Tuesday, November 20, 2018

Majlis Maulid 2018 - Qasidah Kurindumu Di Kinabalu

Oleh : Iryani Ahmad

Seinfiniti kesyukuran dirafa'kan kepada Allah SWT kerana telah memilih saya sekeluarga hadir ke taman-taman syurga majlis maulid di MATIN hari ini. Kami sampai sudah mula majlis tausiyyah.

Majlis sebenar aromaterapi roh. Semua dewan penuh dan wangi dan segar dengan haruman mewangi. Kereta juga penuh hingga ke tepi jalan. Tetapi rezeki anak-anak, kami diizinkan dapat parking di dalam. Juga penuh sebenarnya. Alhamdulillah dapat parking sebelah dewan, beberapa langkah sahaja saya melangkah.

Sempat saya catatkan beberapa isi kandungan tausiyyah. Usai majlis, ada Qasidah Kurindumu Di Kinabalu. Sejak ada anak bersekolah di AMS, dia selalu nyanyi. Lama-lama baru uminya tahu anaknya berqasidah rupanya. Seronok anak-anak tadi sekuatnya suara mereka. Panjang juga liriknya. Tanpa sedar basah kedua kelopak mata ini kerana Ustaz yang mengalunkannya juga sebak. Balik terus google lirik dari blog ini.



Berqasidah di Gunung Kinabalu,
Ku teringat Jabal Uhudmu,
Yang membalas cinta Baginda,
Dengan menggegarkan tubuhnya.

Sudah lama hati merindu
Dengan kekasih yang satu
Bilakah masa dapat bertemu
Dengan kekasih agungmu

Kakiku kan terus melangkah
Menuju ke bumi Madinah
Selangkah demi selangkah
Dekatkanlah kami Ya Allah

Moga ziarahku disambut,
Hatiku ingin terus merebut,
Ganjaran yang telah disebut,
Oleh Baginda yang lemah lembut,

Barangsiapa yang ziarah
Rumah Baginda di Madinah
Walau selepas Baginda wafat
Bagai semasa Nabi haayat

Jauh benar ku terpisah
Dgn Nabi di Madinah
Jangankan pula ku dipisah
Saat dipilih ke Jannah.

Air mata terus mengalir
Hatiku tetap rasa khuwatir
Apakah kita kan terpisah
Bantulah cintaku Ya Allah.

Tiap kali ku berjalan,
memandang batu di jalanan,
Mengingatkanku batu Makkah,
salam kepada Rasulullah,

Tiap waktu ku ingin makan,
Teringat baginda kelaparan,
Jarang sekali kekenyangan,
Sehingga saat dijemput Rahman.

Tiap kali ku ingin marah ,
cacian ketika berdakwah,
Teringat daku darah Rasulullah ,
Mengalir sepanjang batu diarah.

Saat ku memandang bulan,
teringat peristiwa belahan,
Saat ku memandang Kaabah,
teringat perpindahan qiblah.

Saat ku membaca Quran
Teringatkan kekasih Tuhan
Wahyu diturun berpeluh badan
Baginda Quran yang berjalan.

Di saat ku ingin bersugi,
Teringat siwak Baginda Nabi,
Hingga saat dijemput Ilahi,
Masih ingin bersihkan gigi.

Manakan mungkin dapat lari,
Dari mengingatimu Nabi,
Jika amalan setiap hari,
Ialah sunnah Baginda Nabi.

Namamu kan terus terpahat
Dihatiku wahai Muhammad
Moga lisanku terus selawat
Hingga saat dijemput malaikat

Akan tetapi terimalah
Jasadku yang semakin lemah
Izin padanya dapat ziarah
Kuburkan dia di Madinah
Agar Ruh beroleh shafaah
Dari penghulu bumi madinah
Hadirlah ya Rasulullah
saat ku di alam barzakh..

Wednesday, November 14, 2018

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong oleh seorang lelaki yang telah melafazkan akad nikah pada hari pernikahanku. Aku melihat beliau gagah mengendongku dengan penuh cinta."

" Aku melihat diriku dikelilingi oleh ahli keluarga dan orang-orang yang menyayangiku. Mereka semuanya orang-orang yang hebat."

" Aku melihat diriku yang tenang dan gembira pada ketika itu. Diriku yang telah selesai membayar semua hutangnya kepada manusia dan Tuhan. Aku melihat diriku yang redha dan bahagia atas segala pemberianNya. "

" Itulah diriku yang sebenarnya."

" Hal-hal yang tidak penting tidak lagi menggangguku. Perasaan-perasaan yang tidak penting tidak lagi mengganggu kehidupanku."

" Semua perasaan dan perkara yang tidak berharga aku ketepikan dan aku tinggalkan."

" Aku sentiasa bahagia dalam kalimah Agung dan pelukan kasih sayang Allah Ar-Rahman – Maha Pemurah, Ar-Rahim – Maha Penyayang, Al-Malik – Maha Merajai/Pemerintah, Al-Quddus – Maha Suci, As-Salam – Maha Penyelamat, Al-Mu’min – Maha Pengaman, Al-Muhaymin – Maha Pelindung/Penjaga, Al-Aziz – Maha Mulia/Perkasa, Al-Jabbar – Maha Pemaksa, Al-Mutakabbir – Maha Besar, Al-Khaliq – Maha Pencipta, Al-Bari’ – Maha Perancang, Al-Musawwir – Maha Menjadikan Rupa Bentuk, Al-Ghaffar – Maha Pengampun, Al-Qahhar – Maha Menundukkan, Al-Wahhab – Maha Pemberi, Ar-Razzaq – Maha Pemberi Rezeki, Al-Fattah – Maha Pembuka, Al-Alim – Maha Mengetahui, Al-Qabid – Maha Penyempit Hidup Al-Basit – Maha Pelapang Hidup, Al-Khafid – Maha Penghina, Ar-Rafi – Maha Tinggi, Al-Muiz – Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan,  Al-Muthil – Maha Merendahkan,  As-Sami – Maha Mendengar, Al-Basir – Maha Melihat, Al-Hakam – Maha Menghukum, Al-Adl – Maha Adil, Al-Latif – Maha Halusi, Al-Khabir – Maha Waspada, Al-Halim – Maha Penyantun,  Al-Azim – Maha Agong, Al-Ghafur – Maha Pengampun, Ash-Shakur – Maha Pengampun, Al-Aliyy – Maha Tinggi Martabat-Nya, Al-Kabir – Maha Besar, Al-Hafiz – Maha Pelindung, Al-Muqit – Maha Pemberi Keperluan, Al-Hasib – Maha Mencukupi, Aj-Jalil – Maha Luhur, Al-Karim – Maha Mulia, Ar-Raqib – Maha Pengawas,  Al-Mujib – Maha Mengabulkan, Al-Wasi – Maha Luas Pemberian-Nya, Al-Hakim – Maha Bijaksana, Al-Wadud – Maha Pencinta, Al-Majid – Maha Mulia, Al-Baith – Maha Membangkitkan, Ash-Shahid – Maha Menyaksikan, Al-Haqq – Maha Benar, Al-Wakil – Maha Berserah, Al-Qawiyy – Maha Memiliki Kekuatan,  Al-Matin – Maha Sempurna Kekuatan-Nya, Al-Waliyy – Maha Melinduingi, Al-Hamid – Maha Terpuji, Al-Muhsi – Maha Menghitung, Al-Mubdi’ – Maha Memulai/Pemula, Al-Muid – Maha Mengembalikan, Al-Muhyi – Maha Menghidupkan, Al-Mumit – Maha Mematikan, Al-Hayy – Maha Hidup, Al-Qayyum – Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya, Al-Wajid – Maha Menemukan, Al-Majid – Maha Mulia, Al-Wahid – Maha Esa, As-Samad – Maha Diminta, Al-Qadir – Maha Kuasa, Al-Muqtadir – Maha Menentukan, Al-Muqaddim – Maha Mendahulukan, Al-Mu’akhkhir – Maha Melambat-lambatkan, Al-’Awwal – Maha Pemulaan, Al-’Akhir – Maha Penghabisan, Az-Zahir – Maha Menyatakan, Al-Batin – Maha Tersembunyi, Al-Wali – Maha Menguasai Urusan, Al-Mutaali – Maha Suci/Tinggi, Al-Barr – Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan), At-Tawwab – Maha Penerima Taubat, Al-Muntaqim – Maha Penyiksa, Al-Afuww – Maha Pemaaf, Ar-Ra’uf – Maha Mengasihi, Malik Al-Mulk – Maha Pemilik Kekuasaan, Thul-Jalali wal-Ikram – Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan, Al-Muqsit – Maha Mengadili, Aj-Jami – Maha Mengumpulkan, Al-Ghaniyy – Maha Kaya Raya, 89. Al-Mughni – Maha Pemberi Kekayaan, Al-Mani – Maha Membela/Menolak, Ad-Darr – Maha Pembuat Bahaya, An-Nafi – Maha Pemberi Manfaat, An-Nur – Maha Pemberi Cahaya, Al-Hadi – Maha Pemberi Petunjuk, Al-Badi – Maha Indah/Tiada Bandingan, Al-Baqi – Maha Kekal, Al-Warith – Maha Membahagi/Mewarisi, Ar-Rashid – Maha Pandai/Bijaksana, As-Sabur – Maha Penyabar.