Skip to main content

Bidan Terjun 'Maya'

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : kredit to Umm Zuhayr


Entri lama yang tertangguh. 


Mahu Bersalin Alami

Baiklah, semuanya bermula apabila pada suatu hari, Nailah whatsapp saya. Beliau mahukan saya memberikan sokongan motivasi tentang hasratnya yang mahukan kelahiran yang lebih 'alami' pada kali ini. Buat anak keduanya. Saya membalasnya, cuba bantu setakat yang saya tahu dan mampu. Selebihnya semuanya bergantung beliau dan suami dan tentu sekali atas izin Yang Maha Esa. Saya menyuruhnya update tentang dirinya kepada saya apabila kandungan sudah 'full term' atau ada terasa sakit/ tak selesa di mana-mana. 

Pada suatu hari, beliau memberitahu sudah terasa sedikit 'surges'. Keluar sedikit 'spot'. Itu normal, kata saya. Saya cuba untuk alihkan perhatiannya supaya beliau tidak terlalu memikirkan tentang 'tanda bersalin' tersebut. Maksud saya bukanlah mengabaikan. Ia cuma mahu mengekalkan hormon 'tenang' di dalam badannya. Beliau dapat memasak untuk anak sulongnya Zuhayr, memandikannya dan bermain bersamanya. Alhamdulillah. Surges tidak ketara dan tidak kerap.

Selepas suaminya pulang ke rumah, beliau cemas memberitahu saya. Suaminya ajak pergi ke hospital segera! Saya katakan terpulang pada keputusan mereka tetapi pada pendapat saya 'lewatkan' kalau boleh memandangkan 'surges' masih belum begitu kuat dan kerap. Alhamdulillah, beliau berjaya mengalihkan perhatian suaminya dengan rancangan bola. Hehe



Ombak Kontraksi

Malam semakin menjelang, surges semakin menyengat dan semakin kerap. Saya menaipkan kata-kata semangat buatnya. Beliau baca berulang kali dan terhafal secara tak sengaja. Selepas ibunya dari Kulim tiba di KL sekitar jam 4 pagi, barulah beliau pergi ke hospital dan meninggalkan Zuhayr bersama ibunya.

Sampai sahaja di hospital, bukaan serviks sekitar 3-4 cm kalau tak silap saya. Memandangkan keadaan beliau yang sangat 'cool', beliau dapat berehat di bilik ward. Tidak dipaksa masuk ke bilik bersalin. Beberapa tips mudah dapat beliau praktis bersama suaminya. (Sila email saya jika mahu tips ini memandangkan ia agak sensitif untuk umum).

Selepas subuh, saya bertanyakan hal beliau. Tiada balasan. Aduh, saya pula yang terasa 'surges'. Senak perut bukan main lagi. Pinggang saya yang terasa mencucuk. Saya pasti beliau membaca pesanan dan bebelan saya dalam whatsapp. Kata-kata semangat saya taip terus menerus. 


kredit to Umm Zuhayr ;)


Alhamdulilah, akhirnya penantian ombak kontraksi berakhir dengan lahirnya bayi perempuan seberat 3.35kg pada pukul 10.53 pagi. Fakta menarik tentang bersalin alami anak kedua sahabat bertuah ni, beliau tidak melahirkan di bilik bersalin. Sebaliknya hanya di ward sahaja dan masih memakai pakaian beliau sendiri bukannya uniform rasmi pesakit hospital. Beliau menyuruh suaminya memanggil nurse setelah rasa betul-betul mahu 'terberak'. Nekad sungguh beliau. Dalam tempoh kelam kelibut akhirnya beliau dapat menikmati saat-saat indah bersalin bersama suaminya. Nurse masuk sahaja, baby terus meluncur keluar. Doktor baru sampai di tangga. Apabila doktor masuk ke bilik ward, semuanya sudah selesai. MasyaAllah.

Doktor juga agak terkejut kerana proses bersalin anak keduanya sangat mudah dan cepat memandangkan beliau ada 'rekod' pada kelahiran yang lepas. Semuanya atas izin Allah juga dan semangat keibuannya yang sangat tinggi pada kali ini tidak mahu sebarang ubat penahan sakit. 


* Sambung nanti tentang menjadi bidan terjun maya buat kali kedua untuk Hajjah Farmasi yang Berani



Comments

khadijah said…
Assalamualaikum kak,
Boleh bkongsi tips yg akak ckp tu kt emel ni khadijahsuria@yahoo.com

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.