Wednesday, January 30, 2019

Petua Selsema - Review Cf-Rub Tasneem Naturel

Oleh : Iryani Ahmad

Hari ini genap 7 bulan kami sekeluarga menggunakan balm Cf-Rub Tasneem Naturel. Semasa anak pertama lagi 8 tahun lalu, saya suka gunakan bahan-bahan dari dapur seperti madu dan kunyit sebagai bahan untuk rawatan selsema dan batuk.

Selepas dapat anak kedua, kesedaran untuk mengubah gaya pemakanan dan mula berubat dengan makanan sunnah. Banyak rujukan yang dibuat. Macam nak buat tesis gayanya. Pada mulanya, saya simpan bahan-bahan rujukan dan pengalaman hasil berbincang dengan beberapa doktor perubatan yang cenderung ke arah perubatan sunnah.

Selepas dapat anak keempat, kami berpindah ke Perlis daripada Johor. Perjalanan yang sangat jauh naik keretapi bagi seorang bayi sangat memenatkan. Mungkin juga keadaan suhu dalam ETS yang sangat sejuk. Sangat penat, sangat lama dan sejuk. Sampai sahaja di rumah baru, anak-anak kami demam termasuk diri saya.

Lepas seminggu berehat, baby masih lagi selsema. Kesian sangat pada dia. Lama saya mohon Allah SWT bagi petunjuk yang mana ikhtiar kami laki bini mudahkan dan bagi penyelesaian. Ye lah, baby bawah 2 tahun kan.

Kami dah pergi ke klinik, memang doktor tak mahu bagi sebarang ubat. Tapi doktor kata, baby kami masih lagi dalam keadaan terkawal selsemanya. Tak perlu nebulizer. Tapi hati ibu ni kan, tengok dia nak tidur terganggu dengan nafas tersekat lendir selsema..

Masa bulan puasa, lepas berbuka kami ke klinik lagi. Doktor tanya apa yang kami dah buat bila anak dah berbulan-bulan kena selsema? Sejak bulan Januari sampai Jun 2018, baiknya seminggu lepas tu kena lagi.

Saya bagitau saya buat sauna bawang putih campur minyak habatussauda dalam air panas. Halakan muka baby ke besen yang keluarkan wap pas campuran bawang putih dan minyak habatussauda. Anak menangis jangan cakaplah. Lepas tu ada muntah sikit.

Doktor tu bagitau betul lah tu, teruskan lagi. Cuba beli apa-apa balm yang ada kat pasaran. Setakat untuk sapu luaran boleh, doktor bagitau. Saya pun teruskan mencari dulu. Sebelum ni saya pengguna essential oil. Tapi sekarang belum mampu lagi nak beli semula, kami pun sedang restructure balik keadaan kewangan famili.

Petua Selsema



Jadi saya cari jenis apa yang mudah dah siap dibancuh dengan dos bayi. Saya pun terus beli Cf-Rub, beli dengan agen di Kangar, Perlis. Balik terus sapu pada baby. Malam tu baby tidur lena, tak dengar dia tersekat bunyi lendir di hidung.

Tapi, esoknya memang buat saya terkejut. Esoknya  hidung baby keluar lebih banyak lendir hingus. Mula-mula pekat kehijauan. Lama-lama mecair jernih. Lepas minum susu, tetiba baby  muntah. Keluar susu dan lendir yang sangat banyak. Menangis kuat.

Review Cf-Rub Tasneem Naturel
Lepas dah penat menangis, tidur lena. Lama. Bangun tidur alhamdulillah syukur pada ALlah SWT. Baby saya dah sembuh dengan izin Allah SWT. Kini, baby saya dah mencecah umur 2 tahun. Bila dia terkena selsema biasanya kalau dia mandi lama sangat.

Kepada ibu ayah yang ada masalah anak mudah terkena selsema boleh dapatkan balm cfrub Tasneem Naturel dari sini 011-21870144 www.wasap.my/601121870144/cfrub.




No comments: