Saturday, February 2, 2019

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.



Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa proses bersalin. Kesan emosi ni akan berlanjutan jika tidak dibantu. Tanpa sedar beban emosi sewaktu bersalin dibawa ke mana-mana dan dirasakan oleh orang sekeliling. Jadi, apa yang saya boleh bantu ialah teruskan melangkah. Hidup ini indah dan rasakan semasa bersalin iaitu rasa gembira, selesa, seronok, tenang dan bertenaga sebelum, semasa, selepas bersalin. Ibu yang gembira mampu menggembirakan anak-anak, suami dan orang sekeliling.


Dorongan nak belajar ni datangnya daripada nurse yang sambut baby pertama masa saya bersalin. Dia kata saya mesti pergi belajar sebab sangat penting untuk masa mendatang. Kemahiran ni ada program tersendiri yang bermula sejak awal kandungan. Ia hadiah terindah buat anak kerana ibu bijak mengawal emosi sepanjang hamil, bersalin dan berpantang.


Penulisan ni pun bermula. Ya, ada gurunya daripada team editorial. Manuskrip ebook ini pernah disemak oleh beberapa orang guru hypnobirthing, doktor perubatan, guru penulisan dan editor di rumah penerbitan buku. Tujuan menulis manuskrip ini supaya kesedaran pilihan bersalin dengan tenang dan gembira sampai kepada semua ibu agar tiada lagi rasa trauma dan tertekan semasa bersalin.


Cara Nak Bersalin

Saya harap tulisan ini sampai kepada semua ibu. Berikan kepada mana-mana wanita yang sedang mengandung yang anda kenal. Tidak mengandung pun boleh. Mana tahu suatu hari nanti, ada rezeki akan hamil. Ada macam-macam petua ilmu fisiologi badan, hormon, otot bekerja semasa hamil dan semasa bersalin. Segala persoalan terjawab dalam ebook ni. Kenapa saya bersalin rasa sakit sangat dan lama prosesnya?


Sempena ulang tahun ke 6  Ebook Bersalin Alami, saya hadiahkan Ebook Mini Bersalin Alami kat sini. Nah, ebook bersalin percuma. Klik je link ni tau







Ulasan Pembaca Ebook Bersalin Alami :



Oleh : Puan Hazzalia Hezra

Ebook ni banyak membantu. second baby nie. masa anak first dulu memang takda ilmu langsung. so far alhamdulilah paham.. cuma nak bagi hilang rasa takut tu ja kena training lagi ☺saya dah baca semua dah ebook bersalin alami.. best.. baca experience orang-orang yang bersalin alami.. ☺ dulu tak rasa seyakin nie.. bila orang cerita koyak dan jahit semua risau betul.. sekarang rasa lebih tenang even orang cerita macam-macam. nanti saya nak rekemen ebook sis. harga ebook sangat berpatutan 😘




Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membaca dan memberikan ulasan untuk e-book karya Puan Iryani Ahmad, Bersalin Alami. Walau pun tidak pernah bersua muka, berhubung atas talian, membaca karyanya membuat hati dekat dengan penulis. Penulis menulis dari hati dan nampak keikhlasannya untuk berkongsi sesuatu yang ramai wanita mengandung risaukan. BERSALIN.

Saya tidak pernah membaca buku seumpamanya. Kebanyakan buku hamil akan ada sekali bercerita tentang bersalin. Kebanyakan buku akan katakan, bersalin itu sakit dan memberi tanggapan kepada minda saya, ia perkara yang tidak menyeronokkan. Namun, pembacaan e-book bersalin alami menukar persepsi saya. Walau pun ada menerangkan sakit bersalin, tapi isunya ditukar menjadikan kita wanita yang redha dan bersedia untuk bersalin, seolah-olah, ia perkara yang menakutkan tetapi seronok. Seolah-olah orang nak terjun 'bungee'. Takut tapi seronok. Adrenalin rush itu menyeronokkan. Tapi dalam kes bersalin, sudah tentu hormon lain yang membantu.

Asalnya, e-book ini sudah ada dalam simpanan saya. Bila saya tahu saya mengandung, terus saya baca e-book ini. Alhamdulillah. Banyak sungguh tips. Kebetulan, saya turun darah di awal mengandung. Rupanya memang ada tips berkaitan menguatkan rahim. Bagai sudah jodoh dengan e-book ini.

Bacaan yang paling berkesan, sudah tentu perkongsian pengalaman dari wanita-wanita gigih yang bersalin secara alami. Ada pelbagai cara, ada pelbagai pengalaman yang berakhir dengan gembira. Sampaikan terdetik dalam hati saya, "eh, rupanya boleh bersalin macam ini." Punyalah kita dimomokkan dengan prosedur bersalin hospital yang menakutkan, jururawat yang menakutkan. Rupanya kita ada pilihan!. Kita yang bersalin. Kita bukan pesakit yang sakit. Kita hanya mahu melahirkan anak yang insyaAllah sihat. 


Ok. Kesimpulannya, e-book ini sememangnya membuka minda dan saya berpuas hati saya dijodohkan untuk membacanya. Terima kasih tidak terhingga kepada penulis, Puan Iryani Ahmad atas peluang yang diberikan. Terima kasih juga kerana menghasil e-book yang saya tidak sangka wujud.

Kepada anda yang sedang hamil dan merancang untuk hamil, e-book ini untuk anda. Jangan tunggu sehingga trimester ke-3. Bacaan ini seperti asid folik. Perlu dibaca sebelum dan awal kehamilan. 





Dalam ebook ini, tuan puan akan tahu tentang:
  • Apa maksud bersalin alami?
  • Bagaimana bersalin alami boleh membantu anda melahirkan bayi dengan rasa seronok?
  • Apakah formula rahsia bersalin yang digunakan supaya kekal rasa tenang dan selesa sepanjang contraction?

Berikan kami 1 minit, dan kami akan beritahu bagaimana anda boleh tiru strategi mereka, yang terbukti telah mengalami proses bersalin yang menyeronokkan.

4 Perkara Penting 


Ebook ini ditulis oleh Puan Iryani Ahmad dan terbahagi kepada 4 perkara utama.
Ebook ini akan menerangkan:
  1. Petua melawan rasa sakit contraction digantikan dengan perasaan seronok.
  2. Apakah struktur utama tentang petua dan tips yang membuatkan wanita hamil tidak lagi was-was dan takut mahu bersalin.
  3. Bagaimana tiru dan buat semula teknik bersalin alami – Untuk kelahiran akan datang.

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk tiru & buat.


Ebook ini diolah semula dalam bentuk pengamatan pengalaman penulis menerusi kaedah bersalin Hypnobirthing.
Iaitu tuan/ puan akan belajar dengan cara:
  1. Setiap kelahiran adalah pengalaman terindah.
  2. Menggunakan gambar yang mudah untuk kita faham nota dan belajar.
  3. Setiap isi bab yang santai sekitar 1 mukasurat– Supaya anda rasa seronok dan cepat faham.
Petua Mudah Bersalin 300%



4 Bab



Bab 1 – Penerangan tentang pengenalan bersalin alami.

Dalam bab pertama ebook, kita akan tahu:
  1. Kenapa bersalin akan rasa sakit?
  2. Apakah rahsia dan bagaimana rasa takut dan sakit dapat dibuang?
  3. Selamat tak bersalin alami?
  4. Trend bersalin generasi Y.

Bab 2 – Persediaan untuk bersalin alami.

Bab kedua pula melibatkan ilmu:
  1. Bagaimana sokongan suami akan membantu isteri sedang bersalin untuk mendapat tahap ketenangan optimum .
  2. Formula tawakal sebagai magnet menghilangkan rasa sakit.
  3. Bagaimana teknik mudah bersalin tanpa meneran.


Bab 3 – Teknik berkesan semasa bersalin alami

Bab ketiga melibatkan pembelajaran tentang:
  1. 9 teknik berkesan semasa bersalin.
  2. Induksi semulajadi untuk cepatkan proses bersalin.
  3. Memilih cara yang sesuai semasa mahu bersalin.

Bab 4 – Pengalaman sebenar melalui proses bersalin yang tenang dan menyeronokkan

Bab keempat adalah pengalaman sebenar yang fokus kepada:
  1. Bersalin alami di hospital kerajaan?
  2. Bagaimana amalkan bersalin alami?
  3. Bersalin secara alami dapat mencipta aura positif selepas melahirkan.





Jom baca penerangan ringkas bagi setiap bab dalam ebook ni. 


BAB 1 : PENGENALAN BERSALIN ALAMI

Kenapa Bersalin Akan Rasa Sakit?

Tapi ,mengapa proses melahirkan itu sakit? Hormon  oksitoksin dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan seks dan menyusukan anak. Tetapi kedua-duanya tidak menyakitkan. Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta seperti yang telah dijelaskan dalam topik sebelum ini.

Menurut fisiologi kelahiran (labour), hormon yang terlibat dalam menghasilkan kontraksi dan permulaan proses bersalin adalah oksitoksin, beta endorfin dan prostaglandin. Hormon oksitokin adalah hormon yang sangat istimewa kerana dengan rembesannya dapat meningkatkan pain threshold (mengurangkan rasa sakit), menyebabkan susu terus keluar selepas keluarnya bayi, menjana minda positif, meningkatkan sel-sel imun dalam badan dan mempercepatkan kelahiran.

Hormon beta endorphin adalah asid amino 31 peptide yang berfungsi seperti morfin dalaman. Ia mewujudkan keadaan separa sedar dan seterusnya memberikan rasa ‘tumpul’  kepada sakit yang dialami. Ancaman-ancaman negatif dari luar mengganggu rembesan hormon ini. Jikalau si ibu berseorangan atau bersama orang yang sangat dipercayainya, maka hormon ini akan dirembes dengan banyak. Perembesan hormon ini memerlukan situasi yang sangat tenang dan dalaman yang tanpa rasa takut dan risau.

Turut menjadi faktor, daya tahan sakit seseorang yang dipengaruhi oleh karektor individu tersebut. Bagaimanakah?

Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.


BAB 2 : PERSEDIAAN ASAS

Pemakanan Semasa Mengandung


Pemakanan yang betul penting untuk memastikan perkembangan sihat janin di dalam kandungan. Janin di dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada ibu mereka untuk bekalam makanan berkhasiat.

Wanita hamil digalakkan tidak mengikut perasaan makan tanpa memikirkan kebaikan atau keburukan jenis makanan yang diambil. Penting untuk memastikan makanan yang diambil memenuhi keperluan tenaga, protein, vitamin dan garam mineral.

Digalakkan bagi wanita hamil makan makanan semulajadi dengan tahap minimum jika ia sudah diproses. Hal ini untuk memastikan tiada bahan sintetik yang berlebihan di dalam tubuh yang mengakibatkan kelemahan sistem tubuh seterusnya tidak dapat berjalan dengan baik.

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasullah S.A.W, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Manakala hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar. 

Selain itu,ia membantu merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.Ini adalah antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma tersebut.

Konsep bersalin alami ini tidak dijamin berjaya sekiranya ibu tidak mengawal pemakanannya semasa mengandung. Bagaimanakah?

Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.


BAB 3 : TEKNIK BERSALIN ALAMI


TEKNIK PERNAFASAN

Pernafasan semasa bersalin mempunyai seni yang unik. Teknik pernafasan yang baik dapat membantu wanita mengurangkan rasa sakit semasa bersalin. Bagi menguasai kemahirannya, seseorang perlu sabar dalam belajar dan berlatih khusus tentang kaedah ini. Seni pernafasan semasa bersalin adalah cukup halus dan tidak cukup andai mempelajarinya secara teori.

Teknik pernafasan ini perlu dipraktikkan secara konsisten sejak wanita itu baru disahkan hamil. Wanita hamil perlu pandai menyesuaikan diri dan keadaan semasa mahu berlatih kaedah pernafasan ini. Asas teknik pernafasan adalah bagi menenangkan perasaan. Dengan teknik pernafasan yang betul, mereka berjaya mengawal diri untuk bertenang dalam semua keadaan.

Sepanjang proses bersalin, banyak tenaga yang akan digunakan. Jika wanita bersalin tidak mempunyai tenaga yang cukup, maka proses bersalin akan terasa begitu lama dan ia suatu proses yang menyeksakan.

Salah satu teknik yang boleh digunakan oleh wanita bersalin untuk mengekalkan tenaga adalah bernafas dengan cara yang betul. Selain dapat mengekalkan tenaga dalaman, teknik bernafas yang betul juga dapat memastikan bekalan oksigen yang mencukupi ke seluruh anggota badan dan juga bayi.

Nasihat buat ibu hamil, belajar bernafas dengan tenang dalam semua keadaan. Baik semasa memasak, menaiki tangga atau sedang membuang air besar. Nampak remeh tapi ia sangat penting. Buat mengikut kemampuan masing-masing. Pengasas Hynobirthing, Marie F. Mongan telah menerangkan dengan jelas dalam bukunya yang bertajuk Hypnobirthing The Mongan Method tentang teknik pernafasan yang betul semasa hamil dan bersalin.

Pernafasan yang betul adalah yang menggunakan hidung sahaja. Bagaiaman? Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.

Tiga teknik bernafas dengan tenang yang digunakan dalam Hypnobirthing adalah Pernafasan Tenang (Calm Breathing), Pernafasan Semasa Kontraksi (Surge Breathing) dan Pernafasan Semasa Bersalin (Birth Breathing).


1.   Pernafasan Tenang (Calm Breathing)



 Pernafasan cara ini adalah salah satu cara untuk menenangkan diri. Pernafasan ini digunakan semasa selang waktu antara kontraksi atau pada waktu meneran bayi dilahirkan.

Latihan : Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.



2.  Pernafasan Semasa Kontraksi (Surge Breathing)


Pernafasan ini juga hanya menggunakan hidung sahaja. Pada setiap kontraksi, pernafasan jenis ini akan digunakan antara 2 hingga 3 kali.

Latihan : Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.