Thursday, September 11, 2014

Puan Tabib

Oleh : Iryani Ahmad


Hari ini, perkongsian daripada Puan Tabib. Seorang doktor muslimah yang saya sayang berada jauh di sebuah pulau. Banyak kelebihan yang diberikan ALLAH S.W.T kepada beliau. Nasihat perubatan, pemakanan sunnah, rawatan tanpa ubat melalui pemakanan dan lain-lain.




  • Hanya ALLAH SWT sahaja sumber ketenangan bagi orang beriman.
  • Tebalkan ALLAH SWT dalam hati.
  • Nipiskan apa yang dilihat sekarang.
  • Dunia ini dan apa yang kita lihat sebenarnya tiada.
  • Jadi, ilusi tidak patut berjaya menggoyang jiwa orang yang nampak tujuan ukhrawi.
  • Jangan pergi kepada manusia yang tidak kenal ALLAH SWT. Mana mungkin mereka boleh menolong.
  • ALLAH SWT sayang Yani.
  • Orang yang diuji sebegitu sebab dia sangat istimewa. ALLAH SWT sayang sangat pada dia.
  • ALLAH SWT akan latih jiwa-jiwa yang terpilih sahaja dengan cemuhan manusia sekeliling.
  • Contohnya Nabi Nuh, Nabi Luth, Rasulullah S.A.W dan lain-lain.
  • Atau dengan pengorbanan yang tidak terfikir dek akal.
  • ALLAH SWT mahu kita taat tanpa soal. 
  • Ia membuktikan kita percaya ALLAH MAHA MENGETAHUI.
  • Tebalkan hati dengan cinta Ya Waddud.
  • Cemuhan itu bak angin lalu. Yang hanya terasa kesejukan padaNya.
  • Bukan senang mendaki cinta MAHA PENCINTA.
  • Hadapi, jangan lari darinya.





Ulasan/Review Ebook Bersalin Alami

Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membaca dan memberikan ulasan untuk e-book karya Puan Iryani Ahmad, Bersalin Alami. Walau pun tidak pernah bersua muka, berhubung atas talian, membaca karyanya membuat hati dekat dengan penulis. Penulis menulis dari hati dan nampak keikhlasannya untuk berkongsi sesuatu yang ramai wanita mengandung risaukan. BERSALIN.



Saya tidak pernah membaca buku seumpamanya. Kebanyakan buku hamil akan ada sekali bercerita tentang bersalin. Kebanyakan buku akan katakan, bersalin itu sakit dan memberi tanggapan kepada minda saya, ia perkara yang tidak menyeronokkan. Namun, pembacaan e-book bersalin alami menukar persepsi saya. Walau pun ada menerangkan sakit bersalin, tapi isunya ditukar menjadikan kita wanita yang redha dan bersedia untuk bersalin, seolah-olah, ia perkara yang menakutkan tetapi seronok. Seolah-olah orang nak terjun 'bungee'. Takut tapi seronok. Adrenalin rush itu menyeronokkan. Tapi dalam kes bersalin, sudah tentu hormon lain yang membantu.






Asalnya, e-book ini sudah ada dalam simpanan saya. Bila saya tahu saya mengandung, terus saya baca e-book ini. Alhamdulillah. Banyak sungguh tips. Kebetulan, saya turun darah di awal mengandung. Rupanya memang ada tips berkaitan menguatkan rahim. Bagai sudah jodoh dengan e-book ini.

Bacaan yang paling berkesan, sudah tentu perkongsian pengalaman dari wanita-wanita gigih yang bersalin secara alami. Ada pelbagai cara, ada pelbagai pengalaman yang berakhir dengan gembira. Sampaikan terdetik dalam hati saya, "eh, rupanya boleh bersalin macam ini." Punyalah kita dimomokkan dengan prosedur bersalin hospital yang menakutkan, jururawat yang menakutkan. Rupanya kita ada pilihan!. Kita yang bersalin. Kita bukan pesakit yang sakit. Kita hanya mahu melahirkan anak yang insyaAllah sihat. 

Ok. Kesimpulannya, e-book ini sememangnya membuka minda dan saya berpuas hati saya dijodohkan untuk membacanya. Terima kasih tidak terhingga kepada penulis, Puan Iryani Ahmad atas peluang yang diberikan. Terima kasih juga kerana menghasil e-book yang saya tidak sangka wujud.

Kepada anda yang sedang hamil dan merancang untuk hamil, e-book ini untuk anda. Jangan tunggu sehingga trimester ke-3. Bacaan ini seperti asid folik. Perlu dibaca sebelum dan awal kehamilan. 



Sumber :
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/search?updated-max=2014-09-08T08:00:00%2B08:00&max-results=7


* Nota : InsyaAllah ebook ini dalam proses difizikalkan. Boleh dipegang, dibelek, direbus, minum dan hadam. Kalau sesiapa yang nak baca cepat, boleh beli dan dapatkan versi maya sekarang. 

Pergi sini ---->> http://bersalinalami.blogspot.com

Email sini : pn.iryani[at]gmail.com