Skip to main content

Sudahkah Kamu Menjadi Orang Tua Soleh?

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Alhamdulillah, baru pulang dari kampung. Hilang rindu pada ibu bapa dan adik-adik di kampung. Tidak tergambar puas dan tenangnya menikmati nikmat Allah, makan buah pulasan di bawah pokok. Maka, nikmat Tuhan yang manakah lagi yang kamu dustakan? Allahuakbar, tak tergambar indahnya kalau di syurga. Sedangkan nikmat duduk di bawah pohon rendang kebun kepunyaan ayah dengan angin sejuk menghembus pipi pun sudah sangat tenang dan melekakan. 

Terapi yang sangat mengesankan jiwa tatkala duduk-duduk di bawah pohon, cuaca redup dan angin sepoi bahasa sambil mendengar nasihat bonda tentang alam rumahtangga. Betapa pentingnya ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Anak-anak belajar dari orang tua. Saya sedang mengkhatamkan buku bertajuk, "Sudahkah kamu menjadi orang tua yang soleh?". Sebelum berhasrat mendapat anak yang soleh, buku ini benar-benar membuka mata hati saya. bertanya dulu pada diri sendiri. "Sudahkah kamu menjadi orang tua yang soleh?" Anak yang soleh itu datangnya dari orang tua soleh.

Suka saya nak kongsikan tulisan Prof Dr. Sidek Baba tentang ibu bapa yang saling berkasihi akan memepengaruhi personaliti anak.




Ibu sering dirujuk sebagai faktor penting dalam pendidikan. Bapa tidak kurang penting membentuk anak dalam kepemimpinan. Bapa adalah lambang ketua dalam sebuah rumah tangga. Didikan ibu dan kepemimpinan bapa boleh memberi perlindungan kepada isteri dan contoh kepada anak.

Menjadi suami adalah mudah. Perkahwinan boleh memberikan gelaran suami tetapi, menjadi seorang bapa adalah peranan yang payah. Watak bapa tidak sama dengan watak ibu, tetapi Allah menjadikan mereka berpasang-pasang untuk melakukan peranan saling melengkapi. Bapa perlu insaf bahawa pada ibu ada peranan penting untuk membentuk watak anak. Ia bukan monopoli bapa tetapi menjadi tanggungjawab bersama.Semangat kebapaan perlu wujud dalam suasana keluarga. Kebapaan kepada ibu, meletakkan ibu dilihat sebagai sumber amanah. 

Bapa harus berasakan bahawa ibu adalah amanah Allah yang besar. Ibu perlu dikasihi dan disayangi. Semangat kebapaan memberi perlindungan, tunjuk ajar, bimbingan dan rasa persefahaman dengan ibu. Ia bakal mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan damai.Bapa tidak boleh mengatakan dia adalah segala-gala dalam rumah tangga. Perlu ada komunikasi dan persefahaman tinggi bahawa ibu bapa mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam keluarga. 

Konflik akan berlaku jika ego bapa menyebabkan ibu sering tersinggung dan kepemimpinan keluarga menjadi monopoli bapa.Wujudkan suasana selesa dalam rumah. Pandangan ibu boleh didengar, pertanyaan anak boleh dijawab dan akhirnya bapa membuat pertimbangan serta keputusan terbaik sebagai ketua keluarga. 

Jika wujud pertelagahan antara bapa dan ibu, bapa harus mencari jalan penyelesaian saksama. Ego kebapaan jangan sampai si ibu memendam perasaan, takut memberi pendapat, sentiasa mengikut telunjuk bapa, bapa selamanya benar hingga menyebabkan ketegangan sering wujud dalam keluarga. Bapa perlu menyedari dirinya tidak semua sempurna. Kekurangan tetap ada. Ia memerlukan pandangan ibu dan saluran perbincangan sentiasa terbuka. Keadaan ini akan memberikan suasana melegakan dalam rumah tangga apabila pandangan terbaik diambil bagi membantu bapa untuk membuat keputusan.

Ada pengalaman bapa yang tidak ada pada ibu dan pengalaman mendidik yang dilakukan ibu, tidak ada pada bapa. Selalunya banyak masa ibu bersama anak atau mengendalikan perjalanan rumah berbanding bapa. Seorang bapa yang baik selalu menginsafi bahawa fikiran ibu akan diminta dan keputusan dibuat untuk kebaikan keluarga dan anak adalah pertimbangan bersama.

Pada bapa ada sifat tegas dan tangkas. Anak perlu dilatih supaya memiliki watak tegas dan tangkas. Masalah anak hari ini adalah masalah ketiadaan disiplin dan kehilangan adab. Watak bapa yang tegas harus difokuskan untuk membangun disiplin anak. Bapa perlu menjadi contoh kepada binaan disiplin ini. Jika bapa mahukan anaknya jangan merokok, bapa juga jangan merokok. Jika bapa mahukan anak menjadi berakhlak, awal pagi bapa perlu mengejutkan anak untuk bersolat Subuh dan menjadikan anak tidak lupa kepada waktu solat lain.

Bapa perlu mampu membentuk adab anak mengasihi ibu bapa dan orang tua. Menghormati jiran dan rakan taulan jadikan suatu amalan. Ada rasa malu terhadap perkara terlarang. Timbulkan kecintaan kepada amalan baik. Rasa malu terhadap perkara dosa seperti bercakap bohong, menganiaya manusia dan binatang, merosakkan harta awam dan berbangga terhadap sesuatu. Sifat kebapaan yang memiliki watak tegas boleh menjadikan anak terbiasa dengan disiplin dan kelaziman hidup yang santun.

Bapa juga perlu menjadikan anaknya tangkas. Ketangkasan tidak hanya terlihat pada aktiviti jasmani tetapi ketangkasan berfikir. Bapa perlu berbincang dan berkomunikasi dengan anak. Anak yang rajin bertanya memberi kesan baik ke arah ketangkasan berfikir. Anak yang kelihatan lembik pada fizikal dan lemah upaya berfikir adalah akibat tiadanya suasana di rumah yang boleh merangsang ke arah itu.

Disiplin tinggi, adab baik, ketangkasan fizikal dan pemikiran adalah kunci membangun anak yang baik. Bapalah sepatutnya berperanan membentuk watak sedemikian. Kegagalan anak dewasa ini akibat daripada kealpaan bapa memberikan bimbingan dan asuhan hingga ibu melakukan segala-galanya dan bapa hanya bertugas mencari nafkah. 

Perlu diinsafi bahawa rumah tangga adalah tapak utama untuk asuhan dan didikan berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga bakal mencorakkan kejayaan anak di sekolah. Keciciran anak di rumah kerana kealpaan bapa dan ibu menyebabkan keciciran anak di sekolah. Keciciran di sekolah boleh membawa keciciran dalam masyarakat. 

Bapa perlu sentiasa berasakan ibu adalah harta didik yang sangat berkesan kepada anak. Menyayangi dan melindungi ibu seumpama mengasihi anak kerana ibu yang jiwanya tenang dan dikasihi bapa akan sentiasa memiliki kekuatan melaksanakan tanggungjawab mendidik. Bapa hendaklah memberikan masa berkualiti tidak saja di tempat kerja tetapi kepada isteri dan anak. Pada bapa ada hak isteri terhadapnya dan hak anak terhadapnya. Jika hak ini disempurnakan oleh bapa sebaiknya, rumah tangga dan keluarga akan menjadi bahagia dan contoh terbaik kepada orang lain.

Apabila bapa melihat ibu adalah aset dan anak adalah harta, akan wujud perimbangan daripada sudut peranan dan tanggungjawab. Wang ringgit bukanlah segala-galanya untuk dicari. Jika fokus tidak diberi bapa untuk membantu ibu mendidik anak, maka kemungkinan keluarga ’kehilangan anak’ boleh berlaku.Bayangkan jika bapa tidak melakukan peranan dan tanggungjawabnya menyebabkan anak terjebak dengan amalan salah guna dadah, ia tidak boleh ditebus dengan wang ringgit lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Anak yang terbabit dengan dadah adalah beban kepada keluarga dan negara. Begitu juga anak yang terbabit dalam kerosakan akhlak disebabkan tidak wujudnya suasana contoh di rumah. Keluarga menjadi tempat tidak selesa membentuk watak dan akhlaknya. 


Bapa hanya sibuk di tempat kerja atau mencari duit tambahan. Anak menjadi terbiar. Percampuran dengan rakan sebaya adalah tinggi. Akhirnya anak terjebak dengan amalan negatif dan sukar untuknya berpatah ke pangkal jalan. Bapalah watak penting yang perlu bertanggungjawab terhadap ibu dan anak. Jika peranan itu berjalan dengan baik dan saksama, ibu menjadi manusia paling gembira dan anak menjadi anggota keluarga yang amat berbahagia.

Saya mahu belajar dan terus belajar. 




Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.