Skip to main content

Buang Emosi Negatif dengan EFT dan Tarik Magnet Rezeki


Oleh : Iryani Ahmad
Gambar :  Google


Amaran : Artikel ini panjang kerana saya mahu melepaskan gian menulis. Haha. Selain itu, saya mahu berlatih menulis hingga 1500 patah perkataan. Sila follow blog ini atau star artikel ini jika mahu membaca dengan lebih fokus.

Ujian Lumrah Hidup

Selagi masih hidup selagi itu manusia akan diuji dalam kehidupannya. Agi idup agi ngelaban! Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Samada dari segi senang atau susah. Apapun bentuk ujian yang mendatang ia sangat bernilai sekiranya dapat mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui akan kekuatan setiap hambaNya.



Orang beriman akan diuji seperti untaian tasbih yang terputus. Biji-biji tasbih akan jatuh satu-persatu sehingga habis. Mereka akan diuji sehingga ke hujung nyawanya. Allah SWT sangat menyayangi dan mencemburui mereka kerana Allah SWT tidak mahu sebarang makhluk bertakhta di hati manusia yang dikasihiNya selain dariNya sahaja. Hanya Allah SWT sahaja yang layak berada di hati mereka. Bukan sebarang makhluk lain. Begitu kasihNya Allah SWT mahu memasukkan kebesaran Allah Yang Maha Kuasa ke dalam hati hambaNya dengan cara memberi ujian.



Manusia yang paling dikasihi Allah SWT tentulah Nabi Muhammad SWT. Begitu kasihNya kepada baginda SAW, sehingga nama Muhammad SAW berada bersebelahan dengan nama Allah SWT. Nabi Adam A.S pernah melihat nama ini terukir indah di dinding syurga. Penghulu kita, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling banyak diuji di antara para nabi lain. Seterusnya yang paling banyak diuji ialah para Rasul, Nabi, kekasih Allah SWT, ulamak, hambaNya yang soleh dan dituruti oleh manusia umumnya mengikut darjat iman masing-masing.



Perasaan Ketika Menerima Ujian

Sebagai manusia biasa, normal bagi kita merasai perasaan sedih, kecewa, sakit, geram, benci, dendam, penat dan sebagainya ketika diuji. Tetapi, tahu tak semua emosi negatif ini rupa-rupanya tidak boleh disimpan dalam badan kita melebihi 16 saat? Ha, saya pun baru tahu. Jadi, macamana kalau ia sudah terpendam lama hingga berhari-hari, berminggu-minggu, bertahun-tahun malah berpuluh-puluh tahun? Ia seakan tersekat jauh di lubuk hati yang paling dalam. Ada cara untuk melepaskan emosi negatif ini di bahagian bawah artikel (sebab nak suruh korang baca yang atas ni bagi habis dulu. Jangan skip tau. Hehe). Ibarat pepatah orang Melayu, luka di hati berdarah kembali.



Pengukur tanda anda seorang yang sihat dan waras fikiran mentalnya, anda tidak akan merasai luka di hati berdarah kembali. Sekiranya anda terasa sedemikian, awas! Segera dapatkan rawatan daripada pihak professional. Boleh email saya bertanyakan tentang hal ini jika malu mahu komen di bawah entri. Sebagai seorang yang waras dan sihat fikirannya, sekiranya dia teringat dia hanya berasa sedih tetapi tidak keterlaluan seperti mula-mula diuji dan berasa tenang kerana dia sedar harus akur dan redha akan ujian yang menimpanya sudah ditakdirkan oleh Allah SWT kepada dirinya. Dia tidak berasa marah kepada sesiapa tetapi mengambil langkah positif seperti mahu memaafkan dan melakukan strategi yang bermanfaat untuk dirinya dan orang lain.

Cantiknya sunnah Nabi SAW, baginda sudah mengajarkan doa apabila mula-mula diuji seperti terkena hentakan pertama. Kemudian, baginda SAW ajarkan lagi doa seterusnya apabila kita teringat kembali akan ujian tersebut. Kedua-dua doa ini mengandungi ganjaran yang hebat di dunia dan akhirat kepada sesiapa yang bertuah dapat mengamalkannya.

1.     Doa ketika mula-mula diuji : 



Jika dibaca doa ini ketika hati benar-benar hancur saat menerima ujian pada saat terkena hentakan pertama, pasti dan yakin Allah SWT akan menggantikan dengan perkara yang lebih baik lagi sebelum dia meninggal dunia. Boleh rujuk kitab Hayatus Sahabah Jilid Ketiga untuk lebih maklum.

·       Nabi Muhammad SAW pernah mengajarkan kepada sahabatnya agar membaca doa ini ketika tali kasutya yang tercabut. Ujian adalah apa-apa sahaja perkara yang berlaku dan mendatangkan resah, gelisah, susah dan payah dalam kehidupan kita. Dianjurkan agar membaca doa yang penuh berkat ini.

·       Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan Ummu Salamah agar membacakan doa ini ketika beliau begitu sedih saat suaminya meninggal dunia. Kemudian Allah SWT telah memberikan Ummu Salamah suami yang lebih baik dan terbaik iaitu diri Rasululllah SAW sendiri.

Kadang-kadang kita pasti teringat kenangan sayu yang mengusik jiwa. Kesedihan itu akan terasa kembali. Cepat-cepat membaca doa di bawah agar kita mendapat ganjaran pahala seperti mula-mula saat kita diuji. Jika tidak, dikhuatiri syaitan laknatullah akan menghasut kita dan meracuni fikiran kita untuk perkara yang memudharatkan.

2.     Doa apabila teringat kembali akan ujian/musibah :


·       Doa yang sama kedua-duanya.



Sabar Dan Tahammul

Tahan dan redha ketika diuji. Ia perkara yang amat bertentangan. Tetapi amat menakjubkan bagi para penduduk langit jika digabungkan. Bahkan Allah SWT memuji-muji mereka di hadapan para malaikat dan mengangkat darjat manusia jenis ini berada di kalangan para Nabi sedangkan mereka di dunia hanya manusia biasa-biasa sahaja.

  • ·       TAHAN ketika diuji. Ia ada limitnya sebagai manusia dan boleh pecah meletup. Seperti belon yang semakin besar ditiup. Akhirnya akan pecah belon itu.


  • ·       REDHA ketika diuji. Ia tiada limitnya kerana ujian itu seperti dialu-alukan kedatangannya dan disambut dengan ceria dan tenang.







Perkara ini saya pun baru sahaja belajar dan di sini saya mahu kongsikan kepada anda semua. Ia adalah suatu kemahiran. Kita memang kena belajar. Manusia mahu hidup, dia kena belajar. Ia bertentangan dengan haiwan. Haiwan lahir-lahir sahaja sudah pandai berjalan. Manusia kena belajar berjalan lebih kurang 1 tahun atau setahun setengah dalam hidupnya. 

Begitu juga untuk perkara-perkara lain seperti makan, bercakap, bermain, menulis, melukis, berkawan, berkahwin, bersabar, berdiam diri, memasak dan sebagainya. Kemahiran ini akan diasah pada setiap hari hingga kita dapat menguasainya. Kita tidak akan dapat menguasai sesuatu jenis kemahiran melainkan kita perlu belajar daripada manusia lain yang lebih mahir daripada diri kita sendiri. Proses ini akan berterusan hingga kita tiada lagi di dunia ini. Menuntut ilmu hingga liang lahad.


Teknik Bersabar

Di luar sana, ada beberapa kursus yang dianjurkan oleh para psikologi tentang teknik atau terapi ini. Berbayar atau percuma. Di medan sosial juga begitu banyak membicarakan tentang hal ini.

Sabar ialah gabungan daripada perbuatan menahan hati akan ujian tersebut (tidak terlalu sedih atau tidak terlalu gembira secara keterlaluan) dan berasa redha pada masa yang sama. Ia tidak akan dapat dilakukan jika hati masih ada perasaan negatif seperti dendam, kecewa, marah, menyesal, penat, benci dan lain-lain. Jadi, penting sangat supaya semua emosi negatif ini dikeluarkan dulu dari badan kita.

Emosi Negatif = Habuk Kipas

Cuba lihat kipas yang digunakan bertahun-tahun tetapi tidak pernah dicuci. Lihat pada kipas kotor itu betapa tebalnya habuk kat situ. Betapa hitamnya habuk tu. Tidak pernah cuci tetapi tahu guna je. Begitu juga hati kita. Hati ini perlu bebas dari sebarang emosi negatif yang kotor dan hitam.  Kemudian barulah dia boleh belajar teknik bersabar.



Kipas yang kotor hitam melekat tu, apa strateginya jika nak cuci? Adakah dengan sekali lap sahaja ia sudah bersih, licin dan putih? Tidak. Berulang kali kita kena lap. Tambah lagi dengan pencuci. Penwangi. Bilas lagi dengan air. Lap lagi berulang-ulang kali. Ha, baru cantikkan. Bila switch on, terasa sejuk dan segar sahaja angin yang bertiup dari kipas yang bersih tadi.

Kita kena belajar cara cuci kipas dulu. Kemudian, baru belajar cuci hati sendiri. Cuci hati sendiri lebih susah sebab kita tak nampak dan tak boleh lihat samada ia masih kotor atau sudah bersih berkilat. Malaikat pun tak nampak. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh lihat kesucian hati kita.

Buang Emosi Negatif dengan Teknik EFT

Pernah dengar EFT? EFT ialah Emotional Free Therapy. Sebagai seorang muslim, teknik ini digabungkan sekali dengan doa dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Ia dipanggil Spiritual Emotional Free Therapy. Guru saya mengaplikasikan dan mengajarkan teknik ini kepada mangsa banjir besar di Kelantan beberapa tahun lepas dan kepada keluarga mangsa MH370 di lapangan terbang.



Merujuk pada gambar, (emosi spesifik) kena senaraikan secara terperinci semua perasaan negatif yang anda alami iaitu seperti marah, kecewa, menyesal, benci, geram, dendam, sakit, penat dan sebagainya. 

Kemudian skorkan perasaan negatif tersebut daripada 1 hingga 10. Jika skor 0, tak perlu kerana dalam mood tenang.

Tapping points ada pelbagai cara. Antaranya ialah dengan cara karate atau dua jari diketukkan lembut pada bahagian titik-titik tertentu seperti dalam gambar.

Ada dua cara yang diajarkan kepada saya. Pertama menggunakan ‘tapping points’ seperti di dalam gambar dan kedua dengan menekan secara membulat pada arah lawan jam di ‘point’ hati iaitu di sekitar bawah tulang selangka (akan terasa sakit jika tekan di point yang tepat). Pastikan pointnya kena betul ya. Boleh email saya atau rujuk videotersebut.


Balm Essential Oil

Semasa melalui terapi ini, ada syarat-syarat yang sebaiknya dilakukan terlebih dahulu untuk dapatkan impak maksimum. 

1. Mesti mengaku, perasaan negatif itu memang ada dalam diri.
2. Kesungguhan yang kuat mahu membuang emosi negatif.
3. Tidak menyalahkan orang lain atas apa yang dah berlaku dalam hidup anda sebelum ini hingga menyebabkan anda beremosi negatif.
4. Lakukan deep breathing teknik seperti yang sudah diterangkan dalam ebook Bersalin Alami. Boleh baca secara percuma di smart library, Perpustakaan Negara Malaysia atau beli sahaja direct daripada penulis di 011-21870144





5. Memakai Balm Tasneem Naturel yang dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi pure essential oil.  Dicadangkan agar memakai Calm Time kerana ia mengandungi bahan semulajadi daripada pati bunga seperti  lavender, orange, mandarin, frankinsce dan lain-lain. Ia berfungsi menenagkan dan amat membantu ketika melakukan deep breathing.  

Boleh dapatkannya secara pos, COD atau free trial di talian 011-21870144.


Jom kita mulakan. Untuk permulaan, buat dua kali pada setiap hari. Pagi dan malam. 

Setiap kali sentuh tapping point tersebut, baca affirmation di bawah :


BismillahirRahmaniRahim

Ya Allah, walaupun aku rasa geram,
Aku ikhlas dan redha menerima rasa geram ini,
Dan aku pasrahkan kepada Mu ketenangan sepenuhnya.

Ulang untuk semua perasaan negatif yang kita alami...

Ya Allah, walaupun aku rasa sedih,
Aku ikhlas dan redha menerima rasa sedih ini,
Dan aku pasrahkan kepada Mu ketenangan sepenuhnya.

Ulang sehingga skor anda menurun....

Ya Allah, walaupun aku rasa kecewa,
Aku ikhlas dan redha menerima rasa kecewa ini,
Dan aku pasrahkan kepada Mu ketenangan sepenuhnya.

Menangis jika terasa mahu menangis. Lepaskan semua beban yang anda rasa.




 Hati Clear - Matlamat Jelas  - Magnet Rezeki

Berpeluang mengikuti kelas kocing bersama pengasas Balm Tasneem Naturel, Puan Haridah Sahri baru-baru ini memberitahu bahawa semua ini berkait. Sebelum memulakan sebarang pekerjaan tidak kira samada bekerja sendiri, bekerja di rumah atau di pejabat (walaupun menjadi suri rumah sepenuh masa pun sangat perlu Big Why yang jelas). Ia amat memerlukan matlamat yang jelas. Big Why kena jelas dan besar. Hal ini sangat bergantung kepada sejauh mana tahap kebersihan hati kita. Kan?




Jika hanya buat sahaja tanpa betulkan mind setting, kita akan cepat terbakar burn out dan bosan. Lesu, lemah dan last sekali tak mahu buat apa-apa. Tips yang sangat berharga bagi saya apabila beliau memberithu tentang jika mahu move on, mesti tolong orang lain terlebih dahulu. Tidak semestinya dengan wang ringgit. Paling utama adalah kongsikan ilmu pengetahuan yang kita ada.

Banyak sangat yang diajarkan hasil pengalaman bisnesnya selama lebih daripada 10 tahun. Antaranya ialah kepentingan membaca buku-buku pendidikan kewangan, cara mahu keluar dari rat race, cara membina profiling yang betul, betulkan mind setting jika mahu kekal positif, besarkan kapasiti magnet rezeki, cara membuat fb ads melalui teknik rempit, dan membina IG. InsyaAllah akan menulis dengan lebih detail tentang kelas ini.

Sesiapa yang masih tercari-cari dan berminat nak menjual dropship tapi dengan guide yang betul dan dapat penyata gaji dari syarikat hingga dapat buat loan kereta, rumah dan lain-lain walaupun anda blacklist,ccris,ctos sangat dialu-alukan, cepat-cepat tekan link ini
http://dropshipwithguide.wasap.my/


Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.