Skip to main content

7 Kelebihan Mengandung, Ibu Hamil Mesti Tahu!

7 Kelebihan Mengandung, Ibu Hamil Mesti Tahu!: Mengandung itu satu nikmat yang diimpikan semua wanita. Mari kita lihat, apa kelebihan mengandung dalam Islam. Ibu hamil mesti tahu perkara ini!

Teks : Iryani Ahmad

Pengalaman Bersalin. 7 Kelebihan Mengandung, Ibu Hamil Mesti Tahu!


APAKAH KELEBIHAN MENGANDUNG?


Lumrah bagi pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga mahu mendapatkan zuriat keturunan mereka. Kehamilan adalah tanda anda bakal dapat menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Selain bercakap tentang soal menimang cahaya mata, kali ini kita akan membincangkan tentang manfaat yang diperolehi jika anda sedang mengandung!

1. TIADA LAGI SENGGUGUT

Wanita hamil tidak didatangi haid. Justeru, selamat tinggal senggugut! Berita gembira buat pasangan yang merancang anak melalui kaedah semulajadi. Anda tidak perlu lagi risau melakukan hubungan intim tanpa perlu lagi melihat kalendar!

2. TERASA BERSERI-SERI

Dengan kata lain, mungkin juga terasa lebih seksi. Pengaruh hormon estrogen dan progesteron sepanjang kehamilan menyebabkan berlaku perubahan fizikal terutama pada bahagian payudara. Gunakan kesempatan ini untuk memikat hati suami anda.
Alasan untuk menolak melayani suami ketika hamil amat tidak wajar. Hal ini boleh dimaafkan ketika kehamilan pada trimester pertama kerana anda letih dan muntah. Manakala pada trimester ketiga perasaan tidak selesa disebabkan saiz perut yang membesar. Namun, yang pasti bayi tidak sesekali akan tercedera semasa anda melakukan hubungan intim.

3. KEYAKINAN DIRI MENINGKAT

Sesetengah wanita berasa kurang yakin ketika hamil kerana merasakan tubuh badan mereka yang membesar dan kelihatan gemuk. Anda seharusnya bersyukur kerana ia dapat menyingkirkan tanggapan orang yang mengatakan anda mandul.
Selain itu, kejayaan melahirkan bayi samada secara normal atau pembedahan akan memberikan suatu kekuatan baru kepada wanita. Bersyukurlah!

4. SELERA MAKAN BERTAMBAH

Pada peringkat awal kandungan, anda akan berasa loya dan muntah-muntah disebabkan deria yang lebih sensitif daripada biasa. Ia boleh sahaja berpunca daripada bau tumis masakan, bau wangian atau bau badan suami.
Setelah kandungan memasuki trimester kedua, badan anda telah mula serasi dengan perubahan hormon ketika hamil. Disebabkan ini juga, ibu hamil biasanya terasa mengidam mahu makan sesuatu makanan.

5. KURANG RISIKO KANSER

Menurut kajian pakar, kehamilan memberi bentuk perlindungan kepada wanita daripada berlakunya kanser payudara dan ovari. Beberapa kajian juga mendapati, penyusuan penuh susu ibu selama 2 tahun dapat mengurangkan risiko sesetengah kanser kepada wanita.
Subhanallah!. Hal ini telah Allah s.w.t perintahkan kepada wanita supaya menyusukan anak mereka selama 2 tahun seperti yang terkandung dalam surah Al-Baqarah ayat 233.

6. SUAMI LEBIH SAYANG

Masa inilah kita boleh rapat lagi dengan suami. Jika mahu tengok suami sayang atau tidak, minta dia urutkan badan, urutkan kaki dan picit-picit belakang. Kalau rasa penat, minta suami kemaskan rumah. Jika mengidam, minta suami carikan apa yang kita mahu.
Tidak lakukan semua itu, tidak semestinya suami tidak sayang. Kadang-kadang, lelaki tidak tunjukkan kasih sayang secara direct. Islam juga menggalakkan suami lebih menyayangi dan menjaga isteri yang sedang hamil.

7. PELUANG MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH S.W.T

Sepanjang hamil, wanita terpelihara suci dan tidak didatangi haid. Tempoh ini adalah saat yang sesuai untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan berlaku perubahan yang lebih baik sebagai seorang muslimah.
Tidak semua wanita berpeluang hamil, usah persia-siakan anugerah ini. Dekatkan diri kepada Allah s.w.t dan panjatkan kesyukuran kepadaNya. Usah layankan gangguan emosi semasa hamil yang biasa terjadi sewaktu hamil seperti menangis atau marah-marah tanpa sebab.

Pengalaman Mengandung


Saya mahu dapatkan ebook ini sekarang.


Sedang mengumpul semua database artikel di semua website catatan Iryani Ahmad.

Ibu hamil yang loya-loya boleh gunakan Balm Tasneem Naturel Trub untuk buang angin berlebihan. Sapu sahaja di kawasan nadi dan bau serai dan peppermint yang menyegarkan dapat kurangkan pening kepala. Selain itu, ia membantu masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit ibu mengandung. Boleh dapatkan Balm Tasneem Trub melalui wasap saya di sini www.wasap.my/601121870144

sembelit ibu mengandung 120%

Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.