Skip to main content

Kisah Limited Edition

Oleh : Iryani Ahmad

Assalamualaikum. Lamanya tak tulis sini. Sibuklah katakan. Tapi setiap hari saya masih menulis ye. Kat mana tu? Biarlah rahsia. Kata ghostwriter. Hahaha. Tapi, kalau dah rindu kat saya kan...eh, rindu nak baca saya membebel boleh baca kat bawah label Mamasab. Klik je tagline bawah entri ni. Atau pergi terus ke blog baru KEDAI KEK


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, setiap tahun atau boleh kata setiap bulan saya akan berjumpa seorang yang baru dikenali biasanya dalam urusan jual beli. Kisahnya limited edition. Saling berkait antara satu sama lain. Saling berhubung akhirnya membawa makna kepada teknologi agung iaitu Allah Maha Kuasa Makhluk Langsung Tiada Kuasa. Nantilah sambung insyaAllah


Saya tak bermaksud nak tulis serius sangat sebab saya baru je buka kedai kek Mamasab sekarang ni. Kedai kek Mamasab online lah. Jadi, baru nak membebel kat sana. Best tau kek dan manisan yang dijual kat situ. Ha, tau dah.. Mestilah manis macam tukang jual dia kan. Hahaha. Kek dan manisan tu dimasak setiap hari tanpa bahan pengawet atau bahan aditif atau bahan tambahan. Hanya digunakan bahan aditif semulajadi. Bahan tambahan makanan semulajadi lebih baik berbanding bahan sintetik. Kita memang boleh bahan tambahan semula jadi apabila membuat kek. Pelbagai rempah juga boleh digunakan sebagai asas makanan. Selain sihat, kita juga boleh menghasilkan makanan yang menarik.


Jemput datang sana tau. Nah belanja gambar sikit. Klik je kat sini KEDAI KEK




Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.