Tuesday, January 1, 2019

Semua Masalah Boleh Selesai Dengan Amal

Oleh : Iryani Ahmad


SEMUA MASALAH BOLEH SELESAI DENGAN AMAL

* Catatan ini diambil dalam majlis tazkirah wanita pada 13.12.2016

Majlis yang besar malaikat mencari-cari majlis ni. Kumpullah semua pokok di dunia dan laut sebagai pena untuk tulis nikmat Allah. Kalau tambah lagi mesti tak cukup. Iman ini mesti diusahakn. Nabi Nuh AS, ramai umat yang ingkar. 950 tahun hanya 83 orang je yang ikut. Allah SWT hinakan depa dengan turunkan azab banjir yang besar. Air keluar dari mana-mana. Baca Al-Quran belajar bagaimana Allah SWT tarbiah para anbia. Lihat Nabi Ibrahim Allah SWT ajar tentang api yang membakar. Lihat bagaimana  agama bersihkan perangai jahiliah yang tanam dan bunuh bayi. Ada seorang perempuan kena seksa dengan parent di tengah padang pasir. Tapi Allah SWT sendiri yang bagi nusrah (pertolongan) bagi minum air dari khazanah Allah SWT. Jadi orang pelik sebab dia nampak segar je tak mati-mati. Jadi asbab hidayat pada parent dia masuk Islam. Hari ni masih Allah SWT yang sama yang pernah selesaikn masalah Nabi-Nabi. Jadi perintah Allah SWT nak betulkan iman dengan betulkan yakin Allah SWT saje yang selesaikan masalah. Selesaikn dengan 2 rakaat solat, ikut sunnah Nabi SAW, yakin dgn ihtisab janji Allah SWT, selesaikn dgn amal, dalam amal kita, cuba tengok ada tak ihsan. Seoalah-olah Allah SWT lihat kita. Baru rasa malu bila kita buat maksiat depan Allah SWT. Cek amal kita selalu betul ke buat kerana Allah SWT. Hari ni kita pisah sekejap dengan anak-anak kerana Allah SWT tunaikan perintah agama. Kita la yang kena buat kerja agama ni. Ni la jalan kita tiada jalan lain dah. 

No comments: