Sunday, July 15, 2018

Bagaimana Mata & Otak Beri Kesan Sembuh Penyakit Berat

Oleh : Iryani Ahmad
Gambar : Sendiri

Selamat hujung minggu! Alhamdulillah. Tadi saya terbaca satu kalimah perkataan tentang ini 

Saya berasa gembira pada pagi ini dapat membuka dua hadiah. Mereka ialah mataku!

DI KAMPUNG

Syukur kan? Di sini, suka saya nak share tentang pengalaman saya sekitar tiga tahun lepas, kami sekeluarga bermukim di satu kampung yang terletak di kaki pergunungan. Sejuk dan redup suasananya. Anak-anak suka dapat memancing ikan di depan parit. Puas dapat makan ikan haruan segar sepanjang dalam pantang.

Pada waktu petang pula, bermain kejar-kejar dengan kambing-kambing kacukan luar negara. Gembira diberikan peluang dapat apply ilmu yang diajar oleh Dr.Azura di Institut Nury. Anak yang sebelum ini begitu penggeli sudah pandai bermain hujan, bermain lopak, berkaki ayam berlari di atas rumput dan menangkap cicak!

Paling seronok mereka dapat memanjat dan memetik buah pulasan dan rambutan. Selepas puas kenyang, terus terbaring di atas rumput. Sambil, muka menerima direct limpahan cahaya matahari pagi yang baru terbit. Udara segar penuh oksigen meluru masuk ke dalam ruang dada. Sejuk dan berat kerana penuh oksigen, kata suami.




Pada mulanya, saya terasa agak kekok. Kerana tiba-tiba, hidup tiada lagi bunyi deringan notification dari whatsapp dan facebook. Haha. Setiap pagi terdengar alunan merdu suara burung merbuk. Melihat keluarga tupai berlari dan melompat pantas berkejaran antara satu sama lain di atas pokok petai yang tinggi. Kemudian, jatuh berdebuk!

Begitu indahnya setiap hari pada awal pagi dapat membuka dua hadiah. MATA! Di sana juga, saya mendapat seorang kawan baik iaitu seorang doktor pakar mata! Allah SWT hantar beliau kepada saya dan kami sekeluarga supaya mengerti tentang hebatnya kejadian Allah SWT tentang sepasang MATA!

DI BANDAR

Sebelum berpindah, kami sekeluarga tinggal di bandar besar di ibu kota. Penuh bercahaya dengan keunikan lampu moden dan bangunan kerajaan yang menjadi tumpuan pelancong di dalam dan di luar negara. Selain itu, capaian internet yang sangat laju kerana ada tanaman optik di bawah tanah.

Dulu masa nak ambil SPM macam pernah dengar bahawa optik ini berkaitan mata. Rupa-rupanya selepas berkahwin dengan seorang yang begitu suka tentang wayar, itulah jaluran optik yang menghubungkan data-data komunikasi di antara manusia dalam bahasa alien. Ditanam di bawah tanah samada di bawah jalan raya, rumah dan di dasar lautan atlantik.

MATA DI KAMPUNG DAN DI BANDAR

Semasa di universiti, saya menggunakan kaca mata. Terakhir sekali check power mata saya sudah menjangkau 400. Selepas berkahwin dan berpindah ke bandar, power mata saya masih tidak menunjukkan repons nak turun power.

Perbezaan ketara yang dirasakan semenjak berpindah ke kampung adalah mata! Mata terasa sejuk dan segar. Setiap masa memandang pokok hijau. Buka tingkap di bilik, ternampak pokok pulasan. Pergi ke dapur dan buka tingkap, nampak pokok pulasan. Lagi dan lagi.

Rumah itu memang dikelilingi oleh puluhan pokok pulasan. Pernah kira, ada lebih kurang 40 pokok pulasan yang rendang dan rimbun. Di celah-celah dahan pohon pulasan terdapat beberapa sarang burung dan rumah kediaman tupai yang gemuk gebu gebas!

Selepas saya berkenalan dengar sahabat tadi juga seorang doktor pakar mata yang baru sahaja berhenti kerja di hospital kerajaan di negeri pantai timur. Kemudian, beliau membuka sebuah klinik mata dan cermin mata.

Apalagi, kerja saya hanya tahu nak check berapakah power mata. Tips yang diberikan olehnya amat mudah dalam menjaga mata dengan baik. Mata yang selalu melihat kalam Allah iaitu Al-Quran ialah yang paling baik! Kemudian, sunnah melihat alam ciptaan Allah!

Selepas setahun saya cuba tentang tips tersebut, nak tahu tak power mata saya berapa? Sebelah kanan sudah di bawah 10. Sebelah kiri 80! Teruskan menjaga mata mung leklok! Pesan beliau.

Semasa di negeri pantai timur pun, beliau ada membuka klinik mata. Di kliniknya ada perkhidmatan lasik. Teknik bedah mata menggunakan teknologi laser. Kini, tiada lagi. Beliau lebih suka mendidik patientnya tentang dua tips tersebut dan lebih berasa puas akan progress power mata semakin menurun.

Selain power mata yang semakin menurun, katanya itu adalah salah satu dakwah yang dapat dilakukan semasa bekerja. Jika sudah melihat ayat Quran, mestilah baca sekali kan. Mulut yang membaca, telinga yang mendengar dan mata yang melihat sebenarnya menghubungkan sel-sel di bahagian otak daripada terus mengecut.

OTAK

Dr. Azura daripada Institut Nury pernah melakukan praktikal jurusan perubatannya di Philadelphhia tentang otak selama beberapa tahun. Pernah dengar tentang Glenn Doman? Beliau adalah pengasas di The Achievement of Human Potential. Beliau dan arwah ibu Dr.Azura berkawan baik.

Semasa di dalam seminar Ibu Bapa Cemerlang dan Profesional yang dikendalikan oleh Institut Nury, kami diajarkan tentang biologi badan manusia. Satu hari penuh belajar tentang otak manusia. Fuh! Memang sesuai benar dengan tajuk seminar. Kena belajar tentang otak baru boleh jadi cemerlang dan profesional. Bergegar otak sekejap. Haha.

Jap, terasa macam dah panjang benar menulis. Eh? Belum 1500 patah perkataan lagi la. Jom, teruskan menulis lagi. Kahkah

Otak manusia ni akan melalui 5 fasa. Tapi, bahasa orang kampong macam saya ni sebut mengembang dan mengecut. Pada usia manusia baru lahir sehingga 7 tahun, ia dalam proses mengembang yang sangat-sangat aktif hingga mencapai 90-98% kadarnya kerana pada masa ini kelima-lima bahagian otak akan berkembang sekiranya DIRANGSANG! Ia memberi kesan kepada fasa perkembangan anak dan kekal hingga dewasa.

Kemudian, semasa manusia berumur 8 hingga 20 tahun ia mengembang pada kadar yang sangat perlahan iaitu sekitar 1% hingga 2% sahaja. Selepas itu, pada usia 20 hingga 40 tahun, ia sudah mula masuk ke fasa kedua. Slowdown pada tahap yang ganas!

Pada umur 40 tahun ke atas, tahap otak semakin stabil hingga usia 60 tahun. Pada usia 60 tahun dan ke atas, otak akan kembali ke tahap sebelumnya iaitu menurun pada tahap yang rendah.

Menakutkan tak?

Baiklah!


FAKTA TERKEJUT

Banyak yang dikongsikan oleh Dr.Azura dalam seminar dua hari tersebut. Kemudian, selepas habis belajar di luar negara beliau pun balik ke Malaysia dan bertugas sebagai pegawai perubatan.

Sambil-sambil tu, beliau meneruskan bidang yang telah dipelopori oleh arwah ibunya iaitu Dato' Dr. Norlaily. Pada suatu hari, telah datang sepasang suami isteri bersama anak mereka yang mengalami syndrome down. 

Pasangan ini cuba ikhtiar kepada anak mereka selepas belajar modul lengkap di Institut Nury yang terletak di Bukit Antarabangsa.

Tahu tak? Selepas 6 bulan, dengan izin Allah SWT anak ini boleh bercakap perkataan pertamanya iaitu mama! Hanya ibu yang pernah mengalami beratnya dugaan menguruskan anak berkeperluan special needs faham akan perasaan ini.

Ibu bapa ini teruskan lagi ikhtiar tanpa nanti dan henti. Anak ini semakin menunjukkan perkembangan positif. Boleh bercakap satu patah perkataan. Dua patah. Satu ayat. Dua ayat. Hingga petah bercakap tak berhenti.

Dengan kuasa Allah, selang beberapa tahun. Dipendekkan cerita, wajah anak ini pun turut berubah mengikut iras wajah kedua ibu bapanya. Subhanallah!

Sekarang, tiada siapa percaya akan sejarah awal kehidupan anak ini. Melihatkan dirinya yang aktif, ceria dan begitu positif menghadapi hari-hari dalam kehidupannya. 

Tiada istilah tidak normal. Begitu kata-kata Dr.Azura. 

Mind Setting.. Ya itu maksudnya.

Otak ini begitu kompleks Allah SWT hadiahkan pada manusia dan letakkan dalam badannya. Ia boleh diprogramkan mengikut sesuka hati kehendak tuan badannya.


MASA DEPAN SENTIASA CERAH

Setiap pagi mari kita ambil masa sekejap lihat dan berfikir tentang fungsi matahari. Tidak cemburukah kita pada matahari?

Matahari sentiasa menjalankan kerjanya iaitu memancarkan cahaya yang dipinjamkan Allah SWT kepada dirinya. Ia terus terpancar ke seluruh dunia. Semua hidupan dapat mengambil manfaat dari cahaya matahari.

Walaupun begitu, tahu tak matahari yang kita lihat gah kerana terik sinarannya dan besar pada penglihatan sebenarnya sentiasa menangis. Ya, matahari sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT.

Dia begitu sedih kerana melihat manusia yang mempunyai otak yang wow pun boleh menyembahnya dan sangat ramai tidak meletakkan keagungan Allah SWT di dalam jiwa manusia itu sendiri.

Boleh rujuk di dalam buku Hayatus Sahabah Jilid Ketiga. Terdapat hadis sahih bahawa matahari pun menangis kerana takutkan pada Allah SWT. Dia risau memikirkan keadaan dirinya akan disoal pada hari Masyar kelak kerana dirinya menyebabkan begitu ramai manusia terpesong akidahnya.

Pada awal kejadiannya matahari begitu gembira diciptakan kerana dapat berkhidmat pada manusia. Bahkan seluruh alam ini begitu bangga diciptakan kerana dapat berkhidmat pada manusia.

Kenapa?

Sebab manusia ialah sehebat-hebat kejadian yang Allah SWT pernah ciptakan. Ada akal pada bahagian otaknya.

Tahu tak, otak yang dimasukkan dengan Al-Quran lebih terang daripada matahari yang berada dalam sebuah rumah! Tak percaya pi baca buku Fadhilat Amal, Bab Fadhilat Al-Quran, Bahagian Surah-surah Pendek.

Bab ini termasuk dalam ilmu mantik. Dulu, saya pernah belajar Ilmu Teori dan Mantik semasa dalam jurusan Matematik Tulen di UTM. Tiada kaitan langsung dengan matematik.

Tetapi, pentingnya kemahiran teori ini kepada fikiran manusia kerana ia mendidik otak manusia bagaimana cara mahu berfikir yang betul. Jujur, ramai tak dapat score dalam subjek ini.

Sebabkan, soalan dia macam ni :

Kenapa jalan itu basah? Haha. Tau tak skema jawapan dia apa? Jalan itu basah kerana ada air. 4 markah tau!

Saya pernah tolong pensyarah tandakan paper junior untuk subjek ini. Sakit perut bila baca macam-macam jawapan. Punyalah simple jawapan dia rupanya!

Wah, jauh sangat saya menulis. Ada ke yang masih minat nak membaca ni?

Jadi, apa kata selalu tanya pada anak soalan-soalan berkaitan teori mantik ni. Sebelum nak ajar anak pandai matematik, dia kena biasakan disoal dengan soalan-soalan macam ni.

Tapi, maknya pun kena sediakan jawapan yang mantik juga. Saya sudi kongsikan jika ada permintaan.

Kenapa burung tu terbang?
Jawapan : Bukan sebab ada kepak tau. Ha, ni kena tulis dalam entri lain insyaAllah.

Memang dah lama, saya nak share tentang seminar di Institut Nury tu. Ramai kawan-kawan saya belum berkesempatan hadir, jadi mereka ada menyuruh saya tulis tentang ni.

Malangnya selepas beberapa tahun, baru saya teringat tentang ini. Minta maaf ya!

Tapi, boleh nampak tak kaitan tentang macam mana pentingnya tahap perkembangan otak anak kita semasa dia dalam tempoh 7 tahun pertama? Dan betapa pentingnya kita sebagai penjaga cuba ikhtiar kawal apa yang dilihat oleh matanya. 

  1. Apa yang boleh merangsang otak anak melalui mata?
  2. Bagaimana mata bayi yang dilahirkan buta boleh lihat dengan bantuan tanpa intervensi perubatan?
  3. Apa yang perlu dilakukan jika anak itu sudah mengalami brain injured dan tahu tak kita boleh lakukan sendiri di rumah hingga ia kembali pulih?
  4. Bagaimana kita mencorakkan aktiviti fizikal seseorang dan ia pasti mempengaruhi kesan kekal pada bahagian otaknya. Seterusnya akan menentukan personaliti dirinya?
Besarnya dugaan sebenarnya besarnya hikmah dan rezeki yang Allah SWT mahu beri. InsyaAllah, akan tulis lagi.

No comments: