Skip to main content

Dunia Sangat Sementara

Oleh : Iryani Ahmad

* Catatan ini diambil dalam Tazkirah Wanita


Hakikat dunia sangat sementara. Mari kita doa moga kita dapat & inginkan kejayaan sbnr. Dunia ni siapa yg ciptakan. Siang mlm siapa yg tentukan. Hujan. Mknn. Buah. Yg tumbh dr tanah. Mknn dari laut. Siapa yg jadikan. Kita lg kenal ikan. Dari siapa yg jadikan ikan. Sepatutnya hati kita insaf & cenderung pd yg menjadikan. Kalau tak, hati kita akan perbesarkan makhluk. Sbb tu kita kena blaja cakap ttg kebesaran Allah SWT & istigfar selalu. Supaya keyakinan kita hanya pd Allah SWT. Kita takut kalau kebesaran makhluk dlm hati.



Iman ni sgt penting. Satu amalan. Ia perbuatan berlaku dlm hati. Org tak nampak sbb ia berlaku dlm hati. Utk ada iman dlm hati sepatutnya harus ada dlm hati tiap waktu & ketika.  


Tiada Tuhan selain Allah SWT & Nabi Muhammad SAW ada di tempat pertama dlm hati kita setiap masa & setiap kali. Kalau solat, 5 kali.


Keyakinan betul pd Allah SWT, maka amalan yg lahir dr dirinya ialah yg diredai Allah SWT. Tapi org yg yakinnya rosak pd Allah SWT. Ketika yakinnya pd makhluk & selain Allah SWT maka dia akan langgar perintah Allah SWT. Contoh kerja. Kalau yakinnya pd Allah SWT, walau dia sibuk, ketika dtg perintah Allah SWT, dia akan segera tunaikan. Yakin rezeki tu dari Allah bukan pekerjaannya. Nauzubillah. 


Ada org sanggup tinggalkan solat semata2 mahu melakukan kerjanya. Di dunia, org yg tinggal solat tak dapat bahagian dari org soleh. Walau ada org soleh di sekelilingnya. Betapa bahaya keyakinan pd makhluk. Betapa bahaya jika rosak nya keyakinan pd Allah SWT. 


Dunia ada masalah, akhirat pun ada masalah. Sbb tu kita kena blaja kenal Allah SWT. Jadi amalan yg keluar dari mata, mulut, anggota badan kita ni jadi betul dan dpt redha & pertolongan dari Allah SWT. 


Sbgaimana Nabi Ibrahim, percaya api ni takde kuasa dan yakin Allah SWT pasti bantu dia. Hingga malaikat tawarkan utk bantu dia. Tapi dia cakap kalau malaikat ni bukan atas perintah Allah SWT utk bantu dia, cukuplah Allah SWT sahaja sbg pembantuku. Perkara ini datang dari hati & mulut yg betul. Barulah dtg bantuan Allah SWT datang dgn bantuan yg tak terfikir oleh manusia. Api menjadi sejuk & Nabi Ibrahim duduk dlm api selama 40 hari. Duduk dgn selesa & sejahtera. Utk Nabi Ibrahim, api menjadi nyaman dan sejahtera. 


Hari ni, penting utk kita betulkan yakin kita pada Allah SWT supaya yakin kita tak rosak pada makhluk. Adakah keyakinan kita betul pd hari ni? Dialah yg sembuhkan kita, yg selamatkan kita dari bahaya & malapetaka? Kita kena buat pengorbanan dan usaha utk betulkan yakin kita pada Allah SWT. 


Kalau kita tak buat pengorbanan, yakin ni takkan masuk dlm hati. Contohnya isteri Nabi Ibrahim dah berkorban dan redha ditinggalkan seorang diri di pdg pasir, takde rumah, air, pondok, aircond, kedai. Hari ini, isteri ditinggalkan ada kedai dekat, mknn penuh peti ais. Kalau ini pun komplen tak tahu la. Bagaimana nak blaja pengorbanan dan iman. Hajar tak komplen malah tanya adakah ini perintah Allah SWT? Hanya anggukan sahaja. Tapi Hajar redha. Dari sinilah Hajar blaja iman. Kerana redha isteri, anak yg masih bayi pun blaja iman. 


Kunci kepada semua ini ialah pengorbanan. Suami keluar jalan Allah SWT. Isteri redha sepanjang ketiadaan suami tersebut ditinggalkan kerana Allah SWT. Bukan kerana dunia. Sekarang, ramai suami keluar bekerja tinggalkan isteri dan redha. Tapi ini bukan berkorban. Farouk r.a tinggalkan isterinya masa tgh mengandung. Setelah puluh tahun, dia balik. Dia singgah masjid. Ada imam muda dgn bacaan yg sgt bagus. Bila balik dia sekali jalan dgn imam muda tadi. Bila isteri muncul inilah anak kamu yg ditinggalkan dulu. Sbb suami buat pengorbanan utk agama Allah ini, isteri jadi solehah, anak jadi anak beriman & soleh. Ini yg dilakukan oleh sahabat terhadap Rasulullah SAW. 


Terlalu byk pengorbanan yg dilakukan oleh sahabat r.a. Sekumpulan sahabat 200 org bergerak ke timur. Tapi ramai syahid dan tinggal 10 org sampai ke China. Maharaja China mahu usir sahabat ini & telah ramai msykt China yg dah masuk Islam & bgtau maharaja kalau sahabat ini dihalau, mereka pun akan dihalau. 


Hari ini, sgt ramai org islam sendiri ramai dah tak amalkan islam. Hari ni, kitalah yg kena hidupkan pengorbanan kita. Kalau kita sibuk kejar dunia, dunia ni yg akan maju. Bukan agama & akhirat kita. Tapi kalau kita kejar akhirat, dunia pasti kejar kita. Perkara yg Allah dah tentukan iaitu jodoh, rezeki dan ajal pun kita sanggup berhempas pulas. Tapi perkara iman yg Allah SWT kata berkadar terus dgn pengorbanan kita buat sambil lewa dan tak buat pengorbanan. Ini yg seharusnya kita fikirkan. 


Allah SWT janjikan keberkatan rezeki dgn keberkatan. Suami jaga solat jemaah di masjid. Isteri jaga solat awal waktu, bacaan Yasin, Waqiah- janji Allah SWT takkan dtg keburukan utknya, solat Dhuha- Allah dekatkan rezekinya. Jadi, kita kena kembali pada jalan Allah SWT. Galakkan suami & anak kita keluar jalan Allah SWT. Byk org berubah takmau Islam, akhirnya masuk Islam akibat pujukan isteri. Contohnya Ikrimah. Dah masuk islam. Byk suami yg buat usaha agama skrg sbb pujukan isterinya. 


Siapa sedia untuk belajar iman? Wasap segera!

Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.