Saturday, May 31, 2014

Matematik Sedekah

Oleh : Iryani Ahmad


Minggu lalu, saya belajar tentang matematik sedekah. Inilah pelajaran matematik yang sebenarnya. Setelah bertahun-tahun bergelumang dengan buku, nota dan assignment matematik. Saya kira pelajaran ini seharusnya dipelajari semenjak sekolah rendah lagi.


Kebanyakan dari kita sudah tahu, sedekah yang dibelanjakan pada jalan Allah S.W.T akan dilipat gandakan. Sedekahkan apa yang paling disukai. Tapi pelik, selalunya kita rasa ragu-ragu.


Sedekahkan semua sekali. Saya ibaratkan dalam bentuk tiga situasi.


Ia ibarat bara api dan daging untuk dibuat sate. Jika baranya ada, tetapi daging tidak diletakkan pada tempatnya, maka sate tidak akan jadi.


Jika daging sudah diletakkan di tempat pemanggang, tetapi bara belum menyala, maka tetap sate tidak menjadi.


Jika daging sudah diletakkan di tempat pemanggang dan bara sudah menyala, tetapi kipasnya pula sangat perlahan. Sate dapat jadi sate tetapi sangatlah lama. Berjam-jam lamanya barulah jadi sate.


Kesimpulannya KIPAS kena laju. Maka cepat jadi sate dan cepat dapat makan.


Tamsilan bagi matematik sedekah. 




* Kena mengKIPAS Allah S.W.T. laju-laju iaitu menjaga hak-hak Allah S.W.T. Perkara wajib dipelihara, perkara sunat ditambah-tambahkan.

Friday, May 30, 2014

Suri Rumah Luar Biasa

Teks : Iryani Ahmad

Biasanya wanita malu nak mengaku pekerjaan utama mereka ialah suri rumah.

Saya bagitahu mama dan beliau terkejut.

Mereka semua bekerja dari rumah. Pendapatan 6 angka itu biasa.

Macam-macam

Macam-macam kata carian google yang sampai ke blog saya.

Tapi, sedihnya kata carian mudah bersalin dah hilang.

Hilang terus.

Permainan ini saya sudah agak.

Antara kelemahan blog.

Thursday, May 22, 2014

Budak Perempuan Sedekah RM200 dapat rantai emas nilai RM2000

Teks : Iryani Ahmad


Semasa kecil, ada seorang budak perempuan teringin mahu memakai rantai emas. Dia anak orang susah. Jumlah gaji kedua ibu bapanya hanya RM1000 sahaja.


Rantai emas itu bernilai RM2000 pada masa itu. Neneknya mengajar satu jalan pintas. Setiap hari budak perempuan itu kena menolong neneknya menjual kuih dan akan diberikan upah sebanyak RM10.


Cukup 10 hari, jumlah upah jual kuih yang dikumpulkan ialah RM100. Neneknya meminta duit RM100 itu dan membeli sebuah oven. Lalu disedekahkan kepada seorang janda yang miskin untuk dibuat sumber rezeki.


Budak perempuan itu mengumpul duit lagi. Cukup 10 hari, duit RM100 yang berjaya dikumpulkan diminta lagi oleh neneknya. Neneknya membeli lagi sebuah oven dan disedekahkan kepada janda miskin yang lain untuk dibuat sumber rezeki.


Budak perempuan ini berasa kecewa. Dia sedih lalu menangis. Dia tidak puas hati pada neneknya.


" Jika nenek yang mahu sedekahkan oven itu, guna sahajalah duit nenek. Kenapa ambil duit saya? "

" La, kan kamu yang mahu mengumpulkan duit untuk membeli rantai. Jadi nenek hanya menunjukkan jalan pintas sahaja."


Budak perempuan ini merajuk lalu bersiap-siap mahu pulang ke rumah ibu bapanya. Dia merasakan hanya dipergunakan sebagai kuli sahaja oleh neneknya. Sebelum pulang, neneknya sempat menjelaskan sesuatu.


" Alhamdulillah, kamu dah berjaya sedekahkan sebanyak RM200. Tidak lama lagi insyaAllah, Allah akan bagi kamu rantai emas yang harganya RM2000 itu. "


Budak perempuan ini hanya diam sahaja. Dia berasa kecewa dan sedih. Punahlah harapannya. Dia pasti ibu bapanya yang miskin itu pasti tidak mampu untuk membelikan barang semahal itu.


Sampai sahaja di rumah, dia pun menceritakan peristiwa di rumah neneknya kepada ibu bapanya. Hujung minggu itu, ibu saudaranya datang berkunjung ke rumahnya. 


Ibu saudara memanggilnya. Ada bungkusan hadiah di tangannya. Ibu saudaranya memberikan hadiah sempena keputusan cemerlangnya di dalam peperiksaan.


Apabila dia buka sahaja bungkusan hadiah, terkejutlah dia. Rupa-rupanya hadiah itu ialah rantai leher emas yang dia sangat inginkan sebelum itu. Dia terus teringatkan neneknya.


Lantas, dia segera menelefon neneknya dan memberitahu hal ini. Dia mengucapkan terima kasih kepada neneknya kerana mengajar sesuatu yang sangat berguna kepadanya.


* Sedekah RM200, Allah S.W.T balas RM2 000. Kalau sedekah RM 20 000, Allah S.W.T bagi RM 200 000. Sedekah RM 2 000 000, Allah S.W.T bagi berapa? Allah Ya Bari Ya Wahhab Ya Razzaq


Wednesday, May 21, 2014

Sekali Nafas Semasa Meneran?

Teks : Iryani Ahmad


Alhamdulillah. InsyaAllah saya diberi kelapangan masa untuk cuba menjawab sedaya upaya persoalan yang ditanyakan di dalam email dan mesej di FB. Ada soalan yang lebih kurang begini 


" saya tidak tahu nak meneran dengan sekali nafas."

" saya tidak pandai meneran. Kena marah oleh nurse."

" saya sudah tidak ada tenaga semasa meneran."


Meneran? 

Sekali Nafas?

Apa semua ini?


Baiklah, topik ini ialah penjelasan meneran semasa mahu melahirkan bayi. Dikatakan meneran kerana sama sahaja meneran semasa mahu buang air besar. Tidaklah semudah itu kerana diiringi kontraksi yang berkali ganda kuat daripada sakit mahu berak.


Para jururawat veteran biasanya menggalakkan agar sekali nafas sahaja semasa mahu meneran. Tapi kalau dah nafas pendek, nak buat macam mana. Mereka khuatir kalau-kalau kepala bayi masuk semula ke dalam dan mengakibatkan kepala bayi tidak 'bulat'. Lebih dasyat lagi kalau lemas.


Pertama sekali bukan masalahnya kalau kepala bayi termasuk balik. Mereka tetap akan keluar daripada rahim. Kalau nak kepala bayi 'bulat' dan cantik digalakkan ibu menghembuskan nafas dengan sangat lembut dan tenang.


Jika pernafasan ibu lembut dan tenang, kepala bayi tersedut balik masuk ke dalam 'laluan kelahiran' sebanyak mana pun, insyaAllah akan dilahirkan dengan selamat. InsyaAllah tidak lemas seperti yang diwar-warkan banyak pihak.


Key point di sini adalah tenang dan pernafasan tenang. Bagaimana mahu bertenang semasa melahirkan bayi. Dush! Bagaimana mahu bertenang semasa melahirkan sedangkan sepanjang waktu seseorang itu juga selalu kelam kabut? Jadi, di sini adalah berlatih. Bertenang perlukan latihan. Teruskan latihan dan terapikan diri sendiri untuk sentiasa tenang pada semua keadaan.


Eh, tak percaya? Ingat tak pepatah, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Belajar berlatih dahulu, lepas ini insyaAllah anda mesti suka sangat sebab rupa-rupanya agak mudah untuk bertenang pada situasi yang 'cemas'. InsyaAllah.



Di dalam bab 2 ebook Bersalin Alami, ada disertakan bagaimana panduan mudah mahu tenangkan diri. Teknik menghargai dan mensyukuri tekanan/ stress/ tertekan. 


* Gunting untuk menggunting kain. Sekian. Semoga Allah S.W.T meredhai.



Tuesday, May 20, 2014

Kenapa Kaki Selalu Lenguh

Teks : Iryani Ahmad


Tajuk di atas, merupakan antara kata carian yang sampai ke blog ini. Selalu juga kata carian kaki lenguh masuk ke blog ini. Hihi. Bermakna bukan saya seorang yang syok sendiri. Terima kasih kerana selalu masuk ke blog ini yang ingin mengetahui sebab kaki anda lenguh. 


Rahsia Terbongkar

Sejak kecil, kanak-kanak pun boleh rasa kaki lenguh. Apatah lagi yang sudah semakin menginjak umurnya. Pada tahun ini, alhamdulillah saya dapat belajar sesuatu yang berharga tentang lenguh kaki ini daripada seseorang yang mahir tentang akupuntur.


Menariknya tentang beliau, beliau juga melakukan perkhidmatan bekam dan sauna infrared semuanya daripada rumah sahaja. Usahawan anak lapan bekerja dari rumah. Saya panggilnya Kak Aisyah sahaja. Hanya lebih tua daripada saya dua tahun sahaja pun. Hihi. Saya sukakan pada semua wanita yang dapat menjana wang dari rumah. Mereka bijak menggunakan peluang yang ada. 

Buku panduan lengkap tentang bagaimana mahu menjana pendapatan dari rumah sahaja.



Kak Aisyah ada mengajar saya ilmu yang penting tentang kaki lenguh. Katanya, kaki lenguh biasanya disebabkan peredaran darah yang kurang lancar di bahagian betis dan kaki. 



Punca Lenguh


Katanya lagi, antara faktor yang menyumbang mungkin sahaja lifestyle seseorang yang kurang menggunakan kaki. Aha. Zaman sekarang ini, kebanyakannya memang kurang menggunakan kaki yang ada. Kebanyakan masa banyak dihabiskan di hadapan komputer, laptop, tab, iPad, dan segala mak nenek gajet.


Tidak sama macam zaman dahulu. Walaupun kebanyakan wanita pada zaman dahulu, tidak semuanya bekerja di sawah, kebun atau menjadi penoreh getah. Tetapi, mereka tidak banyak duduk berehat-rehat. Ada sahaja aktiviti yang mesti dibuat.


Selain itu, pemakanan yang kurang sihat seperti suka minum air batu (baca = air ada ais batu) atau air sejuk dari peti ais. Memang inilah pantangnya terutama kepada wanita yang telah melahirkan anak. Urat saraf kita yang telah kembang kurang sesuai makan makanan atau minuman 'sejuk'. 


Alhamdulillah, selepas balik berbekam daripada beliau dan mengamalkan petua-petua yang diamalkan, memang mujarab. Saya paling suka petua meneruskan makanan semasa dalam pantang iaitu halia, kunyit, ikan bilis dan bawang merah. Makan pula dengan nasi panas-panas. Kaedah paling cepat kalau dah mula rasa lenguh kaki. Lauk ini sahaja boleh dijadikan rawatan pantas. Tetapi paling elok katanya ialah dengan berbekam.



Bekam

Bekam adalah antara sunnah Nabi Muhammad (bacalah selawat) yang dipinggirkan. Cubalah bagi sesiapa yang belum cuba. InsyaAllah, badan-badan yang selalu rasa lenguh, bisa-bisa, penat akan terasa segar dan bertenaga selepas berbekam. Takutkan jarum? Aha. Jujur saya katakan, tidak rasa pun. Macam kena gigit semut je. Hihi.


Suami Kak Aisyah turut bekam kepada pelanggan lelaki. Murah sahaja. RM5 sahaja untuk 1 cawan/ cup. Rasanya paling murah kot di kawasan Lembah Klang ni. Sesiapa yang berminat mahu merawat melalui kaedah bekam boleh hubungi mereka pada talian 019-5727190.



Penulisan

InsyaAllah penulisan tentang "rawatan daripada dapur" bakal dihantar ke penerbit hujung bulan ini. Penulisan bersama dengan seorang yang betul-betul mengamalkan kehidupan dan pemakanan sihat, insyaAllah. Mereka sekeluarga telah lama meninggalkan makanan berproses. Kehidupan mereka pula MasyaAllah penuh mujahadah semata-mata menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W (bacalah selawat). Mereka makan melalui apa yang mereka tanam dan bela sahaja. Semuanya ada di sekeliling rumah mereka sahaja. Subhanallah. InsyaAllah. Semoga Allah S.W.T meredhai.


Monday, May 19, 2014

Tension di Akhir Mengandung

Teks : Iryani Ahmad


Mak buyong semasa dah sarat jangan dikacau. Garang. Soalan apa pun tidak usah bertanyakan pada beliau. Nak ajak makan apa-apa pun sebaiknya fikir dua tiga kali. Kerana mereka mungkin akan makan banyak dua tiga kali mengenangkan akan berpantang makan macam-macam puluhan hari lamanya.Haha


Wahai mak buyong, entah apakah yang merunsingkan hati dan fikiran adinda?
Kegalauan apakah yang membuatkan engkau bermuram durja?


Macam-macam! Kau apa sibuk-sibuk!


Ha, kan dah bagitahu tadi jangan tegur. Garang! Macam mak singa.


Auummm....! Grrrrr....! Tunngu masa sahaja akan bertukar pula menjadi raksasa hijau The Hulk.



Semasa saya belajar di dalam kelas Hypnobirthing bersama Puan Nadine Ghows, rupa-rupanya ia normal. Tetapi akan jadi semakin teruk sekiranya perasaan stress membuku di dalam hati dan fikiran.


Walaupun sepanjang mengandung normal dan sihat, tetapi akibat penyakit hati yang bersarang, ia akan memberi kesan kepada hari bersalin nanti. Yes, ia penyakit hati. Saya belajar terapi bagaimana mahu bersyukur dengan perasaan stress/ tension/ geram dan seterusnya dapat dibuang jauh-jauh.


Penting bagi mak buyong supaya menjaga diri sendiri dan bayi di dalam kandungan. Pemakanan, perasaan, kesihatan dan macam-macam lagi. Mesti pujuk diri sendiri! Ini ayat untuk saya sendiri. Biasalah cuit mencuit perasaan, ini normal. Belajar untuk melepaskan. Menangislah kerana air mata sememangnya diciptakan untuk ditangisi. Itu dapat melembutkan hati. Pesan mama saya.


Impaknya, sampai sekarang kalau tiba-tiba rasa stress terus cepat-cepat cari ruang masa dan waktu, duduk sendirian dan buat terapi ini. Ia seiring dengan teknik pernafasan. Saya ada kupaskan tentang hal ini di dalam ebook Bersalin Alami. Bunuh stress ketika bersalin. Kena bunuh, supaya stress tak datang lagi.




Terapi inilah yang saya selalu promote pada kawan-kawan jika diaplikasikan dengan teknik yang betul, InsyaAllah bersalin tanpa rasa sakit, rasa seronok dan tenang dapat dilakukan. 


Di sini, kita akan temui 99 sifat Allah. Allah Yang Maha Kuat. Subhanallah. Tiada yang mustahil jika dengan izin Allah.

Saturday, May 17, 2014

Monday, May 12, 2014

Bersalin di Rumah - Homebirth


Soalan:
Baru-baru ini berlaku kematian kepada ibu yang bersalin di rumah tanpa apa-apa sokongan perubatan. Al-Fatihah kepada ibu yang meninggal dunia itu. Persoalan saya, apakah hukum ibu yang memilih untuk sengaja bersalin di rumah tanpa apa-apa sokongan perubatan, kerana saya perhatikan perkara ini semakin mendapat perhatian di Malaysia.

Jawapan:
Apabila ada orang meninggal dunia, maka yang diajar oleh al-Qur’an dan al-Sunnah ialah mengucapkan takziah, umpama berdoa “Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya dan memberikan kedudukan mulia seorang ibu yang syahid”. Atau mengucapkan “Inna lillah wa inna ilaihi rajiun” yang bermaksud “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”  [al-Baqarah 2:155-157]
Membaca surah al-Fatihah kepada orang yang meninggal dunia atau menyebut “al-Fatihah” apabila mendengar berita kematian hanyalah kebiasaan masyarakat kita. Apa yang benar ialah membaca surah al-Fatihah sebagai jampi-jampian (ruqyah) kepada orang yang sedang sakit, bukan selepas dia meninggal dunia. Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ada sahabat yang membacakan surah al-Fatihah kepada seorang ketua kabilah yang terkena sengatan kala jengking dan Allah menyembuhkannya. Perkara ini dikhabarkan kepada Rasulullah dan baginda mengatakan ia adalah tindakan yang betul. [Shahih al-Bukhari, no: 5295/5736]
Adapun hukum bersalin di rumah tanpa apa-apa sokongan perubatan, hadis sahih berikut menjadi rujukan. 'Atha` bin Abu Rabah berkata, Ibn Abbas pernah berkata kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan kepadamu seorang wanita dari penduduk surga?” Jawabku: “Tentu.”
Dia berkata: “Wanita berkulit hitam ini, dia pernah menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sambil berkata: "Sesungguhnya aku menderita sakit sawan dan auratku sering tersingkap (ketika diserang sakit sawan), maka berdoalah kepada Allah untukku.”
Baginda bersabda: “Jika kamu mahu, bersabarlah maka bagimu surga. Dan jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada Allah agar Allah memberikan kamu kesihatan yang baik.”
Dia berkata: “Aku (memilih untuk) bersabar.” Wanita itu berkata lagi: “Namun berdoalah kepada Allah agar (auratku) tidak tersingkap.” Maka baginda mendoakan untuknya.” [Shahih al-Bukhari, no: 5220/5652]
Berdasarkan hadis ini, hukum mendapatkan rawatan ketika sakit adalah harus, terpulang kepada pilihan masing-masing. Wanita yang menderita penyakit sawan memiliki pilihan untuk merawat dengan Rasulullah di mana apabila Rasulullah mendoakan kesembuhan kepadanya, pasti Allah akan sembuhkannya. Wanita tersebut tidak perlu berjumpa dengan sesiapa lain untuk dapatkan rawatan, makan ubat-ubatan atau menunggu tempoh yang lama untuk sembuh. Meskipun demikian, dia memilih untuk bersabar kerana inginkan syurga Allah.
Ini kerana penyakit adalah daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai satu bentuk ujian. Sesiapa yang sabar kepada ujian Allah, maka baginya ganjaran daripada Allah. Sesiapa yang tidak mampu bersabar, maka dibolehkan baginya mendapatkan rawatan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sering merawat para sahabat lain yang sakit sama ada dengan doa, jampi-jampian atau menyarankan ubat-ubatan seperti madu dan habbatus saudah.
Oleh itu ibu yang akan bersalin juga memiliki pilihan sama ada untuk bersalin di rumah tanpa apa-apa sokongan perubatan dan bersabar ke atas apa-apa kerumitan yang mungkin Allah turunkan sebagai ujian. Boleh juga bersalin di hospital dengan sokongan doktor dan alat-alat perubatan. Dalam perkara ini terdapat kelapangan dan keluasan, maka janganlah disempitkan dan disukarkan.
Walau bagaimanapun ibu yang memilih untuk bersalin tanpa apa-apa sokongan perubatan hendaklah terlebih dahulu menilai kemampuan dirinya untuk bersabar. Ini kerana boleh jadi seseorang itu pada awalnya bersabar, namun apabila diuji dengan kerumitan maka dia dan ahli-ahli keluarga mula merungut dan hilang kesabarannya terhadap Allah.
Selain itu ibu yang memilih untuk bersalin tanpa apa-apa sokongan perubatan dianjurkan mengikuti kelas-kelas persalinan supaya dia dan suami memiliki ilmu yang asas dalam perkara ini.
Tidak kurang penting ialah ibu tetap dianjurkan membuat pemeriksaan bulanan di hospital atau klinik. Jika terdapat tanda-tanda awal kerumitan sama ada bagi pihak ibu atau bayi, maka hendaklah bersalin dengan sokongan doktor dan perubatan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. [al-Nisa’ 4:29]
Kesimpulannya, hukum bersalin tanpa apa-apa sokongan perubatan adalah harus dengan syarat mampu bersabar dan sejak awal tidak ada apa-apa tanda kerumitan. Jika sejak awal sudah dikesan tanda-tanda kerumitan, maka hukum bersalin tanpa apa-apa sokongan perubatan berubah menjadi makruh atau haram, bergantung kepada kadar kerumitan tersebut.
Pun begitu, saya lebih cenderung agar para ibu memilih untuk bersalin dengan bantuan doktor dan perubatan. Pihak doktor dan hospital sentiasa sedia membantu meskipun mereka menghadapi pelbagai kekangan yang tidak kita fahami sebagai orang luar.
- See more at: http://hafizfirdaus.com/index.php/kolum-bulanan-mainmenu-110/majalah-pa-a-ma-mainmenu-120/soal-jawab-agama-mainmenu-103/937-bersalin-di-rumah#sthash.GVrWEyQx.dpuf

Tuesday, May 6, 2014

Kelas Menulis Ebook - Lahirnya ebook Bersalin Alami

Bismillah

Oleh : Iryani Ahmad

Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga. Pada tahun lepas, saya masuk kelas coaching menulis ebook secara online. Sepatutnya, saya mesti siap menulis ebook dalam tempoh 100 hari. Tapi saya dah ambil masa 1 tahun untuk siapkannya! Haha

Dalam kelas online ini, saya tak pernah lagi berjumpa guru saya. Haha. Semuanya secara online. Saya dikehendaki menulis setiap hari 2 entri. 2 entri maknanya 2 artikel sepanjang 2 mukasurat dalam microsoft word. Entri pertama tentang catatan harian. Catatan harian ialah diari kita. Dari sinilah, kita melatih menulis dengan laju. Selepas 44 hari, insyaAllah idea mengalir laju. Baik untuk penulisan catatan harian atau untuk tajuk ebook.

Menulis memang semangat. Macam menulis diari tapi berdasarkan topik yang difokuskan. Wajiblah ada pengetahuan atau pengalaman berdasarkan topik tersebut. Tulis apa yang kita minat sahaja!

Penulisan untuk ebook,tulis sahaja dulu apa yang kita tahu tentang tajuk tersebut. Kemudian, baru difokuskan kepada bab yang lebih kecil. Saya dilatih untuk tulis dalam 4 bab sahaja dulu. Dalam setiap bab seharusnya ada 10 subtopik. Subtopik inilah entri yang ditulis dalam bentuk entri blog. Jika sudah hampir siap, semua entri ini akan dipindahkan ke blog lain yang diprivatekan. Tujuannya supaya entri dapat diperbaiki dengan menambah fakta dari sumber rujukan. 

Penulisan ebook wajib mempunyai buku rujukan. 

Tajuk ebook saya pula dah bertukar sampai 3 kali! Dasyat kan? Sebab turun naik semangat tadi. Haha. Tapi, tak kira. Saya mahu buat sampai selesai. Semua tajuk tu memang saya minat. Semuanya dah tulis separuh. InsyaAllah kalau ada orang nak baca, bolehlah akan datang saya terbitkan juga. Tajuknya ialah Mula Bisnes Coklat. Lagi satu tajuk ialah Berubat dengan Makanan Sunnah.

Kelas ebook ini dibuka semula pada tahun ini. Oh, ya. Sebelum terlupa berbesar hati mahu kenalkan guru yang mencurahkan ilmunya kepada kami. Beliau adalah Puan Masayu Ahmad. Beliau tidak ambil ramai pelajar. Edisi Terhad. Sesiapa yang berminat mahu belajar secara online dalam tempoh 1 bulan hari sudah dapat hasilkan ebook, sila klik sini. Nanti guru wartawan saya tunjukkan jalan.

Paling best, ilmu pengetahuan saya dalam kedua-dua tajuk ebook yang tak siap tu pun bertambah. Terkini, akan terbit lagi satu. Kali ini saya akan bagi percuma sahaja. Istimewa buat sesiapa yang telah membeli dan menulis review ebook Bersalin Alami. Penulisan sulong, Ebook Bersalin Alami. Jemput layari blog ini untuk tahu dengan lebih lanjut.http://bersalinalami.blogspot.com



Ha, ni nak bagitahu. Kalau anda nak tahu tentang gentle birth, hypnobirthing, saya ada terangkan dalam ebook ni. Kalau rasa tak mampu nak pergi ke kelas belajar tentang benda ni, nak baca kat internet pun tak sempat atau rasa was-was yang mana satu betul ek? Saya sudah mudahkan tugas anda. InsyaAllah, dah dikumpulkan dalam ebook sebanyak 89 mukasurat ni.

Para doktor atau mana-mana golongan berlatar belakang perubatan, dialu-alukan membaca. Jangan risau, hasil penulisan ni ada mendapat rujukan daripada doktor, yang terpaksa saya sembunyikan identitinya.

Lapangkan dada. Kosongkan gelas sebelum mula membaca. Tak faham atau nak tegur atau nak marah saya tentang kandungan ebook, saya suka sekali. Saya alu-alukan dengan menghubungi saya secara peribadi di 011-21870144 atau pn.iryani[at]gmail.com

Sekejap, nak maklumkan tentang ebook percuma itu bertajuk " A-Z : Alahan Semasa Hamil dan Rawatan Tanpa Ubat. " Dalam ini terkandung semuanya tentang alahan dari awal mengandung sampai 9 bulan. Dari huruf A sampai huruf Z. Tentang muntah, pening, tak boleh tidur malam, bayi songsang, haemorrhoids, placenta abrution, placenta praevia, lenguh kaki, pubic pain dan macam-macam lagi ada diterangkan tentang macam mana boleh terjadi, puncanya, dan cara merawat tanpa menggunakan ubat. Kalau nak tahu, mohon jasa baik cik adik manis mengirimkan review anda di email saya.

Wallahua'lam