berkenan boleh terus wasap saya ya! www.wasap.my/601121870144

Salam sayang dari Iryani Ahmad

Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.