Friday, March 7, 2014

Berniaga di Ebay

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google


4 tahun lepas, dompet saya tercicir. Tak tahu di mana. Keesokannya, ada seseorang menelefon mahu berjumpa dengan saya kerana mahu memberikan sesuatu yang penting. Kami berjumpa di depan Mydin. Betul, beliau memulangkan dompet hadiah hantaran kahwin saya yang tiada duit. Seorang makcik berbangsa Cina. Pelik bagaimana beliau dapat nombor telefon saya. Rupa-rupanya beliau hanya cuba jaya sahaja berdasarkan beberapa keping notis poslaju yang terdapat nombor saya, dan sudah sangat kabur.


Saya nak kongsikan cerita tentang beberapa keping notis poslaju sebenarnya. Selepas berkahwin dan berhijrah ke negeri yang agak asing bagi saya, saya masih membawa minat yang sama sejak dahulu. Minat nak berbisnes. Masalah utama saya di kawasan baru ini, saya tak mempunyai seorang pun kenalan atau saudara-mara. Saya tak tahu nak menjual pada siapa. Akhirnya membawa keputusan untuk saya terjebak dalam bisnes secara maya di Ebay. Ke arah percubaan mahu wahm di soho tercinta.






Belasah sahaja pada mulanya. Tuan Pengetua akan duduk 'study' tentang benda alah ni. Saya cuba jual koleksi buku. Tiada sambutan pada mulanya. Nak cari niche yang bersesuaian dengan diri memang agak sukar juga pada mulanya. Alah bisa tegal biasa kan. Kemudian, saya cuba menjual barangan plastik. MasyaAllah, sangat mengujakan. Pembeli yang berminat terus sahaja membuat pembayaran dan 'watch item' berlaku pada setiap masa sepanjang hari. Tidak perlu buat ads. :) Keadaan ini sangat berbeza jika menjual di Facebook, kerana kebanyakan pembeli akan bertanyakan itu ini dan akan tawar-menawar. Akhirnya, mereka tarik diri 'back-out buyer'. 


Setelah pembayaran dilakukan, invoice terus diberikan kepada pembeli melalui sistem automatik Ebay. Makluman akan diberitahu samada akan terus dipos pada hari yang sama atau tidak. Biasanya penghantaran ke luar negara menggunakan Poslaju agak cepat dan mengambil masa sekitar 2 minggu sahaja. Paling lewat pernah juga sebulan kerana 'Custom Cleareance' yang transit di beberapa buah negara terlibat sebelum tiba ke alamat rumah pembeli.   



Invoice yang sangat sistematik di Ebay



InsyaAllah melalui sistem jual beli di Ebay, potensi kita sebagai pembeli tidak akan ditipu sewenang-wenangnya oleh penjual agak tinggi. Begitulah juga hal sebaliknya. Hal ini sangat berlainan di Facebook, di mana terdapat penjual yang menipu pembeli atau pembeli menipu penjual. Kita sebagai pembeli nak beli barang dari penjual yang jujur je. Betul tak? Kita dapat menilai 'kejujuran' pembeli berdasarkan nilai 'star' di tepi nama mereka.


Begini. Selepas mereka terima barang yang dibeli, komen akan dibuat oleh pembeli dan saya akan mendapat 'star'. Penjual 'beginner' akan diketahui jika mereka menerima 49 maklum balas kebawah. Hla ini bermaksud, penjual telah berjaya menjual 49 item dan menerima 49 maklum balas. Penjual 'intermediate' akan dinaik taraf sekiranya menerima 50 'feedback' ke atas. 'Star' juga akan berubah warna daripada kuning kepada biru. Mungkin tandanya dah agak senior kot. Haha



Komentar boleh menaikkan reputasi penjual :)


Komentar jujur pembeli saya. Terima kasih madam2 sekalian :)



Tapi awas. Jangan terpedaya sekiranya anda melihat tanda 'star' yang beribu-ribu. Belum tentu lagi mereka (penjual/seller) telah berjaya menjual beribu-ribu item. Hal ini disebabkan terdapat penjual yang membeli akaun Ebay daripada orang lain dengan nilai yang sangat mahal.



Lihat, 'star' ratusan ribu!



Selamat berpesta alkahfi
Salam selawat atas Nabi S.A.W

*p/s : Belajar bisnes melalui teknik blog secara LIVE dengan saya di Putrajaya. Bisnes jalan, tanpa perlu jalan keluar rumah hari-hari.  Hubungi di 011-218-70144. 

No comments: