Wednesday, February 5, 2014

Tinggal di Perkampungan Kubur

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google



Pada tahun 2000 kami sekeluarga ditakdirkan Allah SWT berpindah dari bandaraya Johor Bahru ke kampung. Kawasan kampung yang lebih sunyi dan tenang. Jauh dari asap dan hiruk pikuk kenderaan. Hembusan angin dari laut Selat Melaka membawa seribu satu motivasi saban hari meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah SWT meraih taqwa disisi-Nya. Tepatnya, rumah kami berdekatan dengan perkampungan kuburan. Berjiran dengan orang yang telah pergi dahulu mengadap-Nya. 

Pada mulanya, saya yang jarang meilhat kubur agak seram jika melalui perkampungan tersebut. Disebut kampung kerana sebahagian besar tanah di sana telah diwaqafkan menjadi kubur. Semua pemilik tanah di kampung itu berebut-berebut mewaqafkan tanah milik mereka. 


Perkampungan Hikmah

Kini, setiap kali melalui perkampungan tersebut saya mendapat 101 motivasi super hebat. Sudah ramai kawan-kawan, saudara-mara dan jiran-jiran yang saya kenali semasa mereka hidup telah berpindah ke perkampungan kuburan tersebut. Mereka telah terlebih dahulu menemui Allah Yang Maha Esa. Jelas kenangan hidup bersama mereka terlintas jika melihat perkampungan tersebut. Saya terbayang-bayang apakah yang sedang mereka lalui sekarang di alam sana ketika ini. Samada sedang menikmati taman-taman Syurga atau lubang-lubang Neraka, Nau'zubillahi min zalik.

Al-Fatihah....

Setiap kali ada orang meninggal dan disemadikan di perkampungan tersebut, pasti ada perkhabaran indah dari orang kampung tentang jenazah tersebut. Berita baik dan indah sahaja yang disebarkan. Itulah 101 motivasi super hebat yang saya katakan sebelum ini. Hebatnya nikmat orang yang meninggal khusnul khotimah. Umpama ajakan kepada kami supaya istiqamah selalu melakukan perkara-perkara baik terhadap apa yang diperintahkan kepada kita. Bila-bila masa sahaja malaikat akan datang mencabut nyawa.

Mitos ramai orang, tak usah bawa anak-anak kecil ke kawasan perkuburan. Tetapi bawa ke pusat membeli-belah, tidak apa-apa? Renung mendalam.

Baru-baru ini, saya pulang ke kampung. Saya terkejut dan terkedu. Dua orang saudara saya baru sahaja meninggal dunia. MasyaAllah, mudahnya mereka pergi bertemu Allah. Seorang usai pulang solat Isyak berjemaah di masjid. Sampai sahaja di rumah ketika sedang berzikir dan membaca doa mahu tidur, pada waktu itulah malaikat menjemputnya pergi berjumpa Allah Yang Maha Esa. Seorang lagi, bapa muda yang telah 'pergi' ketika sedang berzikir bersama bondanya. Arwah mengatakan rindu mahu menatap wajah ibunya dan mahu berzikir bersama-sama. Allah. Ibunya ingatkan anaknya terlena ketika berzikir, rupanya sudah 'pergi' menghadap Ilahi.  

Allah berhak untuk memuliakan atau menghinakan diri seseorang.


Ya Allah, jadikanlah akhir kalam kami ketika penghujung ajal kami dengan kalimah 




لا إله إلا الله محمد رسول الله



Matiknalah kami Ya Allah, dengan cara tidak difitnah, tidak sesat dan tidak menyesatkan, tidak dengki dan tidak menukar hukum. Engkaulah pemelihara kami, Engkaulah sebaik-baik pemelihara. Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.


***********************************

Pendaftaran kelas online yang lain masih dibuka setiap hari.
1. Kelas menulis ebook.
2. Kelas asas menulis artikel.

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya untuk maklumat lanjut. www.wasap.my/601121870144

No comments: