Wednesday, June 20, 2018

Madrasah Ramadhan

Oleh : Iryani Ahmad

Kali ini lama sungguh saya bercuti tidak menulis di blog. Saya masih lagi menulis di buku catatan. Jadi, saya rasa lebih sesuai ditukar juga nama blog kepada catatan Kembara Ummi. Syukur, kami sekeluarga kini sudah mengembara dan bermukim di negeri atas angin. Sebab apa? Pemandangan di sini penuh dengan gunung-ganang dan perbukitan. Awan putih penuh berkepul-kepul di atasnya. Terasa sungguh kami pun duduk di atas angin juga.

Sebulan Ramadhan yang dilalui oleh anak-anak kali ini penuh warna-warninya. Abang sulung berjaya puasa penuh 5 hari. Abang kedua berjaya berpuasa separuh hari pada waktu sekolah tadikanya.

Kali ini semasa berada di madrasah Ramadhan, saya cepat berasa letih kerana perubahan fizikal yang berubah tetapi apabila terpandang wajah anak-anak, membawa diri saya sebagai ibu untuk selalu rasa syukur dapat belajar banyak perkara positif daripada sifat anak-anak yang tulus luhur budinya.

Kali ini saya dapat bersolat tarawih dan mendengar nasihat selepas tarawih dengan lapang. Anak-anak dijaga oleh penjaga di nurseri yang disediakan oleh pihak masjid. Antara catatan yang ada mengapa pentingnya kita menulis matlamat/ azam/ impian?

Bulan Ramadhan seringkali dikaitkan dengan madrasah kerana ia dijadikan kayu pengukur untuk kita menghadapi tahun mendatang sebelum tiba amadhan berikutnya. Berjaya atau tidak madrasah Ramadhan kali ini?

Allah SWT memerintahkan kita supaya berpuasa pada Ramadhan kerana ada markahnya masing-masing pada penghujung bulan. Ada tahap-tahap hambaNya yang berpuasa. Dari tahap sekadar menahan lapar dahaga hingga tahap orang yang bertaqwa.

Sebab itu, penting sangat kita menulis azam. Supaya dapat diketahui kita berpuasa pada tahap orang awam atau dapat capai tahap berpuasa orang bertaqwa?

Pada malam itu, ustaz menyuruh jemaah solat yang ada supaya menulis 10 perkara yang menahan nafsu. Dari sudut bahasanya puasa itu bermaksud menahan. Saya sambung nanti ya?


No comments: