Saturday, February 2, 2019

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.



Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa proses bersalin. Kesan emosi ni akan berlanjutan jika tidak dibantu. Tanpa sedar beban emosi sewaktu bersalin dibawa ke mana-mana dan dirasakan oleh orang sekeliling. Jadi, apa yang saya boleh bantu ialah teruskan melangkah. Hidup ini indah dan rasakan semasa bersalin iaitu rasa gembira, selesa, seronok, tenang dan bertenaga sebelum, semasa, selepas bersalin. Ibu yang gembira mampu menggembirakan anak-anak, suami dan orang sekeliling.


Dorongan nak belajar ni datangnya daripada nurse yang sambut baby pertama masa saya bersalin. Dia kata saya mesti pergi belajar sebab sangat penting untuk masa mendatang. Kemahiran ni ada program tersendiri yang bermula sejak awal kandungan. Ia hadiah terindah buat anak kerana ibu bijak mengawal emosi sepanjang hamil, bersalin dan berpantang.


Penulisan ni pun bermula. Ya, ada gurunya daripada team editorial. Manuskrip ebook ini pernah disemak oleh beberapa orang guru hypnobirthing, doktor perubatan, guru penulisan dan editor di rumah penerbitan buku. Tujuan menulis manuskrip ini supaya kesedaran pilihan bersalin dengan tenang dan gembira sampai kepada semua ibu agar tiada lagi rasa trauma dan tertekan semasa bersalin.


Cara Nak Bersalin

Saya harap tulisan ini sampai kepada semua ibu. Berikan kepada mana-mana wanita yang sedang mengandung yang anda kenal. Tidak mengandung pun boleh. Mana tahu suatu hari nanti, ada rezeki akan hamil. Ada macam-macam petua ilmu fisiologi badan, hormon, otot bekerja semasa hamil dan semasa bersalin. Segala persoalan terjawab dalam ebook ni. Kenapa saya bersalin rasa sakit sangat dan lama prosesnya?


Sempena ulang tahun ke 6  Ebook Bersalin Alami, saya hadiahkan Ebook Mini Bersalin Alami kat sini. Nah, ebook bersalin percuma. Klik je link ni tau







Ulasan Pembaca Ebook Bersalin Alami :



Oleh : Puan Hazzalia Hezra

Ebook ni banyak membantu. second baby nie. masa anak first dulu memang takda ilmu langsung. so far alhamdulilah paham.. cuma nak bagi hilang rasa takut tu ja kena training lagi ☺saya dah baca semua dah ebook bersalin alami.. best.. baca experience orang-orang yang bersalin alami.. ☺ dulu tak rasa seyakin nie.. bila orang cerita koyak dan jahit semua risau betul.. sekarang rasa lebih tenang even orang cerita macam-macam. nanti saya nak rekemen ebook sis. harga ebook sangat berpatutan 😘




Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membaca dan memberikan ulasan untuk e-book karya Puan Iryani Ahmad, Bersalin Alami. Walau pun tidak pernah bersua muka, berhubung atas talian, membaca karyanya membuat hati dekat dengan penulis. Penulis menulis dari hati dan nampak keikhlasannya untuk berkongsi sesuatu yang ramai wanita mengandung risaukan. BERSALIN.

Saya tidak pernah membaca buku seumpamanya. Kebanyakan buku hamil akan ada sekali bercerita tentang bersalin. Kebanyakan buku akan katakan, bersalin itu sakit dan memberi tanggapan kepada minda saya, ia perkara yang tidak menyeronokkan. Namun, pembacaan e-book bersalin alami menukar persepsi saya. Walau pun ada menerangkan sakit bersalin, tapi isunya ditukar menjadikan kita wanita yang redha dan bersedia untuk bersalin, seolah-olah, ia perkara yang menakutkan tetapi seronok. Seolah-olah orang nak terjun 'bungee'. Takut tapi seronok. Adrenalin rush itu menyeronokkan. Tapi dalam kes bersalin, sudah tentu hormon lain yang membantu.

Asalnya, e-book ini sudah ada dalam simpanan saya. Bila saya tahu saya mengandung, terus saya baca e-book ini. Alhamdulillah. Banyak sungguh tips. Kebetulan, saya turun darah di awal mengandung. Rupanya memang ada tips berkaitan menguatkan rahim. Bagai sudah jodoh dengan e-book ini.

Bacaan yang paling berkesan, sudah tentu perkongsian pengalaman dari wanita-wanita gigih yang bersalin secara alami. Ada pelbagai cara, ada pelbagai pengalaman yang berakhir dengan gembira. Sampaikan terdetik dalam hati saya, "eh, rupanya boleh bersalin macam ini." Punyalah kita dimomokkan dengan prosedur bersalin hospital yang menakutkan, jururawat yang menakutkan. Rupanya kita ada pilihan!. Kita yang bersalin. Kita bukan pesakit yang sakit. Kita hanya mahu melahirkan anak yang insyaAllah sihat. 


Ok. Kesimpulannya, e-book ini sememangnya membuka minda dan saya berpuas hati saya dijodohkan untuk membacanya. Terima kasih tidak terhingga kepada penulis, Puan Iryani Ahmad atas peluang yang diberikan. Terima kasih juga kerana menghasil e-book yang saya tidak sangka wujud.

Kepada anda yang sedang hamil dan merancang untuk hamil, e-book ini untuk anda. Jangan tunggu sehingga trimester ke-3. Bacaan ini seperti asid folik. Perlu dibaca sebelum dan awal kehamilan. 





Dalam ebook ini, tuan puan akan tahu tentang:
  • Apa maksud bersalin alami?
  • Bagaimana bersalin alami boleh membantu anda melahirkan bayi dengan rasa seronok?
  • Apakah formula rahsia bersalin yang digunakan supaya kekal rasa tenang dan selesa sepanjang contraction?

Berikan kami 1 minit, dan kami akan beritahu bagaimana anda boleh tiru strategi mereka, yang terbukti telah mengalami proses bersalin yang menyeronokkan.

4 Perkara Penting 


Ebook ini ditulis oleh Puan Iryani Ahmad dan terbahagi kepada 4 perkara utama.
Ebook ini akan menerangkan:
  1. Petua melawan rasa sakit contraction digantikan dengan perasaan seronok.
  2. Apakah struktur utama tentang petua dan tips yang membuatkan wanita hamil tidak lagi was-was dan takut mahu bersalin.
  3. Bagaimana tiru dan buat semula teknik bersalin alami – Untuk kelahiran akan datang.

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk tiru & buat.


Ebook ini diolah semula dalam bentuk pengamatan pengalaman penulis menerusi kaedah bersalin Hypnobirthing.
Iaitu tuan/ puan akan belajar dengan cara:
  1. Setiap kelahiran adalah pengalaman terindah.
  2. Menggunakan gambar yang mudah untuk kita faham nota dan belajar.
  3. Setiap isi bab yang santai sekitar 1 mukasurat– Supaya anda rasa seronok dan cepat faham.
Petua Mudah Bersalin 300%



4 Bab



Bab 1 – Penerangan tentang pengenalan bersalin alami.

Dalam bab pertama ebook, kita akan tahu:
  1. Kenapa bersalin akan rasa sakit?
  2. Apakah rahsia dan bagaimana rasa takut dan sakit dapat dibuang?
  3. Selamat tak bersalin alami?
  4. Trend bersalin generasi Y.

Bab 2 – Persediaan untuk bersalin alami.

Bab kedua pula melibatkan ilmu:
  1. Bagaimana sokongan suami akan membantu isteri sedang bersalin untuk mendapat tahap ketenangan optimum .
  2. Formula tawakal sebagai magnet menghilangkan rasa sakit.
  3. Bagaimana teknik mudah bersalin tanpa meneran.


Bab 3 – Teknik berkesan semasa bersalin alami

Bab ketiga melibatkan pembelajaran tentang:
  1. 9 teknik berkesan semasa bersalin.
  2. Induksi semulajadi untuk cepatkan proses bersalin.
  3. Memilih cara yang sesuai semasa mahu bersalin.

Bab 4 – Pengalaman sebenar melalui proses bersalin yang tenang dan menyeronokkan

Bab keempat adalah pengalaman sebenar yang fokus kepada:
  1. Bersalin alami di hospital kerajaan?
  2. Bagaimana amalkan bersalin alami?
  3. Bersalin secara alami dapat mencipta aura positif selepas melahirkan.





Jom baca penerangan ringkas bagi setiap bab dalam ebook ni. 


BAB 1 : PENGENALAN BERSALIN ALAMI

Kenapa Bersalin Akan Rasa Sakit?

Tapi ,mengapa proses melahirkan itu sakit? Hormon  oksitoksin dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan seks dan menyusukan anak. Tetapi kedua-duanya tidak menyakitkan. Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta seperti yang telah dijelaskan dalam topik sebelum ini.

Menurut fisiologi kelahiran (labour), hormon yang terlibat dalam menghasilkan kontraksi dan permulaan proses bersalin adalah oksitoksin, beta endorfin dan prostaglandin. Hormon oksitokin adalah hormon yang sangat istimewa kerana dengan rembesannya dapat meningkatkan pain threshold (mengurangkan rasa sakit), menyebabkan susu terus keluar selepas keluarnya bayi, menjana minda positif, meningkatkan sel-sel imun dalam badan dan mempercepatkan kelahiran.

Hormon beta endorphin adalah asid amino 31 peptide yang berfungsi seperti morfin dalaman. Ia mewujudkan keadaan separa sedar dan seterusnya memberikan rasa ‘tumpul’  kepada sakit yang dialami. Ancaman-ancaman negatif dari luar mengganggu rembesan hormon ini. Jikalau si ibu berseorangan atau bersama orang yang sangat dipercayainya, maka hormon ini akan dirembes dengan banyak. Perembesan hormon ini memerlukan situasi yang sangat tenang dan dalaman yang tanpa rasa takut dan risau.

Turut menjadi faktor, daya tahan sakit seseorang yang dipengaruhi oleh karektor individu tersebut. Bagaimanakah?

Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.


BAB 2 : PERSEDIAAN ASAS

Pemakanan Semasa Mengandung


Pemakanan yang betul penting untuk memastikan perkembangan sihat janin di dalam kandungan. Janin di dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada ibu mereka untuk bekalam makanan berkhasiat.

Wanita hamil digalakkan tidak mengikut perasaan makan tanpa memikirkan kebaikan atau keburukan jenis makanan yang diambil. Penting untuk memastikan makanan yang diambil memenuhi keperluan tenaga, protein, vitamin dan garam mineral.

Digalakkan bagi wanita hamil makan makanan semulajadi dengan tahap minimum jika ia sudah diproses. Hal ini untuk memastikan tiada bahan sintetik yang berlebihan di dalam tubuh yang mengakibatkan kelemahan sistem tubuh seterusnya tidak dapat berjalan dengan baik.

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasullah S.A.W, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Manakala hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar. 

Selain itu,ia membantu merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.Ini adalah antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma tersebut.

Konsep bersalin alami ini tidak dijamin berjaya sekiranya ibu tidak mengawal pemakanannya semasa mengandung. Bagaimanakah?

Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.


BAB 3 : TEKNIK BERSALIN ALAMI


TEKNIK PERNAFASAN

Pernafasan semasa bersalin mempunyai seni yang unik. Teknik pernafasan yang baik dapat membantu wanita mengurangkan rasa sakit semasa bersalin. Bagi menguasai kemahirannya, seseorang perlu sabar dalam belajar dan berlatih khusus tentang kaedah ini. Seni pernafasan semasa bersalin adalah cukup halus dan tidak cukup andai mempelajarinya secara teori.

Teknik pernafasan ini perlu dipraktikkan secara konsisten sejak wanita itu baru disahkan hamil. Wanita hamil perlu pandai menyesuaikan diri dan keadaan semasa mahu berlatih kaedah pernafasan ini. Asas teknik pernafasan adalah bagi menenangkan perasaan. Dengan teknik pernafasan yang betul, mereka berjaya mengawal diri untuk bertenang dalam semua keadaan.

Sepanjang proses bersalin, banyak tenaga yang akan digunakan. Jika wanita bersalin tidak mempunyai tenaga yang cukup, maka proses bersalin akan terasa begitu lama dan ia suatu proses yang menyeksakan.

Salah satu teknik yang boleh digunakan oleh wanita bersalin untuk mengekalkan tenaga adalah bernafas dengan cara yang betul. Selain dapat mengekalkan tenaga dalaman, teknik bernafas yang betul juga dapat memastikan bekalan oksigen yang mencukupi ke seluruh anggota badan dan juga bayi.

Nasihat buat ibu hamil, belajar bernafas dengan tenang dalam semua keadaan. Baik semasa memasak, menaiki tangga atau sedang membuang air besar. Nampak remeh tapi ia sangat penting. Buat mengikut kemampuan masing-masing. Pengasas Hynobirthing, Marie F. Mongan telah menerangkan dengan jelas dalam bukunya yang bertajuk Hypnobirthing The Mongan Method tentang teknik pernafasan yang betul semasa hamil dan bersalin.

Pernafasan yang betul adalah yang menggunakan hidung sahaja. Bagaiaman? Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.

Tiga teknik bernafas dengan tenang yang digunakan dalam Hypnobirthing adalah Pernafasan Tenang (Calm Breathing), Pernafasan Semasa Kontraksi (Surge Breathing) dan Pernafasan Semasa Bersalin (Birth Breathing).


1.   Pernafasan Tenang (Calm Breathing)



 Pernafasan cara ini adalah salah satu cara untuk menenangkan diri. Pernafasan ini digunakan semasa selang waktu antara kontraksi atau pada waktu meneran bayi dilahirkan.

Latihan : Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.



2.  Pernafasan Semasa Kontraksi (Surge Breathing)


Pernafasan ini juga hanya menggunakan hidung sahaja. Pada setiap kontraksi, pernafasan jenis ini akan digunakan antara 2 hingga 3 kali.

Latihan : Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.

Wednesday, January 30, 2019

Petua Selsema - Review Cf-Rub Tasneem Naturel

Oleh : Iryani Ahmad

Hari ini genap 7 bulan kami sekeluarga menggunakan balm Cf-Rub Tasneem Naturel. Semasa anak pertama lagi 8 tahun lalu, saya suka gunakan bahan-bahan dari dapur seperti madu dan kunyit sebagai bahan untuk rawatan selsema dan batuk.

Selepas dapat anak kedua, kesedaran untuk mengubah gaya pemakanan dan mula berubat dengan makanan sunnah. Banyak rujukan yang dibuat. Macam nak buat tesis gayanya. Pada mulanya, saya simpan bahan-bahan rujukan dan pengalaman hasil berbincang dengan beberapa doktor perubatan yang cenderung ke arah perubatan sunnah.

Selepas dapat anak keempat, kami berpindah ke Perlis daripada Johor. Perjalanan yang sangat jauh naik keretapi bagi seorang bayi sangat memenatkan. Mungkin juga keadaan suhu dalam ETS yang sangat sejuk. Sangat penat, sangat lama dan sejuk. Sampai sahaja di rumah baru, anak-anak kami demam termasuk diri saya.

Lepas seminggu berehat, baby masih lagi selsema. Kesian sangat pada dia. Lama saya mohon Allah SWT bagi petunjuk yang mana ikhtiar kami laki bini mudahkan dan bagi penyelesaian. Ye lah, baby bawah 2 tahun kan.

Kami dah pergi ke klinik, memang doktor tak mahu bagi sebarang ubat. Tapi doktor kata, baby kami masih lagi dalam keadaan terkawal selsemanya. Tak perlu nebulizer. Tapi hati ibu ni kan, tengok dia nak tidur terganggu dengan nafas tersekat lendir selsema..

Masa bulan puasa, lepas berbuka kami ke klinik lagi. Doktor tanya apa yang kami dah buat bila anak dah berbulan-bulan kena selsema? Sejak bulan Januari sampai Jun 2018, baiknya seminggu lepas tu kena lagi.

Saya bagitau saya buat sauna bawang putih campur minyak habatussauda dalam air panas. Halakan muka baby ke besen yang keluarkan wap pas campuran bawang putih dan minyak habatussauda. Anak menangis jangan cakaplah. Lepas tu ada muntah sikit.

Doktor tu bagitau betul lah tu, teruskan lagi. Cuba beli apa-apa balm yang ada kat pasaran. Setakat untuk sapu luaran boleh, doktor bagitau. Saya pun teruskan mencari dulu. Sebelum ni saya pengguna essential oil. Tapi sekarang belum mampu lagi nak beli semula, kami pun sedang restructure balik keadaan kewangan famili.

Petua Selsema



Jadi saya cari jenis apa yang mudah dah siap dibancuh dengan dos bayi. Saya pun terus beli Cf-Rub, beli dengan agen di Kangar, Perlis. Balik terus sapu pada baby. Malam tu baby tidur lena, tak dengar dia tersekat bunyi lendir di hidung.

Tapi, esoknya memang buat saya terkejut. Esoknya  hidung baby keluar lebih banyak lendir hingus. Mula-mula pekat kehijauan. Lama-lama mecair jernih. Lepas minum susu, tetiba baby  muntah. Keluar susu dan lendir yang sangat banyak. Menangis kuat.

Review Cf-Rub Tasneem Naturel
Lepas dah penat menangis, tidur lena. Lama. Bangun tidur alhamdulillah syukur pada ALlah SWT. Baby saya dah sembuh dengan izin Allah SWT. Kini, baby saya dah mencecah umur 2 tahun. Bila dia terkena selsema biasanya kalau dia mandi lama sangat.

Kepada ibu ayah yang ada masalah anak mudah terkena selsema boleh dapatkan balm cfrub Tasneem Naturel dari sini 011-21870144 www.wasap.my/601121870144/cfrub.




Tuesday, January 22, 2019

Didik Anak Kenal Allah SWT

Oleh : Iryani Ahmad

Tak kenal, maka tak cinta

Anak Kenal Allah SWT

🌏Sebut Kalimah Iman Lailahaillallah pada bayi
🌏Sebut sifat Allah paling kurang 25 kali setiap hari :

🍼Allah yang bagi baby susu, bukan mama.
🍼Allah yang bagi kenyang.
🍼Siapa bagi makan? Allah Ar-Razzaq

Jom belajar lagi ilmu parenting. Share dengan kawan-kawan. Klik je link ni. t.me/ParentingMagnexRizqy


Monday, January 21, 2019

Didik Anak Cinta Allah SWT

Oleh : Iryani Ahmad

Selalu anak dengar nama Allah SWT bila dia buat salah, mak ayah terbeliakkan mata dan suara ancaman nyaring. Contoh :
" Ya Allah, budak ni!!!!!!!!!"
"Nasi ni kena habiskan! Membazir amalan syaitan! Nanti Allah marah!!!!!"
Anak lebih banyak dengar nama Allah dalam suasana negatif. Anak rasa takut, berat hati dan nak lari. Anak tak rasa dekat dengan Allah sebab dia tak rasa kesan yang gembirakan hati dia. Jadi, mulai sekarang :
🔑Lazimkan anak dengar nama Allah SWT ketika saat gembira seperti doa yang paling baik Alhamdulillah. ( " Dah kenyang? Siapa bagi kenyang? Allah...")
🔑Bukannya mainan/ kartun yang melalaikan.
Jom sama-sama perbaiki diri. Belajar lebih lagi ilmu keibubapaan. Saya ada tulis banyak lagi dalam grup telegram ni. Klik je link ni. t.me/ParentingMagnexRizqy

Sunday, January 20, 2019

Cara Didik Anak Hormat Diri Sendiri

Oleh : Iryani Ahmad

Anak Hormat Diri Sendiri

Anak hormat dan sayang diri sendiri bila ibu bapa menghormati anak-anak dengan tidak buat 7 perkara ni :

🐣Tunjukkan reaksi bosan
🐣Mengejek-ejek
🐣Tidak berbual dengan anak
🐣Berpaling dan berlalu pergi
🐣Menidakkan kebolehan anak
🐣Merendahkan kebolehan anak
🐣Membandingkan anak

Jom belajar lagi ilmu didik anak dengan lebih mendalam. Klik je link ni t.me/ParentingMagnexRizqy

Saturday, January 19, 2019

Ketika Anak Gagal

Oleh : Iryani Ahmad

Anak Vs Gagal

Sebagai ibu bapa, tugas kita bantu anak sekalipun dia gagal. Strateginya :

🐝Lihat diri mereka sebagai ciptaan Tuhan yang indah
🐝Hargai kegagalan
🐝Hargai usaha anak
🐝Mengaku kesilapan
🐝Mohon maaf
🐝Perbaiki kesilapan
🐝Gunakan kata-kata bersangka baik
🐝Gunakan ayat motivasi
🐝Hargai pandangan anak
🐝Jauhi mengungkit
🐝Beri dorongan

Jom belajar lagi ilmu didik anak dengan lebih mendalam. Klik je link ni t.me/ParentingMagnexRizqy

Nota Parenting MagnexRizqy
Nota Team MagnexRizqy

Thursday, January 17, 2019

Cara Menasihati Anak (Siri 2)

Oleh : Iryani Ahmad

Cara Menasihati Anak (Siri 2)

🦋Bersabar dengar luahan anak
🦋Duduk separas mata anak
🦋Tidak menyindir anak
🦋Ceritakan kisah sahabat Nabi SAW yang mirip dengan masalah anak
🦋Ceritakan kisah Nabi SAW
🦋Akhiri perbualan dengan bagi anak buat pilihan

Melentur buluh daripada rebungnya. Jom belajar lagi ilmu didik anak dengan lebih mendalam. Klik je link ni t.me/ParentingMagnexRizqy

Wednesday, January 16, 2019

Cara Menasihati Anak (Siri 1)

Oleh : Iryani Ahmad

Cara Menasihati Anak (Siri 1)

Ini untuk anak berumur 14 tahun ke atas. Fasa ini seperti berkawan-kawan dengan anak.

🌸Mulakan dengan pertanyaan
🌸Jangan mulakan dengan membebel/ mengarah
🌸Tegur secara rahsia berdua
🌸Elakkan memaksa jika anak belum bersedia berkongsi
🌸Tanya dan dengar dulu

Melentur buluh daripada rebungnya. Jom belajar lagi ilmu didik anak dengan lebih mendalam. Klik je link ni t.me/ParentingMagnexRizqy

Tuesday, January 15, 2019

Campur Tangan Pihak Ketiga Masa Mendidik Anak

Oleh : Iryani Ahmad

Campur Tangan Pihak Ketiga

Ketika membesarkan anak-anak, ada campur tangan pihak ketiga kerana ‘mazhab’ kita berbeza dengan depa. Ibu bapa disyorkan :

⭐️Berdiam diri dahulu
⭐️Jauhkan anak seketika dengan pihak ketiga
⭐️Bincang baik-baik dengan anak-anak (7tahun ke atas)
⭐️Bersihkan kecelaruan yang diwujudkan
⭐️Sedarkan anak siapa yang lebih utama dalam hati mereka
⭐️Berikan contoh kisah nabi atau kisah yang ada pengajaran

Jom belajar lagi ilmu didik anak dengan lebih teliti. Klik je link ni t.me/ParentingMagnexRizqy

Monday, January 14, 2019

Dunia Sangat Sementara

Oleh : Iryani Ahmad

* Catatan ini diambil dalam Tazkirah Wanita


Hakikat dunia sangat sementara. Mari kita doa moga kita dapat & inginkan kejayaan sbnr. Dunia ni siapa yg ciptakan. Siang mlm siapa yg tentukan. Hujan. Mknn. Buah. Yg tumbh dr tanah. Mknn dari laut. Siapa yg jadikan. Kita lg kenal ikan. Dari siapa yg jadikan ikan. Sepatutnya hati kita insaf & cenderung pd yg menjadikan. Kalau tak, hati kita akan perbesarkan makhluk. Sbb tu kita kena blaja cakap ttg kebesaran Allah SWT & istigfar selalu. Supaya keyakinan kita hanya pd Allah SWT. Kita takut kalau kebesaran makhluk dlm hati.



Iman ni sgt penting. Satu amalan. Ia perbuatan berlaku dlm hati. Org tak nampak sbb ia berlaku dlm hati. Utk ada iman dlm hati sepatutnya harus ada dlm hati tiap waktu & ketika.  


Tiada Tuhan selain Allah SWT & Nabi Muhammad SAW ada di tempat pertama dlm hati kita setiap masa & setiap kali. Kalau solat, 5 kali.


Keyakinan betul pd Allah SWT, maka amalan yg lahir dr dirinya ialah yg diredai Allah SWT. Tapi org yg yakinnya rosak pd Allah SWT. Ketika yakinnya pd makhluk & selain Allah SWT maka dia akan langgar perintah Allah SWT. Contoh kerja. Kalau yakinnya pd Allah SWT, walau dia sibuk, ketika dtg perintah Allah SWT, dia akan segera tunaikan. Yakin rezeki tu dari Allah bukan pekerjaannya. Nauzubillah. 


Ada org sanggup tinggalkan solat semata2 mahu melakukan kerjanya. Di dunia, org yg tinggal solat tak dapat bahagian dari org soleh. Walau ada org soleh di sekelilingnya. Betapa bahaya keyakinan pd makhluk. Betapa bahaya jika rosak nya keyakinan pd Allah SWT. 


Dunia ada masalah, akhirat pun ada masalah. Sbb tu kita kena blaja kenal Allah SWT. Jadi amalan yg keluar dari mata, mulut, anggota badan kita ni jadi betul dan dpt redha & pertolongan dari Allah SWT. 


Sbgaimana Nabi Ibrahim, percaya api ni takde kuasa dan yakin Allah SWT pasti bantu dia. Hingga malaikat tawarkan utk bantu dia. Tapi dia cakap kalau malaikat ni bukan atas perintah Allah SWT utk bantu dia, cukuplah Allah SWT sahaja sbg pembantuku. Perkara ini datang dari hati & mulut yg betul. Barulah dtg bantuan Allah SWT datang dgn bantuan yg tak terfikir oleh manusia. Api menjadi sejuk & Nabi Ibrahim duduk dlm api selama 40 hari. Duduk dgn selesa & sejahtera. Utk Nabi Ibrahim, api menjadi nyaman dan sejahtera. 


Hari ni, penting utk kita betulkan yakin kita pada Allah SWT supaya yakin kita tak rosak pada makhluk. Adakah keyakinan kita betul pd hari ni? Dialah yg sembuhkan kita, yg selamatkan kita dari bahaya & malapetaka? Kita kena buat pengorbanan dan usaha utk betulkan yakin kita pada Allah SWT. 


Kalau kita tak buat pengorbanan, yakin ni takkan masuk dlm hati. Contohnya isteri Nabi Ibrahim dah berkorban dan redha ditinggalkan seorang diri di pdg pasir, takde rumah, air, pondok, aircond, kedai. Hari ini, isteri ditinggalkan ada kedai dekat, mknn penuh peti ais. Kalau ini pun komplen tak tahu la. Bagaimana nak blaja pengorbanan dan iman. Hajar tak komplen malah tanya adakah ini perintah Allah SWT? Hanya anggukan sahaja. Tapi Hajar redha. Dari sinilah Hajar blaja iman. Kerana redha isteri, anak yg masih bayi pun blaja iman. 


Kunci kepada semua ini ialah pengorbanan. Suami keluar jalan Allah SWT. Isteri redha sepanjang ketiadaan suami tersebut ditinggalkan kerana Allah SWT. Bukan kerana dunia. Sekarang, ramai suami keluar bekerja tinggalkan isteri dan redha. Tapi ini bukan berkorban. Farouk r.a tinggalkan isterinya masa tgh mengandung. Setelah puluh tahun, dia balik. Dia singgah masjid. Ada imam muda dgn bacaan yg sgt bagus. Bila balik dia sekali jalan dgn imam muda tadi. Bila isteri muncul inilah anak kamu yg ditinggalkan dulu. Sbb suami buat pengorbanan utk agama Allah ini, isteri jadi solehah, anak jadi anak beriman & soleh. Ini yg dilakukan oleh sahabat terhadap Rasulullah SAW. 


Terlalu byk pengorbanan yg dilakukan oleh sahabat r.a. Sekumpulan sahabat 200 org bergerak ke timur. Tapi ramai syahid dan tinggal 10 org sampai ke China. Maharaja China mahu usir sahabat ini & telah ramai msykt China yg dah masuk Islam & bgtau maharaja kalau sahabat ini dihalau, mereka pun akan dihalau. 


Hari ini, sgt ramai org islam sendiri ramai dah tak amalkan islam. Hari ni, kitalah yg kena hidupkan pengorbanan kita. Kalau kita sibuk kejar dunia, dunia ni yg akan maju. Bukan agama & akhirat kita. Tapi kalau kita kejar akhirat, dunia pasti kejar kita. Perkara yg Allah dah tentukan iaitu jodoh, rezeki dan ajal pun kita sanggup berhempas pulas. Tapi perkara iman yg Allah SWT kata berkadar terus dgn pengorbanan kita buat sambil lewa dan tak buat pengorbanan. Ini yg seharusnya kita fikirkan. 


Allah SWT janjikan keberkatan rezeki dgn keberkatan. Suami jaga solat jemaah di masjid. Isteri jaga solat awal waktu, bacaan Yasin, Waqiah- janji Allah SWT takkan dtg keburukan utknya, solat Dhuha- Allah dekatkan rezekinya. Jadi, kita kena kembali pada jalan Allah SWT. Galakkan suami & anak kita keluar jalan Allah SWT. Byk org berubah takmau Islam, akhirnya masuk Islam akibat pujukan isteri. Contohnya Ikrimah. Dah masuk islam. Byk suami yg buat usaha agama skrg sbb pujukan isterinya. 


Siapa sedia untuk belajar iman? Wasap segera!

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kangar Perlis

Oleh : Iryani Ahmad

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kangar Perlis



Saya Puan Nur Iryani Bt Ahmad Zulkifly adalah seorang ibu yang mempunyai lima orang anak yang masing- masing berusia 0 hingga 8 tahun. 

Saya pengedar balm Tasneem Naturel di kawasan Kangar, Perlis dan kawasan sekitarnya. Boleh hubungi saya untuk COD. Boleh hubungi saya seperti berikut :

FB Personal : Iryani Ahmad
Blog Tasneem : Tasneem Naturel Perlis
Telefon : 011-21870144 atau wasap www.wasap.my/601121870144
Nak jadi ahli Balm Tasneem Naturel? Klik je sini.  tasneemnaturel.com/daftar/003805 (FREE & TERUS DAPAT NIKMATI DISKAUN PEMBELIAN BALM)



Pengedar Balm Tasneem Jitra Kedah

Pengedar Balm Tasneem Jitra Kedah

Assalamualaikum..
Saya Nur Hafeeza Zaki, seorang peniaga online barangan produk kanak-kanak dan mempunyai seorang bayi perempuan comel.
Saya merupakan Pengedar Balm Tasneem Naturel bagi kawasan Jitra, Kedah dan kawasan sekitarnya. 
Balm Tasneem Naturel menggunakan 100% bahan organik yang diekstrak daripada pati minyak (essential oils). Ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan pastinya sangat sesuai digunakan pada bayi dan kanak-kanak.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya di sini :
Facebook Personal : Nur Hafeeza Zaki 
Sila SMS/WhatsApp/telefon saya di : 012-3237681 atau wasap www.wasap.my/60123237681

Pengedar Balm Tasneem Simpang Ampat, Penang

Pengedar Balm Tasneem Simpang Ampat, Penang

Assalamualaikum wbt
Nama saya Wan Nor Khamiza Bt Wan Norsam. Saya adalah pengedar Balm Tasneem di Simpang Ampat, Pulau Pinang, Penang dan kawasan sekitarnya.
FB Personal saya : Wan Nor Khamiza
Hubungi saya di : 017-6073537 atau wasap www.wasap.my/60176073537
Saya suka balm Tasneem Naturel sebagai Kit Penjagaan Bayi sebab balm ni diperbuat daripada bahan semulajadi, yang menggunakan Essential Oil. Pati Minyak daripada tumbuhan.
Balm ni sangat sesuai untuk masalah yang biasa terjadi dalam kalangan bayi seperti:
  • kembung
  • sembelit
  • batuk
  • kahak
  • mengamuk( tantrum)
  • sukar tidur
Jadi set lengkap ni sesuai dijadikan kit kecemasan untuk bayi..senang dibawa ke mana- mana juga sebab packaging yang sangat sesuai untuk travel.

Pengedar Balm Tasneem Melaka

Pengedar Balm Tasneem Melaka

Assalamualaikum. Nama saya Sakilah Bt Ahmad. Menetap di Tangga Batu, Melaka. Bekerja dalam sektor swasta. Saya adalah pengedar Balm Tasneem Naturel di kawasan Tangga Batu, Melaka. Boleh COD di sana atau pos seluruh Malaysia.


Tasneem naturel adalah sejenis balm bayi yang diperbuat daripada gabungan beberapa “essential oil”, yang insyaallah selamat untuk bayi sehingga dewasa.
Balm Tasneem Naturel ada 5 jenis,yang berfungsi untuk :
❤ Sleep – membantu bayi tidur lena dan mudah tidur.
❤ Calm – membantu menenangkan anak yang suka mengamuk/tantrum.
❤ Trub – membantu anak yang sembelit,kembung perut dan cirit birit.
❤ CFRub– membantu melegakan demam, batuk kahak dan selsema.
❤ Skeenz - membantu masalah ruam dan kulit sensitif.
Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan,boleh hubungi saya di :
Talian 012-6332904 atau wasap www.wasap.my/60126332904
Terima kasih.

Pengedar Balm Tasneem Pulau Pinang

Assalamualaikum.

Pengedar Balm Tasneem Pulau Pinang


Nama saya Norza Bt Hassim. Seorang suri rumah sepenuh masa, berniaga sambilan dan menjaga serta mendidik 4 orang anak, 3 orang perempuan & seorang lelaki. Saya tinggal di rumah warden dalam MRSM Kepala Batas, Penang. Saya Pengedar Balm Tasneem Pulau Pinang.

Saya merupakan online seller yang menjual balm Tasneem Naturel.

FB personal: Norza Layyina


Saya jatuh cinta dengan balm ini selepas menggunakannya sendiri dan pada anak-anak. Alhamdulillah balm ini banyak membantu saya menguruskan anak-anak.

Dirumus dengan bahan semulajadi daripada minyak pati tumbuhan, balm ini selamat digunakan daripada baby newborn lagi. Balm keluaran muslim bumiputera ini malah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, ianya boleh digunakan tanpa waswas.

Saya sangat komited untuk membantu ibu bapa di luar sana dalam menguruskan kehidupan seharian bersama anak-anak kecil. Masalah biasa seperti anak susah tidur, kerap selsema batuk, selalu moody, tantrum, In shaa Allah boleh diselesaikan dengan balm ini.

Anda yang tinggal berdekatan Bertam, Kepala Batas, Penang. Boleh dapatkannya daripada saya. Pos ke seluruh Malaysia.