Skip to main content

Anak Masuk Ward dan Hikmahnya

Oleh : Iryani Ahmad

Pagi itu, mereka makan nasi berlaukkan ikan selayang masak rendang. Unik kan. Pertama kali ikan dimasak dengan rasa rendang. Okay juga di tekak kami suami isteri sebagai hidangan orang dewasa. Anak-anak yang lain pun suka.

Jadi, teruslah suapkan menu yang sama untuk si kecil. Dia pun makan je dengan happy. Tiba-tiba, seluruh kepalanya berubah menjadi kemerahan dan perlahan-lahan turun ke leher, badan dan seterusnya ke kaki. Terus secepat mungkin mandikannya sebab takut bayi diserang demam panas.

Kebetulan pada masa yang sama, si abangnya sedang mengalami demam campak. Kami sudah menjangkakan mungkin akan ada adik-beradik lain yang akan berjangkit sama seperti yang dimaklumkan oleh doktor.

Malangnya, warna kemerahan itu tidak pula reda selepas bayi dimandikan. Apa lagi, terus ke hospital bahagian kecemasan. Pada hari itu pula cuti, klinik kesihatan tutup. Sampai sahaja di sana, bayiku terus ditahan untuk dipantau. Selepas 2 jam menunggu, bayi kena masuk ward.

Maka, bermulalah pengalaman anakku bermalam di ward. Setiap jam diziarahi para doktor dan nurse. Tak boleh tidur lena sangatlah mak. Sejuknya memang terasa. Terus dapat selsema. Baby pun memang selsema.

Bulan puasa pula tu. Sahur roti dan susu. Masa tu saya rasa sakit sangat di kawasan pipi dan hidung. Terus bertanyakan pada doktor yang ada, mereka kata lebih baik andai terus refer ke bahagian doktor bahagian ENT. Kemungkinan dijangkiti resdung.

Si kecil pula terkena selsema sudah sebulan lebih. Doktor muda itu mencadangkan supaya bayi tidak berhubung direct dengan orang yang tak sihat lepas ni. Balik tu, saya berazam nak cari alternatif lain untuk rawatan selsema.

Terus berhubung dengan rakan baikku sejak sekolah rendah untuk membeli balm tasneem naturel. Pada hari yang sama juga ada tawaran menarik untuk menjadi agen. Apalagi, terus sahaja mendaftar. Memang sudah lama sangat berdiam diri tak melakukan apa-apa. Peluang baik ni. Lebih baik mencuba ikut serta perkara yang memberi manfaat kepada diri dan keluarga seperti ini.

Alhamdulillah. Bertuah rasanya dapat kenal kawan-kawan positif. Lepas sapu sahaja balm wangi ni, baby terus tidur lena. Esok harinya, selsema semakin berkurangan  Pada hari kedua, selsemanya terus mengering. 

Pada waktu malam seperti biasa, baby minum  susu. Tiba-tiba dia tersedak dan terus termuntah. Rupa-rupanya muntah susunya disertai dengan lendir kahak yang agak banyak. Syukur pada Allah wahai anak, moga Allah beri kesembuhan kepada dirimu dan kita sekeluarga sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan buruk di dunia dan akhirat.

Maka, bermulalah hari saya selepas itu untuk mula belajar balik nak menjual, menulis, berkawan-kawan semula dengan rakan-rakan lama di dunia maya, dan paling pentting membina keyakinan diri yang lebih positif. 

Temujanji dengan doktor pakar, si dia sentiasa menemani saya hingga ke dalam bilik rawatan. Kata-kata dan sokongannya, para doktor pakar, doktor-doktor dan ahli perubatan lainnya, kawan-kawan yang positif dan doa dari ahli keluarga akan saya ingati hingga ke akhir hayat. 

Usah pandang balik ke belakang. Pandang sebagai sempadan jadikan pengajaran yang positif. Positif itu mengajar kita bersangka baik kepada Allah SWT. Ia melatih dirimu sebagai persediaan untuk menyambutmu sebagai roh yang tenang. Kita tidak akan mampu membantu orang lain yang tidak mahu membantu dirinya sendiri.

Apatah lagi, perkara itu sudah menimpa kamu. Kita fikir apa yang kita boleh lakukan. Akhirnya kita semua akan mati menuju Allah SWT. Maka, seharusnya kamu mesti membantu diri sendiri. Ayuh kawan! Dalam menerima ujian, Allah SWT sudah turunkan sekali penyelesaiannya.

Tinggal sahaja dirimu harus kuat membawa punggungmu bangun dari tempat dudukmu sebelum ini agar berpindah ke tempat duduk yang lebih baik yang Allah SWT sudah sediakan untuk kamu.

Orang lain hanya mampu menyuruh dan menasihatimu supaya bangun. Sekurang-kurangnya menarik tanganmu agar segera bangkit. Tetapi jika kamu masih memberati dirimu sendiri, tiada seorang pun yang mampu untuk mengendongmu.

Ingat, rahmat Allah SWT lebih luas daripada kemurkaanNya. 

*Terima kasih sebab sudi baca. You know who you are!


Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.