Skip to main content

Merancang Kehamilan Menurut Islam. Bagaimana Caranya?

Merancang Kehamilan Menurut Islam. Bagaimana Caranya?: Anak itu satu anugerah. Ramai yang impikan zuriat. Namun, ia perlukan perancangan. Mari kita lihat, bagaimana cara merancang kehamilan menurut Islam.

Teks : Iryani Ahmad

MERANCANG KEHAMILAN MENURUT ISLAM
Suami isteri yang sudah berkahwin sudah tentu mahukan anak sebagai penyambung keturunan dalam keluarga.

BERBINCANG SUAMI ISTERI

Merancang kehamilan atau kelahiran anak seharusnya dilaksanakan pada saat awal perkahwinan. Suami isteri wajar berbincang dan bersepakat tentang anak yang bakal dilahirkan. Merancang bilangan anak merupakan program yang agak penting dalam perjalanan hidup sebuah keluarga.
Bagi yang merancang untuk hamil selepas keguguran, pastikan merancang dengan teliti. Periksa tahap kesihatan isteri agar cukup kuat untuk mengandung lagi.

RANCANG DENGAN TELITI

Seorang arkitek yang mahu membina sebuah rumah, sudah tentu dia akan menggambarkan keseluruhan ideanya tentang rumah yang akan didirikan di atas sehelai kertas. Berapa jumlah biliknya, jenis bumbungnya, bagaimana warnanya dan bahan-bahan lain yang diperlukan. Dengan kata lain, untuk mendirikan sebuah rumah, haruslah ada perancangan dalam bentuk pola atau peta.
Walaupun melahirkan anak tidak sama dengan membuat rumah, jika dilihat dari sudut kepentingannya ia suatu tindakan yang bijak. Suami isteri yang bijaksana akan merencanakan dan memulakan dengan sesuatu niat pada setiap kelahiran anak. Jika membina rumah, seorang arkitek memerlukan desain untuk melukis tentang perancangannya. Masakan tidak untuk melahirkan anak atau membentuk keluarga, kita tidak mempunyai peta perancangan? Bukankah kelahiran anak lebih penting kerana ia lebih bernilai dan lebih mahal daripada nilai sebuah rumah?

KEINGINAN UNTUK DAPAT ANAK YANG SOLEH

Lebih-lebih lagi jika kelahiran anak diniatkan dengan keinginan mahu melahirkan anak yang soleh, cerdas, pintar dan berkualiti, maka perancangan yang teliti sangat diperlukan. Anak lelaki atau anak perempuan, itu perkara kedua. Yang penting, dapat anak yang sihat dan bakal dididik sepenuh hati.

Artikel ini hanya mengajak kita sebagai manusia melakukan langkah-langkah yang dinamakan ikhtiar. Pada akhirnya, kita sebagai hamba harus akur dan tunduk pada ketentuan Allah s.w.t.

TIMBA ILMU

Merancang-merancang juga. Ilmu kena cukup di dada. Tidak boleh hentam keromo sahaja. Jika merancang untuk hamil secara semulajadi, tanpa apa-apa produk, boleh rujuk artikel tentang tips cepat hamil ini. Juga perlu tahu kira waktu subur wanita dengan kalkulator ovulasi.

APA TUJUAN PERKAHWINAN?

Tujuan perkahwinan dalam Islam ialah untuk mencapai ketenangan, ketenteraman dan kesejahteraan hidup berumahtangga. Selain itu, Islam menganjurkan agar berkahwin dengan wanita yang subur supaya boleh mengembangkan keturunan. Di samping itu, Islam tidak menghendaki keturunan yang lemah dan serba kekurangan dari segi jasmani atau rohani.

RUJUKAN AL-QURAN

Salah satu faktor keluarga menjadi lemah adalah kerana wujud ketidakseimbangan antara kemampuan, keperluan, pendapatan dan pengeluaran. Dalam rangka membina keluarga bahagia dan harmoni, Allah s.w.t telah mengajar manusia tentang cara-cara berketurunan.
Seperti yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 33 yang bermaksud :
“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh iaitu bagi orang-orang yang ingin menyempurnakan penyususannya…”.
Selain itu, dalam surah Al-Ahqaf, ayat 15 yang bermaksud :
“… mengandungnya sampai menyapihnya adalah 30 bulan…”.
Melalui kedua-dua ayat Al-Quran di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa mengembangkan keturunan seharusnya dilakukan dengan perancangan dari segi jarak kelahiran dengan kelahiran berikutnya.
Merancang bilangan ahli keluarga adalah salah satu ikhtiar atau usaha manusia untuk mengatur kehamilan dengan cara tidak melawan hukum agama.
Apa-apapun jom tidur awal malam ni. Susah nak tidur? Dapatkan balm Sleep Tasneem Naturel di sini www.wasap.my/601121870144


*Sedang mengumpul semua database artikel di semua website nukilan Iryani Ahmad.

Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.