Thursday, January 3, 2019

Masa Ialah Modal Paling Mahal

Oleh : Iryani Ahmad

* Catatan ini diambil di Tazkirah Wanita pada 26.4.2015



MASA IALAH MODAL PALING MAHAL

Masa sangat berharga. Tak dapat diundur. Kalau kita dah niat tinggalkan semua iaitu keluarga, harta, kita usahakan jaga masa. Banyakkan jaga amal, dakwah. Kalau kita jaga amal insyaAllah nusrah Allah SWT akan datang. Anak kita banyak berkorban. Manfaatkan masa. Masa ni milik Allah SWT. Masa umpama pedang. Disiplinkan diri semasa keluar jalan Allah SWT ni. Amalan ijtimai dah diprogramkan. Masa solat kena siap-siap. Kalau kat rumah kita susun jadual ikut waktu solat. Ikut program. Sebelum 10 minit  azan dah siap. Masa ni modal. Untung kita pahala. Rugi kita dosa. Kita ni nak untung banyak je, tapi tak nak korban modal. Kurangkan yang sia-sia, banyak yang kita nak belajar. Usahakan. Wanita keluar jalan Allah SWT kena siap dan sedia. Kalau kita dengar, kita lupa. Kalau cakap, kita ingat. Kalau buat, kita dapat. Masa keluar, pentingkan ijtimai dulu. Masa keluar ada target, berapa nak hafal. Minta Allah SWT berkati masa kita. Kita selalu lalai dengan benda moden. Doa Allah SWT berkati masa. Doa berkat masa kita.

No comments: