Skip to main content

5 Persediaan Sebelum Bersalin, Dari Segi Mental & Emosi

Teks : Iryani Ahmad


5 Persediaan Sebelum Bersalin, Dari Segi Mental & Emosi: Persediaan sebelum bersalin adalah sangat penting. Ramai yang sediakan barang bayi, namun tidak ramai yang bersedia dari segi mental dan emosi.

Teks : Iryani Ahmad
Ulasan Ebook Bersalin Alami. 5 Persediaan Sebelum Bersalin, Dari Segi Mental & Emosi



PERSEDIAAN SEBELUM BERSALIN


Perkara yang selalu diabaikan semasa hamil adalah persediaan mental semasa mahu bersalin. Kebiasaannya, perkara yang lebih dirisaukan oleh wanita hamil adalah hospital pilihan, pakaian, mainan, katil bayi, kerusi tolak bayi, kerusi kereta dan lain-lain barang keperluan fizikal.

Bab ini, ramai sangat wanita yang tidak ambil peduli. Persediaan mental adalah antara latihan yang paling penting perlu dilakukan oleh wanita hamil jika mahu bersalin secara alami. Apa yang merisaukan banyak wanita, mereka lebih mementingkan persediaan yang memenuhi keperluan emosinya seperti barang-barang keperluan bayinya nanti.
Kalau bayi lelaki mahu belikan barang berwarna biru, kalau bayi perempuan mahu beli semuanya dengan warna pink sahaja.
Trend turun menurun.
Contoh persediaan mental adalah seperti berikut :

1. Emosi Semasa Bersalin
Kenal pasti emosi yang mungkin berlaku semasa bersalin nanti. Jika sebarang perasaan yang tidak stabil dapat dikesan, bekerja keras dari sekarang bagaimana cara untuk mengatasinya.


2. Kenalpasti Tahap Ketakutan
Latihan ini sangat bagus kerana ia dapat membuatkan anda lebih berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menghilangkan ketakutan anda. Hilangkan ketakutan dengan melakukan perkara yang menyeronokkan anda. Itu sahaja.

3. Kemahuan atau Kehendak
Latihan ini dapat melatih anda untuk mengenalpasti apa yang benar-benar diperlukan dalam rancangan bersalin (birth plan). Ia memberikan kebebasan memilih dan bukan lagi berserah sepenuhnya pada pilihan doktor.

4. Proses Bersalin
Semua wanita mahukan proses bersalin yang cepat dan tenang. Hal ini akan membuatkan rasa terpaksa berusaha cari apa yang perlu dilakukan sekarang dan gali lagi ilmu banyak-banyak.

5. Meditasi Bersalin
Latihan ini dapat melatih anda untuk mengenalpasti apa kekuatan dalaman anda dan bagaimana untuk melatih kekuatan dalaman supaya dapat dibuat semasa sedang sakit bersalin.

Antara rahsia kejayaan seseorang wanita dapat bersalin alami adalah kepercayaan pada diri sendiri serta keyakinan yang sangat tinggi pada Allah S.W.T. Percaya badan akan mampu dan kuat untuk lalui proses bersalin dengan mudah seperti yang telah Allah S.W.T kurniakan buat semua wanita. Yakin Allah S.W.T akan memberikan kekuatan untuk melahirkan bayi. Tidak ada orang lain yang mampu untuk memberi keyakinan semasa bersalin melainkan Allah S.W.T. Emosi yang cukup positif dan keyakinan yang tinggi dapat membawa anda untuk menempuhi proses bersalin alami.
Tips Mudah Bersalin

Baca lagi tentang Langkah demi langkah bersalin alami –selamat, lancar, tenang, selesa dan seronok di sini http://bersalinalami.blogspot.com/
Gunakan Balm Tasneem Naturel Calm Time semasa sedang mula kontraksi bersalin dapat buat ibu bersalin kembali tenang dan terkawal. Dapatkannya di sini www.wasap.my/601121870144

pengalaman bersalin



Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.