Thursday, July 5, 2018

Apa Yang Perlu Anda Tahu Jika Berhadapan Dengan Situasi Yang Berlaku Seperti Isu Adik Adam?

MOHON TULARKAN INFO INI...
TAK RUGI JIKA SHARE ILMU...


Apa Yang perlu anda tahu jika berhadapan dengan situasi yang berlaku seperti Isu adik Adam?

Grief dari perspektif Psikologi.
Terlebih dahulu, salam takziah diucapkan kepada keluarga adik Adam Raykal terutamanya kepada si ibu dan si bapa yg baru kehilangan anak tersayang.
Ada orang bertanya, kenapa bersedih?

Rata2 ramai orang yg komen,

"tak sampai hati nak dengar suara seorang ibu meraung-raung memanggil nama anaknya.. "

"tak sanggup nak tgk wajah umi Adam yg kelihatan sedih sangat"

"kalau aku, aku mungkin dah hilang akal bila aku dapat tahu yang anak aku mati disebabkan pengasuh"


Dan tidak pula kurangnya ada yang komen,

"redhakan je la.... Dah pergi, tu ajal n bahagianya, jangan dilayan sangat emosi tu... nanti si ibu pula yang sakit..." (kalau dibaca dgn intonasi sarkastik, sudah tentu lari maksudnya dan mungkin akan dianggap biadap bagi sesetengah orang)

Apa itu "GRIEF"?

Untuk bahasa yg mudah difahami, Grief ialah suatu keadaan yang TERAMAT SEDIH yg melanda seseorang itu akibat kehilangan sesuatu/seseorang yg tersayang (kata orang putih: something significant in life ).

Adakah salah bila seseorang itu mengalami kedukaan yg teramat sangat (sebut: Grief) utk meraung??? Menjerit-jerit kesedihan?? Menjawab persoalan ini, sebenarnya, ekspresi yang lahir seperti meraung-raung dan menangis dgn suara yang kuat adalah eskpresi normal bagi mereka yg berada dalam situasi grief ini. Apatah lagi diketahui bahawa yang meninggal dunia itu merupakan satu pertalian yg rapat (seperti antara ibu bapa dan anak).

Dalam kes adik Adam Raykal ini, si ibu dan ayah amat2 memerlukan sokongan emosi daripada keluarga terdekat atau daripada individu yang signifikan terhadapnya seperti sahabat karib, rakan sekerja, dan majikan. Pergantungan emosi ini perlu, kerana untuk mencapai satu tahap "katarsis"di mana si ibu atau si bapa benar-benar telah mengalami peluahan sepenuhnya yg mana timbul perasaan lega dari segi emosi.

Dalam hal ini, tidaklah bermaksud orang yg signifikan itu sibuk bertanya itu ini kepada mangsa! atau menyuruh si ibu dan bapa mangsa bersabar! (seperti ungkapan sabarlah....., sabar ye...., jangan macam ni.... Bawa bersabar ya....). Bukan ini sepatutnya!!! Bukan!! Cukuplah hadir di sisi mangsa, menunjukkan sifat empati (seolah-olah kita pun sedang mengalami seperti apa yg si mangsa alami), jika mangsa memerlukan dakapan/pelukan, berilah pelukan (baca :sesama jantina), seperti yang biasa kita dengar " I lend you my shoulder to cry on...." biarkan si mangsa menangis didakapan kita, biarkan...., cukuplah kita dengan mengusap-usap bahagia belakang dadanya sambil mengangguk-angguk (non-verbal) tanda kita cuba memahami dan merasainya walaupun secara hakikatnya kita TIDAK AKAN PERNAH memahami dan merasai seperti apa yg ibu bapa mangsa hadapi. Sebenarnya, itulah yang lebih diperlukan oleh mereka berbanding "nasihat" dan "ceramah" kita disaat itu!!

Perlu diingat, lebih banyak perkataan yg keluar dari mulut kita (seperti sabarlah..... Janganlah meraung macam ni..... Jangan menjerit....., bersabarlah.....), secara tidak langsung emosi mangsa terganggu, sedarilah bahawa ketika itu emosi sensitif adalah tinggi dan di waktu ini sikap "irrational" atau tidak rasional juga sangat sukar dijangka di mana sukar untuk memahami apa2 arahan yg diarahkan oleh "orang luar" kepada mangsa,seterusnya menimbulkan satu keadaan "stress" yang baru terhadap mangsa! dan ini boleh membuatkan mangsa merasakan orang sekelilingnya (terutamanya yang rapat) tidak memahami perasaan dan emosi yang sedang ditanggung.

Para pembaca yang budiman, apa yang saya cuba hendak sampaikan ialah, orang sekeliling (iaitu kita semua) perlu dan WAJIB tahu perkara ini! Mungkin suatu hari kita pula yg memerlukan ini semua.

Ketahuilah bahawa, JIKA tiada sokongan emosi ini, dibimbangi si ibu dan bapa mangsa menjadi mangsa keadaan yang boleh berakhir pula dengan tragedi yang tidak diingini (tindakan agresif /tindakan tanpa kawal) yang boleh memudaratkan diri dan orang lain.

Apa yang penting di saat genting ini "they need space and privacy". Beri mereka ruang untuk berhadapan perkara yg penuh respect daripada kita semua dalam berhadapan dengan TRAUMA ini. Jika mereka tidak selesa untuk diambil gambar, jangan lakukan, hormat "privacy" mereka!

Apabila keadaan mulai tenang dan boleh dibawa bicara, barulah kita suntikan denagn kata-kata semangat, nasihat, dorongan. Pada waktu ini nasihat - nasihat yang kita ambil dari Al-Quran dan hadis boleh dicerna dan difahami oleh mangsa (bagi yg beragama Islam).

Sedarilah bahawa Emosi ini ciptaan Allah yang Maha Esa, dan sangat unik. Bila disebut unik, ini bermakna ia berbeza daripada seorang individu dengan individu yang lain. Cara penerimaan juga lain. Mungkin ada sesetengah orang, ia mampu mengawal emosi jika berhadapan dengan situasi yang sama, namun tidak bagi sesetengah yang lain. Sebab tu "space" dan "privacy" itu sangat penting sebagai tanda hormat kita kepada mereka yang mengalami "grief" ini.

Dalam psikologi, apa yang saya sebutkan di atas dipanggil "Bantuan Kecemasan Psikologi" atau sering disebut sebagai PFA (Psychological First Aid) yg biasanya kami Pegawai Psikologi, Kaunselor, Psychiatrist dan  Clinical Psychology, dibekalkan dengan ilmu ini, dan menjadi watak utama dalam menjadi pembantu dalam memberikan intervensi segera kepada mereka yg mengalami isu2 traumatic seperti ini.

Tahniah Pegawai Psikologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan semua kakitangan hospital yang terlibat secara langsung dengan memberi khidmat PFA kepada mangsa dan waris.

Benarlah kata pepatah kita, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"

Marilah Kita semua bersama-sama mendoakan agar keluarga adik Adam terutama kepada si ibu dan si ayah agar diberikan ketenangan dan dapat menghadapi dugaan ini.

#sama_sama_doakan_yang_terbaik
#Psychological_First_Aid_(PFA)


P/s: bagi yang ingin meluaskan pemahaman, boleh rujuk bahan yg berkaitanb
-Grieve and Bereavement
-Psychological First Aid (PFA)


Sekian.
AFANDY BIN SUTRISNO TANJUNG 
Pegawai Psikologi
Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



*Saya sedang menulis buku baru berkaitan trauma berdasarkan kajian kes sebenar. Bagaimana mahu bangkit pada masa yang sama tiada sesiapa tahu tentang apa yang dialami oleh mangsa trauma. Moga apa yang terjadi pada semua mangsa trauma dijadikan asbab hidayat seluruh alam. Doakan saya juga dalam setiap doa-doa kamu.

No comments: