Skip to main content

Betul Ke Jadi Surirumah Tak Dapat Membeli-belah?



Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Lihat pada tajuk di atas. Betul ke kalau sudah jadi seorang surirumah tangga sepenuh masa, kita tak dapat lagi pergi membeli-belah? Adakah ketakutan ini yang membelenggu kita (para isteri) untuk berhenti kerja lalu menjadi seorang surirumah? Yelah, sudah tak ada lagi duit masuk ke dalam akaun setiap bulan. Nafsu yang membuak-buak acapkali melihat katalog barang keperluan rumah dan diskaun menarik terpaksa ditahan begitu sahaja.


Hutang

Antara sebab lain dah tak boleh lagi jadi surirumah sepenuh masa atau nama lainnnya terpaksa makan gaji sampai pencen boleh jadi kerana sudah terikat untuk membayar pinjaman bank perumahan atau kereta atau terikat dengan perjanjian bon biasiswa semasa belajar contohnya Telekom, Petronas, TNB dan lain-lain. Sekejap. Jadi, yang jadi surirumah ni memang tak terikat dengan apa-apa pinjaman bank ke? Untunglah macam tu. 

Siapa kata? Apa cerita pada surirumah yang pernah membuat pinjaman pembelajaran seperti PTPTN semasa diploma, degree atau master dahulu? Mereka ni tak bayar PTPTN ke sebab dah jadi surirumah? Kalau kahwin dengan jutawan, bolehlah minta tolong Tuan Suami jutawan bayarkan. Kalau kahwin dengan Tuan Suami yang makan gaji di kerajaan, bagaimana?

Cerita di bawah mungkin boleh dijadikan panduan bagaimana suami berusaha membayar semua pinjaman hutang dalam tempoh 4 tahun. Termasuk hutang PTPTN suami, PTPTN isteri dan hutang kereta. Baca di sini.


Kalau kita ni pula yang tiada bakat berniaga, tiada masa sangat sebab sangat sibuk uruskan keperluan suami, anak-anak, keluarga mentua dan keluarga sendiri. Bagaimana? Takkan mahu gigit jari sahaja. Pulak tu hampir setiap tahun mengandung dan melahirkan anak. Kira rugilah kan jadi surirumah ni? Siapa kata macam tu yang rugi sebenarnya.



Berada di Rumah

Dr. Laura Sclessinger di dalam bukunya yang bertajuk In Praise of Stay-at-Home Moms menyatakan kepuasan, kegembiraan, ketenangan dan penghargaan yang sebenarnya bagi seorang wanita terutamanya seorang isteri dan ibu adalah berada di rumah. Isteri dan juga ibu sangat diperlukan oleh ahli rumah iaitu ahli keluarganya lebih utama berbanding oleh orang lain di dunia ini. 


Penulis tidak mahu mana-mana wanita yang memilih untuk keluar bekerja pernah berasa menyesal atau bersalah terhadap keputusan untuk bekerja di luar. Beliau tidak bermaksud mahu menyalahkan mana-mana wanita yang memilih untuk keluar bekerja tetapi menekankan bagaimana kehidupan seorang wanita itu lebih diperlukan di rumahnya sendiri.


Pada 1400 tahun yang lepas, Islam telah lama mengangkat martabat wanita dengan melepaskan beban di bahu mereka dalam urusan mencari nafkah keluarga. Islam telah mewajibkan lelaki pergi keluar mencari nafkah untuk keluarganya dan meletakkan wanita di tempat yang paling selamat iaitu di rumah mereka. Tanggungjawab sebenar bagi seorang wanita adalah tanggungjawab domestik dirumahnya iaitu menjaga urusan anak-anak, mentarbiah anak-anak dan mentaati perintah suami. Itulah pekerjaan yang sebenarnya.


Seorang pensyarah bernama Khalid Yassin berucap di dalam kuliahnya berkata dengan tegas, isu ini sudah lama selesai sejak 1400 yang lalu. Oleh kerana pada zaman yang dikatakan moden ini, wanita yang menjadi surirumah yang tidak keluar bekerja akan kelihatan agak ketinggalan dan macam tiada status. Persoalan saya, adakah kerana surirumah yang tiada pendapatan ini adalah lebih rendah statusnya daripada wanita yang bergaji besar setiap bulan? Siapakah yang meletakkan syarat sebegitu?



Kepuasan Sebenar


Apabila ketenangan, kegembiraan dan penghargaan bagi seorang isteri telah diperoleh daripada seorang suami yang sangat menyayangi isterinya dan anak-anak yang sangat mencintai ibunya, maka KPI isteri/ ibu tadi terus melonjak naik mendapat markah penuh. Justeru, mutu kerja yang dilaksanakan juga sangat cemerlang dan ikhlas seiring dengan anugerah yang dicapai.


Penat dan keluh kesah ditolak tepi. Semua yang dilakukan eksklusif khas untuk suami dan anak-anak demi mencapai redha Allah semata-mata. Maka lahirlah pelbagai idea bernas setiap hari bagaimana dapat menambah pendapatan dan menjadi seorang surirumah pada masa yang sama. Di Malaysia, sudah banyak ikon surirumah jutawan yang boleh dicontohi. Surirumah yang biasa-biasa sahaja kita nampak ini sebenarnya jutawan senyap. 



Surirumah Jutawan 


Contoh yang paling dekat dalam hidup saya adalah wanita di Selama ini. Beliau telah membeli beberapa aset secara tunai. Antaranya adalah beberapa buah rumah teres, kereta dan beberapa bidang tanah yang mempunyai hasil lumayan saban bulan. Semua aset ini memberikan aliran tunai positif setiap hari dan beliau sekarang hanya duduk di rumah sahaja melakukan hobi menanam pokok. Bukan niat mahu menunjuk-nunjuk atau berlagak, tetapi beliau sangat menjadi sumber inspirasi buat diri saya yang masih mentah ini.



Jadi, bagi ibu muda seperti saya bagaimanakah caranya untuk menjadi seperti itu? Nasihat yang selalu diterima oleh ibu inspirasi ini adalah, selalu bersedekah secara konsisten, beli harta yang boleh bagi pulangan tinggi (hartanah berpotensi di kawasan panas- beli, simpan, jual ) dan rebut peluang buatlah apa sahaja yang halal, yang boleh mendatangkan duit. Beliau pernah menyuruh saya menjual jemput-jemput kepada budak-budak sekolah. Kebetulan rumah saya terletak betul-betul di depan sekolah.



Balm Bayi Tasneem Naturel

Dari sudut kesihatan, Balm Bayi Tasneem Naturel terbukti memberi manfaat kepada kesihatan selain mampu menjana pendapatan yang menguntungkan. 

Selain itu, hubungan anak bayi dan ibu juga semakin rapat melalui pelbagai teknik urutan yang boleh digunakan. Salah seorang terapis yang juga seorang isteri dan ibu sangat berbesar hati berkongsi dengan kita semua teknik urutan bermanfaat buat bayi selesa di dalam group kami. 

Boleh berkunjung ke SINI untuk membuat tempahan.


cara hilangkan batuk berkahak bayi



# Mulakan langkah pertama dengan menyediakan tapak di alam maya sebagai langkah memulakan perniagaan ,mendapatkan pelanggan atau juga langkah pertama dalam menyampaikan ilmu dengan :

1) sertai kelas blog (untuk menulis bebas)
2) sertai kelas tulis ebook (untuk melebarkan sayap perniagaan di alam maya)
untuk sertai, boleh masuk ke sini :









Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.