Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Menu Makanan Rawatan Kanser

Oleh : Iryani Ahmad

Merujuk kepada Chef Brian dan juga nasihat daripada National Cancer Society Malaysia dalam buku yang bertajuk 101 Menu Pesakit Kanser. Pesakit kanser selalunya mengamalkan cara pemakanan yang kurang sesuai kerana mereka hanya mengambil makanan yang dianggap sihat.

Contohnya seperti apa yang sering dikaitkan dengan pemakanan sihat termasuklah gizi yang :

Kaya dengan buah-buahan , sayur-sayuran, bijiran dan gandum penuh
Daging dan hasil tenusu dalam kuantiti sederhana
Kuantiti kecil lemak, gula dan garam.

Namun, bila sudah disahkan ada kanser, pesakit terpaksa kena makan secukupnya agar bertenaga untuk berdepan dengan kesan sampingan daripada rawatan. Pesakit perlu lebih protein dan kalori selain diserikan dengan lebih telur, susu dan bahan tenusu.

Jika ada masalah menguyah atau menelan, bolehlah menambahkan kuah atau sos. Kadang-kadang pesakit mungkin perlu makanan yang lebih rendah kandungan seratnya.

Rawatan kanser direka untuk membunuh sel-sel kanser. Namun, ia j…

Resepi Panna Cotta Pandan

Oleh : Iryani Ahmad

Resepi ni saya ambil daripada Chef Brian. Dulu pernah join gathering Chef Brian ni kat Cyberjaya dengan geng masak Kak Farrah Rahim. Pandai dia olah masakan. Masa tu saya makan kek bayam tanpa tepung. Separuh kek saya makan! OK, tanpa buang masa, meh saya share resepi asal Italy ni sebenarnya tau! 

Ni menu merawat pesakit kanser. Siapa kata orang sakit tak boleh makan sedap? Tapi kenalah dengan bahan dan cara memasaknya kan? Menus ni boleh dihidang untuk 4-5 orang.


Resepi Panna Cotta Pandan





Bahan-bahan :

300ml susu
200ml santan
3 sudu besar gula perang
2 helai daun pandan diikat
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar gelatin
75gram gula melaka
garam secukup rasa

Cara membuatnya : 

1. Satukan dan panaskan semua bahan kecuali gelatin dan gula merah. Biar menyejuk sedikit supaya rasa pandan dapat diekstrak.

2. Ambil 1/4 cawan campuran tersebut dan campur dengan gelatin. Biarkan gelatin mengembang dan tuang kembali ke dalam campuran asal. Sejukkan dalam bekas plastik kecil dalam peti sejuk…

Resepi Biskut Gluten Free dan Bebas Gula

Ditulis oleh : Iryani Ahmad


Resepi Biskut Gluten Free dan Bebas Gula

Lepas scan bayi pertama kali, nampak ada kantung cyst dan baby pada masa yang sama, saya blur-blur katak macam tu. Tapi, lepas balik ke rumah, suami saya yang gelabah biawak takut sangat apa yang masuk ke dalam mulut mak buyung ni. Mengandung ada cyst dan baby, siapa tak gelabah kan? Saya terpaksa ikut program makanan yang dia aturkan. Makanan pertama yang dipotong belanja bulanan ialah GULA! Mak buyung biasalah nak ngup ngap selalu kan. Maka, tercetuslah idea resepi mudah. sihat dan sedap ni. 




Bahan-bahan :
2 biji telur
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh stevia

Campur bersama :
100 gram tepung beras
100 gram kelapa parut kering/ sangai
1 sudu teh garam

Cara membuatnya :
1. Panaskan oven dengan suhu 175 darjah celsius.
2. Pukul telur dan kuning telur hingga mengembang. Masukkan stevia, sedikit demi sedikit campuran tepung dan kelapa parut. Kacau rata tau.
3. Tuang adunan ke dalam bekas acuan yang sudah disapu mentega, bakar selama 3…

Makanan Pesakit Kanser

Hidup ini tidak lengkap andai tidak diuji-Nya. Tahun 1997 menjadi sejarah duka buat keluarga apabila nenek disahkan menghidapi kenser payudara tahap akhir. Hidup kami sekeluarga yang awalnya tenang tiba-tiba dilanda ribut. Nenek saya yang muda berumur 47 tahun dan saya berumur 10 tahun ketika itu perlu menjalani rawatan.

Nenek juga seorang chef katering mengubah corak pemakanan kami sekeluarga. Dengan pengalaman itu, saya mula berjinak untuk ke dapur. Kami sekeluarga cuba berdamai dengan penyakit ini namun nenek tewas akhirnya dalam pertarungannya. Saya masih ingat kata-kata doktor kepada kami.

Saya percaya setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Ketika ini, saya sangat merindui mama saya. Beliau sangat merasakan kehilangan nenek hingga sekarang. Cabaran yang paling besar yang perlu kami sekeluarga tempuhi kemudiannya ialah 2 tahun lepas kerana papa meninggal dunia selepas pulang daripada umrah.

Tahun lepas sebenarnya ialah tahap getir saya apabila saya disahkan menghidapi ketumbuhan cyst…

Petua Daging Kambing Tak Berbau

Oleh : Iryani Ahmad

Ada lagi lebihan daging korban pada hari raya aidiladha? Ha, dapat daging kambing atau daging lembu? Jika membuat korban, semua mestilah nak daging yang disimpan tidak berbau kan? Petua ni saya baca dari satu buku resepi. Jangan terus memasaknya!

Sebaiknya direndam dengan air basuhan beras untuk setengah jam dan kemudian direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah akan melembutkan daging. Selamat mencuba ya!

Selain itu, semasa merebus daging biarkan sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit sehingga buihnya habis.




Insya-Allah dengan cara ini, anda akan dapat mengurangkan kandungan kolesterol dan bau hamis daging! Em, apa kata cuba dulu kambing perap dari Mamasab Bakeri ni. Sedaaap!!!

****************************************************************



KAMBING PERAP BERAPI by Mamasab Bakery 😍
.
👉🏻 Hanya perlu grill sekejap saja
👉🏻 Dah boleh makan daging yang lembut dan berj…

Momentum 5 Tahun Lepas, Sekarang Hasilnya

Oleh : Iryani Ahmad

Momentum 5 Tahun Lepas, Sekarang Hasilnya Kita Dapat
Pernah dengar tak benda ni? Apa yang anda lalui sekarang adalah hasil aktiviti anda 5 tahun lepas.

Maksudnya ialah 5 tahun lepas siapa orang di sekeliling anda akan menentukan siapa anda pada hari ini. Bila bercakap pasal orang kan, memang tak boleh lari. Sebab kita pasti akan berjumpa orang lain sebab dah pasti kita ni orang. Dulu saya pernah cakap, kita akan jumpa orang lain walaupun saya suri rumah yang duduk kat rumah 24 jam selalu SEBAB saya bukan duduk dalam GUA. Baik, saya silap tentang gua. Sejak bermukim kat sini, dah kenal seorang kawan ni memang duduk dalam gua dan dia pun keluar berjumpa orang lain. Bukan bermaksud dia tiada rumah. Ada, rumah agam yang indah lagi. Tapi tu pilihan dia.

Siapa yang kita berjumpa 5 tahun lepas? Orang macam mana yang kita bergaul? Berapa pendapatan mereka? Bagaimana pegangan dia? Apa kepercayaan dia? Apa keimanan dia? Banyak lagi soalannya. Nantikan dalam keluaran buku mot…

Kenapa Tuduh Kambing Tinggi Kolesterol? Baca Dulu Ni...

Oleh : Iryani Ahmad


Kenapa Tuduh Kambing Tinggi Kolesterol? Baca Dulu Ni...

Selalu kan dengar sebelum ini tentang daging kambing banyak kolesterol? Selain itu, daging kambing sering dianggap punca kepada penyakit tekanan darah tinggi. Kasihan pada kambing yang langsung tak bersalah tu.

Hakikatnya bukan seperti itu. Hasil kajian yang dijalankan menyatakan bahawa lemak tepu pada daging kambing lebih rendah dibandingkan dengan lemak tepu pada daging ayam atau lembu. Menurut kajian, peratus lemak antara kambing, ayam dan lembu iaitu macamni :

25% pada ayam
14% pada lembu

dan hanya 9.2% sahaja terdapat pada kambing. Daging kambing langsung tidak membahayakan kesihatan sekiranya cara memasaknya dilakukan dengan kaedah yang lebih sihat.




Apabila hendak memasak daging kambing, lemak yang terdapat pada daging kambing seharusnya dibuang. Selain itu, penambahan perencah sos perap BBQ keluaran Mamasab Bakeri juga sangat elok kerana mengandungi 19 rempah diraja terpilih.




Rempah berfungsi sebagai an…

Kisah Limited Edition

Oleh : Iryani Ahmad

Assalamualaikum. Lamanya tak tulis sini. Sibuklah katakan. Tapi setiap hari saya masih menulis ye. Kat mana tu? Biarlah rahsia. Kata ghostwriter. Hahaha. Tapi, kalau dah rindu kat saya kan...eh, rindu nak baca saya membebel boleh baca kat bawah label Mamasab. Klik je tagline bawah entri ni. Atau pergi terus ke blog baru KEDAI KEK


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, setiap tahun atau boleh kata setiap bulan saya akan berjumpa seorang yang baru dikenali biasanya dalam urusan jual beli. Kisahnya limited edition. Saling berkait antara satu sama lain. Saling berhubung akhirnya membawa makna kepada teknologi agung iaitu Allah Maha Kuasa Makhluk Langsung Tiada Kuasa. Nantilah sambung insyaAllah


Saya tak bermaksud nak tulis serius sangat sebab saya baru je buka kedai kek Mamasab sekarang ni. Kedai kek Mamasab online lah. Jadi, baru nak membebel kat sana. Best tau kek dan manisan yang dijual kat situ. Ha, tau dah.. Mestilah manis macam tukang jual dia kan. Hahaha. Kek da…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…