Thursday, February 20, 2014

Sujud Ketika Sakit Bersalin

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Bismillahirrahmanirrahim

Pembelajaran tentang bersalin adalah subjek yang sangat menarik. Dalam masa yang sama, dapat belajar tentang Allah. Semakin banyak belajar tentang cara kelahiran semulajadi semakin dapat kenal Allah. Ia akan buat kita rasa semakin kerdil, semakin dekat dengan Allah, semakin terharu betapa sayangnya Allah pada kita, tetapi diri kita masih sukar sebulat hati kebergantungan hanya pada Allah.

Sujud

Banyak kesan positif tentang kuasa sujud dalam subjek bersalin. Kita diperintahkan sujud hanya pada Allah. Sebanyak lima kali sehari. Ketika sujud, seluruh pengharapan emosi dan spiritual diserahkan pada Allah sepenuhnya. Ketika sujud, kita sedar Allah tempat kita bergantung dan berharap. Waktu itu diri mulai sedar bahawa kita insan hina lagi lemah. 





Ada seekor makhluk berbulu yang tinggal di kawasan sejuk berais. Di kawasan kutub sejuk itu, seekor beruang betina yang selalu sujud pada Allah. Dia yang selalu mengadu pada Allah, sakitnya dia mahu bersalin. Akhirnya, Allah memudahkan makhluk berbulu ini bersalin dengan cara sujud. Ya, beruang kutub berbulu tebal memang melahirkan anaknya dengan posisi sujud.

Sebagai seorang manusia, makhluk yang mempunyai akal diberi kedudukan yang paling istimewa di sisi Allah, banyak sekali kesan baik apabila selalu bersujud ketika sakit bersalin telah menunjukkan tanda. Tanda manja-manja kontraksi. Semakin hebat serangan ombak kontraksi, hipotesis semakin banyak sujud dapat memudahkan dan mempecepatkan turunnya laluan bayi ke jalannya sangat benar.


Saya copy paste nota dari FB saya :


Antara kata-kata semangat buat mereka yang bakal bersalin :

Aku berserah pada Allah.
Allah melihatku, Allah bersamaku.
It is safe to let go and allow my body to birth my child.
Kesakitan ini hanya sedikit sahaja,
jika dibandingkan dengan dosaku yang menggunung.
My labor discomfort is only a smallportion of my life, 
I can do this for my beautiful baby.
Aku merelakan sakit ini andai semua dosaku diampunkan.
Aku tak keseorangan. Allah sentiasa bersamaku.
Aku berserah semuanya pada Allah.



* Setiap ujian yang diberiNya adalah tanda kasih sayangNya. 


************************************************

Pendaftaran dibuka setiap hari :

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

7. Kelas blog bisnes coaching individu.

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :


Email : pn.iryani@gmail.com
Sms : 019-7174760

Friday, February 14, 2014

Hadiah Ulangtahun ke-4

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google





Assalamualaikum mama manis dan jelita. Pada hari ini (kalendar masihi), genap ulangtahun ke4. Alhamdulillah, masyaAllah wa tabarakallah. Baiknya Allah kerana memberi saya peluang ini. Jadi, saya nak hadiahkan buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" kepada sesiapa sahaja yang memenuhi syarat-syarat di bawah dan paling cepat tuliskan komen. Satu sahaja yang terpilih. 

Jom tengok apalah kan syarat tu?

Syarat-syarat :

1. Tulis cerita pendek tentang " Berubat dengan Makanan Sunnah".
2. Backlink blog saya dalam cerita yang anda tulis itu.
3. Dah siap publish entri, tinggalkan link entri anda pada ruangan komen di bawah.

Tuesday, February 11, 2014

Terung yang Haram Dimakan

Sumber : Buku Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlaq Mulia karangan Ust Umar Md Noor. Kisah ini beliau terjemahkan dr buku Muzakarat karangan Sh Ali al-Tantawi. 

Di kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah.
Kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi.
Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat fakir. Dia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam masjid Al-Taubah.
Suatu hari, Sulaim merasa sangat lapar.
Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati.
Otaknya berfikir; apa yang harus dilakukan?
Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuai keperluan.
Dia memilih untuk mencuri.

Terung yang haram

Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada saat itu saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran.
Jika seseorang mahu, dia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah.
Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid.
Dia terus melangkah ke atap rumah penduduk. Dia melihat seorang wanita dari atap tersebut, dia segera menutup matanya dan menjauh.
Kemudian dia tiba ke sebuah rumah kosong, dia mencium dari dalamnya bau sebuah masakan. Bau itu macam magnet yang menarik dirinya untuk turun.
Dia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Dia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi) yang sedang dimasak.
Tangannya mengambil salah satu dari terung tersebut dan segera menggigitnya.
Namun sebelum ia berhasil menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali.
Hatinya segera berkata, “Auzu billah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya.”
Dia menjadi sangat menyesal.
Dia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.
Dia  kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun kerana sangat lapar, dia hampir tidak mengerti apa yang didengar.
Setelah majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing, tidak ada yang masih berada di dalam masjid kecuali Syeikh Sulaim dengan gurunya.
Dalam keadaan itu seorang wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus.
Kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya,“Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Dan ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pak ciknya yang sudah sangat tua.
Dia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang-orang jahat. Mahukah engkau menikahinya?”
Syeikh Sulaim berkata, “Ya.”
Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu, “Mahukah engkau menerimanya sebagai suami?”
Ia menjawab, “Ya.”
Pakcik perempuan itu  hadir bersama dua orang saksi. Akad nikah pun dilaksanakan segera.
Syeikh itu lalu berkata, “Bawalah suamimu ini.”
 Perempuan itu lalu memimpinnya ke rumah tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata dia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik.
Juga ternyata, rumah kediamannya adalah rumah yang tadi dicerobohinya.
Isterinya  bertanya, “Mahukah engkau makan?”
 Dia menjawab, “Ya.”
Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. Dia segera berkata, Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku?”
Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya.
Isterinya itu segera berkata, “Inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh seisinya melalui cara yang halal.”

 Tinggalkan yang Haram

Kisah ini diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali Al-Thantawi, seorang ulama besar di Syria yang wafat beberapa tahun lalu, di dalam muzakarahnya.
Beliau berkata, “Cerita ini kisah nyata. Saya sendiri mengenali tokoh-tokohnya dan saya masih ingat perincian ceritanya.”
Masya-Allah, ketika membaca kisah ini saya kembali teringat kota Damsyiq yang penuh dengan ilmu dan keberkatan. Kejadian luar biasa sering terjadi di kota ini bagi orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.
Pengajaran yang terkandung di dalam kisah ini sangat jelas.
Satu biji terung haram yang anda tinggalkan kerana Allah akan dibalas dengan rumah besar berserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini.
Belum lagi balasan tidak terkira daripada Allah di akhirat kelak,
”Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti dan yang indah dipandang, sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan.” (surah al-Sajdah: 17).
Meninggalkan perkara haram adalah ibadah yang paling Allah sukai.
Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tinggalkanlah perkara-perkara yang haram, maka engkau menjadi orang yang paling banyak ibadahnya.”
Siti Aisyah berkata, “Kamu semua tidak akan membawa amalan yang lebih baik daripada sedikit dosa. Maka barang siapa yang mahu mengalahkan seorang ahli ibadah yang tidak pernah berhenti menyembah Allah, maka tahanlah dirinya daripada dosa.”
Para ulama berkata, “Perbuatan taat dapat dilakukan oleh semua orang. Namun meninggalkan maksiat, hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang siddiq (jujur kepada Allah).”
Maimun bin Mahran, seorang ulama tabiin berkata, “menyebut nama Allah dengan lisan adalah perbuatan yang sangat baik. Namun lebih baik daripada itu ialah seseorang yang mengingat Allah ketika hampir melakukan maksiat.”

Friday, February 7, 2014

10 CIRI-CIRI BLOG BERPENGARUH

Teks : Iryani Ahmad
Sumber : http://anysidayu.blogspot.com/2014/01/ciri-ciri-blog-berpengaruh.html


Khas untuk mereka yang memiliki blog, sedikit tip dan cara membina blog berpengaruh yang disukai pembaca. 


10 CIRI-CIRI BLOG BERPENGARUH



 1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog yang penuh informasi, sangat member pengaruh yang besar kepada pembaca datang dan datang lagi. Jangan sesekali memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan bahawa blog cantik adalah blog yang suka dibaca. Itu tidak benar.

  Blog yang tidak terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca. Jangan sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang tidak sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses ‘loading’ dan menganggu pembaca.


 2. Sentiasa ada entri baru dan segar
Selalu memasukkan entri baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi pembaca tegar. Beri info dan fakta baru. Pada masa yang sama ia menjadikan satu rutin aktif ulangan pembaca.


 3. Entri penyelesai masalah
Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jensi resipi yang dimahukan. Manakala tips-tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari. Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.


 4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistic. Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kasha, ia dapat mengubah pandangan dan member pengajaran dalam satu sisi yang lain. Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.


 5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
Bagi penulis blog tegar, berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi. Ini tidak dicapai dalam satu hari. Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca.


 6. Blog yang menjadi rujukan khusus
Blog khusus yang menjadi rujukan. Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh setiap aspek kategori dalam fokus blog yang ditulis.


 7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
Blog berinformasi, jujur dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti. Ia bukan penulisan syok sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.


 8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga.
Sangat berbeza blog yang kurang dikunjungi dengan blog yang suka dikunjungi. Jagalah penulisan, gunalah Bahasa Melayu formal, walaupun santai elemen ini masih menjadi dan satu tarikan kepada pembaca.


 9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
Blog penyelesai masalah dan informasi sangat berpotensi untuk dijadikan wang. Ia boleh dijual sebagai ebook, atau blog tersebut sebagai agen pemasaran online terhebat. Entri boleh diselit dengan promosi produk. Gaya bersahaja semasa penyampaian, menjadikan pembaca tetap akan mudah terpengaruh untuk membeli. Jika sudah sampai ke tahap ini, tukar pembaca kepada pembeli pula.


 10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
Inilah yang digemari pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai pembaca tegar, dengan sendirinya akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu pula bertukar sebagai pelanggan setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca jangan dibiarkan blog sepi tanpa entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap hari

(sumber : Ebook belajar asas blog). Banyak lagi tip yang boleh diperolehi dalam ebook belajar asas blog ini

******************************

IKLAN!



Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini membantu kalian?:-
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksible, tanpa tekanan, tanpa terkejar-kejar. (^_^)

KOMITMEN.KESUNGGUHAN.FOKUS & KONSISTEN
Itu yang diperlukan.
==============================
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :
Email : pn.iryani@gmail.com
Sms : 019-7174760

Thursday, February 6, 2014

Betul ke Anak Melayu Senang Gagal Matematik & Sains?

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Saya baru sahaja menyelak koleksi buku-buku lama di rak buku. Terpandang kenyataan seorang pakar motivasi terkenal tanah air mengatakan dah jadi macam sinonimlah orang Melayu b*d*h Sains dan Matematik. Entah mengapa bila sebut Sains dan Matematik, menggeletar kepala lutut anak Melayu kita.

Saya nak buka satu rahsia. Saya dulu belajar ijazah Sarjana Muda dan Sarjana (sampai semester ke-5 sahaja) dalam bidang Matematik Tulen. Sungguh-sungguh matematik. Kalkulus. Statistik. Algebra. Logik. Programming. Analisis. Dan lain-lain subjek. Bukan nak kata saya pandai sangat. Tak termasuk pun dalam kategori pelajar cemerlang. Suam-suam kuku sahaja. Lagipun, bonda saya yang isi borang UPU dan memilih bidang Matematik ini. Hihi. (Nampak sangat tak mahu masuk universiti). Dulu saya berangan-angan selepas belajar di Matrikulasi, saya akan jual kuih-muih dan pisang goreng sahaja di depan rumah.

Sungguh saya buntu mahu memilih kursus apa pada masa itu. Matematik menjadi pilihan disebabkan hanya subjek itu yang cukup-cukup makan. Maka, masuklah saya ke menara gading dan belajar Matematik. Rasa risau juga kerana lebih separuh kelas penuh dengan pelajar kaum Cina sahaja. Tapi yang peliknya, semua pensyarah kami adalah kaum Melayu.


Pendekkan cerita, terbukti sebahagian kecil pelajar Melayu yang ada dalam kursus Matematik sangat cemerlang. Malah dapat mengalahkan pelajar kaum lain. Setiap tahun pelajar Melayu yang mendapat pointer yang paling tinggi di universiti dalam bidang matematik ini dan ada beberapa pelajar Melayu yang grad degree mencapai pointer 4.0 flat bermakna 4 flat setiap semester!

Di sini bukan menekankan diskriminasi kaum. Saya sanggup belajar bahasa mandarin pada semester ke-3, semata-mata mahu berkawan dengan mereka. Alhamduliilah, banyak manfaat kerana lebih mudah berkomunikasi dengan mereka. Kini, semua pelajar Melayu dalam kelas saya sudah menjadi pensyarah di universiti kecuali saya seorang.

Antara tips yang saya boleh kongsikan seperti yang disarankan penulis Dr. HM Tuah dalam bukunya yang bertajuk Nak Ke Tak Nak, supaya anak Melayu cemerlang dalam matematik dan Sains adalah seperti berikut : 


  1. Tanamkan minat belajar sejak awal seseorang kanak-kanak itu dengan menyediakan makanan yang betul.
  2. Contohnya perut tidak lapar dan tidak terlalu kenyang ketika masuk belajar di sekolah. Jangan tak makan langsung dan jangan makanan berat seperti nasi lemak. Nanti "mengantuk!".
  3. Banyakkan makan kurma, kismis dan  badam.
  4. Kenapa kurma, kismis dan badam? Supaya menjadi wadah untuk kuat ingat. 
  5. Buah badam dan kismis mengandungi zat yang sangat diperlukan bagi merangsang pertumbuhan otak manusia terutama pada tahap kanak-kanak.
  6. Masyarakat Arab dan India menjadikan kedua-dua sumber ini sebagai bahan campuran dalam makanan harian mereka.
  7. Cara makannya, ikut cara hafiz makan. Tak sampai kenyang dan buncit. Cara makannya 7 biji badam dan 7 biji kismis 3 kali sehari dan doa belajar.
  8. Untuk memiliki ingatan yang kuat seperti para hafiz, kena ikut lagi beberapa petua iaitu jangan buat dosa, jangan buat maksiat dan jangan makan makanan haram. Perkara-perkara begini sangat mempengaruhi akal dan rasa hati manusia.
  9. Makan kurma. Lihat orang Arab yang telah hidup bersama-sama kurma sejak berkurun-kurun silam. Mereka kuat daya ingatan seluruh Al-Quran mereka boleh hafaz. Malah, hadis juga. Pakcik jual sayur di pasar juga hafaz Al-Quran dan hadis.
  10. Apa salahnya kita orang Melayu ambil semua kebaikan dan khasiat makanan sampingan yang telah diamalkan oleh pelbagai bangsa di dunia ini sejak berzaman.
  11. Tambahan dari saya, kalau tak faham sila bertanyakan pada cikgu/senior/pensyarah. Jangan biarkan kekusutan bertampuk-tampuk. Semangat boleh jatuh mahu belajar. 
Sekian . Wallahua'alam.


***********************************

Pendaftaran kelas online tulis ebook yang lain masih dibuka setiap hari dan buat blog.

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya untuk maklumat lanjut. www.wasap.my/601121870144/ebookdanblog

Wednesday, February 5, 2014

Tinggal di Perkampungan Kubur

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google



Pada tahun 2000 kami sekeluarga ditakdirkan Allah SWT berpindah dari bandaraya Johor Bahru ke kampung. Kawasan kampung yang lebih sunyi dan tenang. Jauh dari asap dan hiruk pikuk kenderaan. Hembusan angin dari laut Selat Melaka membawa seribu satu motivasi saban hari meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah SWT meraih taqwa disisi-Nya. Tepatnya, rumah kami berdekatan dengan perkampungan kuburan. Berjiran dengan orang yang telah pergi dahulu mengadap-Nya. 

Pada mulanya, saya yang jarang meilhat kubur agak seram jika melalui perkampungan tersebut. Disebut kampung kerana sebahagian besar tanah di sana telah diwaqafkan menjadi kubur. Semua pemilik tanah di kampung itu berebut-berebut mewaqafkan tanah milik mereka. 


Perkampungan Hikmah

Kini, setiap kali melalui perkampungan tersebut saya mendapat 101 motivasi super hebat. Sudah ramai kawan-kawan, saudara-mara dan jiran-jiran yang saya kenali semasa mereka hidup telah berpindah ke perkampungan kuburan tersebut. Mereka telah terlebih dahulu menemui Allah Yang Maha Esa. Jelas kenangan hidup bersama mereka terlintas jika melihat perkampungan tersebut. Saya terbayang-bayang apakah yang sedang mereka lalui sekarang di alam sana ketika ini. Samada sedang menikmati taman-taman Syurga atau lubang-lubang Neraka, Nau'zubillahi min zalik.

Al-Fatihah....

Setiap kali ada orang meninggal dan disemadikan di perkampungan tersebut, pasti ada perkhabaran indah dari orang kampung tentang jenazah tersebut. Berita baik dan indah sahaja yang disebarkan. Itulah 101 motivasi super hebat yang saya katakan sebelum ini. Hebatnya nikmat orang yang meninggal khusnul khotimah. Umpama ajakan kepada kami supaya istiqamah selalu melakukan perkara-perkara baik terhadap apa yang diperintahkan kepada kita. Bila-bila masa sahaja malaikat akan datang mencabut nyawa.

Mitos ramai orang, tak usah bawa anak-anak kecil ke kawasan perkuburan. Tetapi bawa ke pusat membeli-belah, tidak apa-apa? Renung mendalam.

Baru-baru ini, saya pulang ke kampung. Saya terkejut dan terkedu. Dua orang saudara saya baru sahaja meninggal dunia. MasyaAllah, mudahnya mereka pergi bertemu Allah. Seorang usai pulang solat Isyak berjemaah di masjid. Sampai sahaja di rumah ketika sedang berzikir dan membaca doa mahu tidur, pada waktu itulah malaikat menjemputnya pergi berjumpa Allah Yang Maha Esa. Seorang lagi, bapa muda yang telah 'pergi' ketika sedang berzikir bersama bondanya. Arwah mengatakan rindu mahu menatap wajah ibunya dan mahu berzikir bersama-sama. Allah. Ibunya ingatkan anaknya terlena ketika berzikir, rupanya sudah 'pergi' menghadap Ilahi.  

Allah berhak untuk memuliakan atau menghinakan diri seseorang.


Ya Allah, jadikanlah akhir kalam kami ketika penghujung ajal kami dengan kalimah 




لا إله إلا الله محمد رسول الله



Matiknalah kami Ya Allah, dengan cara tidak difitnah, tidak sesat dan tidak menyesatkan, tidak dengki dan tidak menukar hukum. Engkaulah pemelihara kami, Engkaulah sebaik-baik pemelihara. Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.


***********************************

Pendaftaran kelas online yang lain masih dibuka setiap hari.
1. Kelas menulis ebook.
2. Kelas asas menulis artikel.

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya untuk maklumat lanjut. www.wasap.my/601121870144

Tuesday, February 4, 2014

Sudahkah Kamu Menjadi Orang Tua Soleh?

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Alhamdulillah, baru pulang dari kampung. Hilang rindu pada ibu bapa dan adik-adik di kampung. Tidak tergambar puas dan tenangnya menikmati nikmat Allah, makan buah pulasan di bawah pokok. Maka, nikmat Tuhan yang manakah lagi yang kamu dustakan? Allahuakbar, tak tergambar indahnya kalau di syurga. Sedangkan nikmat duduk di bawah pohon rendang kebun kepunyaan ayah dengan angin sejuk menghembus pipi pun sudah sangat tenang dan melekakan. 

Terapi yang sangat mengesankan jiwa tatkala duduk-duduk di bawah pohon, cuaca redup dan angin sepoi bahasa sambil mendengar nasihat bonda tentang alam rumahtangga. Betapa pentingnya ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Anak-anak belajar dari orang tua. Saya sedang mengkhatamkan buku bertajuk, "Sudahkah kamu menjadi orang tua yang soleh?". Sebelum berhasrat mendapat anak yang soleh, buku ini benar-benar membuka mata hati saya. bertanya dulu pada diri sendiri. "Sudahkah kamu menjadi orang tua yang soleh?" Anak yang soleh itu datangnya dari orang tua soleh.

Suka saya nak kongsikan tulisan Prof Dr. Sidek Baba tentang ibu bapa yang saling berkasihi akan memepengaruhi personaliti anak.




Ibu sering dirujuk sebagai faktor penting dalam pendidikan. Bapa tidak kurang penting membentuk anak dalam kepemimpinan. Bapa adalah lambang ketua dalam sebuah rumah tangga. Didikan ibu dan kepemimpinan bapa boleh memberi perlindungan kepada isteri dan contoh kepada anak.

Menjadi suami adalah mudah. Perkahwinan boleh memberikan gelaran suami tetapi, menjadi seorang bapa adalah peranan yang payah. Watak bapa tidak sama dengan watak ibu, tetapi Allah menjadikan mereka berpasang-pasang untuk melakukan peranan saling melengkapi. Bapa perlu insaf bahawa pada ibu ada peranan penting untuk membentuk watak anak. Ia bukan monopoli bapa tetapi menjadi tanggungjawab bersama.Semangat kebapaan perlu wujud dalam suasana keluarga. Kebapaan kepada ibu, meletakkan ibu dilihat sebagai sumber amanah. 

Bapa harus berasakan bahawa ibu adalah amanah Allah yang besar. Ibu perlu dikasihi dan disayangi. Semangat kebapaan memberi perlindungan, tunjuk ajar, bimbingan dan rasa persefahaman dengan ibu. Ia bakal mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan damai.Bapa tidak boleh mengatakan dia adalah segala-gala dalam rumah tangga. Perlu ada komunikasi dan persefahaman tinggi bahawa ibu bapa mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam keluarga. 

Konflik akan berlaku jika ego bapa menyebabkan ibu sering tersinggung dan kepemimpinan keluarga menjadi monopoli bapa.Wujudkan suasana selesa dalam rumah. Pandangan ibu boleh didengar, pertanyaan anak boleh dijawab dan akhirnya bapa membuat pertimbangan serta keputusan terbaik sebagai ketua keluarga. 

Jika wujud pertelagahan antara bapa dan ibu, bapa harus mencari jalan penyelesaian saksama. Ego kebapaan jangan sampai si ibu memendam perasaan, takut memberi pendapat, sentiasa mengikut telunjuk bapa, bapa selamanya benar hingga menyebabkan ketegangan sering wujud dalam keluarga. Bapa perlu menyedari dirinya tidak semua sempurna. Kekurangan tetap ada. Ia memerlukan pandangan ibu dan saluran perbincangan sentiasa terbuka. Keadaan ini akan memberikan suasana melegakan dalam rumah tangga apabila pandangan terbaik diambil bagi membantu bapa untuk membuat keputusan.

Ada pengalaman bapa yang tidak ada pada ibu dan pengalaman mendidik yang dilakukan ibu, tidak ada pada bapa. Selalunya banyak masa ibu bersama anak atau mengendalikan perjalanan rumah berbanding bapa. Seorang bapa yang baik selalu menginsafi bahawa fikiran ibu akan diminta dan keputusan dibuat untuk kebaikan keluarga dan anak adalah pertimbangan bersama.

Pada bapa ada sifat tegas dan tangkas. Anak perlu dilatih supaya memiliki watak tegas dan tangkas. Masalah anak hari ini adalah masalah ketiadaan disiplin dan kehilangan adab. Watak bapa yang tegas harus difokuskan untuk membangun disiplin anak. Bapa perlu menjadi contoh kepada binaan disiplin ini. Jika bapa mahukan anaknya jangan merokok, bapa juga jangan merokok. Jika bapa mahukan anak menjadi berakhlak, awal pagi bapa perlu mengejutkan anak untuk bersolat Subuh dan menjadikan anak tidak lupa kepada waktu solat lain.

Bapa perlu mampu membentuk adab anak mengasihi ibu bapa dan orang tua. Menghormati jiran dan rakan taulan jadikan suatu amalan. Ada rasa malu terhadap perkara terlarang. Timbulkan kecintaan kepada amalan baik. Rasa malu terhadap perkara dosa seperti bercakap bohong, menganiaya manusia dan binatang, merosakkan harta awam dan berbangga terhadap sesuatu. Sifat kebapaan yang memiliki watak tegas boleh menjadikan anak terbiasa dengan disiplin dan kelaziman hidup yang santun.

Bapa juga perlu menjadikan anaknya tangkas. Ketangkasan tidak hanya terlihat pada aktiviti jasmani tetapi ketangkasan berfikir. Bapa perlu berbincang dan berkomunikasi dengan anak. Anak yang rajin bertanya memberi kesan baik ke arah ketangkasan berfikir. Anak yang kelihatan lembik pada fizikal dan lemah upaya berfikir adalah akibat tiadanya suasana di rumah yang boleh merangsang ke arah itu.

Disiplin tinggi, adab baik, ketangkasan fizikal dan pemikiran adalah kunci membangun anak yang baik. Bapalah sepatutnya berperanan membentuk watak sedemikian. Kegagalan anak dewasa ini akibat daripada kealpaan bapa memberikan bimbingan dan asuhan hingga ibu melakukan segala-galanya dan bapa hanya bertugas mencari nafkah. 

Perlu diinsafi bahawa rumah tangga adalah tapak utama untuk asuhan dan didikan berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga bakal mencorakkan kejayaan anak di sekolah. Keciciran anak di rumah kerana kealpaan bapa dan ibu menyebabkan keciciran anak di sekolah. Keciciran di sekolah boleh membawa keciciran dalam masyarakat. 

Bapa perlu sentiasa berasakan ibu adalah harta didik yang sangat berkesan kepada anak. Menyayangi dan melindungi ibu seumpama mengasihi anak kerana ibu yang jiwanya tenang dan dikasihi bapa akan sentiasa memiliki kekuatan melaksanakan tanggungjawab mendidik. Bapa hendaklah memberikan masa berkualiti tidak saja di tempat kerja tetapi kepada isteri dan anak. Pada bapa ada hak isteri terhadapnya dan hak anak terhadapnya. Jika hak ini disempurnakan oleh bapa sebaiknya, rumah tangga dan keluarga akan menjadi bahagia dan contoh terbaik kepada orang lain.

Apabila bapa melihat ibu adalah aset dan anak adalah harta, akan wujud perimbangan daripada sudut peranan dan tanggungjawab. Wang ringgit bukanlah segala-galanya untuk dicari. Jika fokus tidak diberi bapa untuk membantu ibu mendidik anak, maka kemungkinan keluarga ’kehilangan anak’ boleh berlaku.Bayangkan jika bapa tidak melakukan peranan dan tanggungjawabnya menyebabkan anak terjebak dengan amalan salah guna dadah, ia tidak boleh ditebus dengan wang ringgit lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Anak yang terbabit dengan dadah adalah beban kepada keluarga dan negara. Begitu juga anak yang terbabit dalam kerosakan akhlak disebabkan tidak wujudnya suasana contoh di rumah. Keluarga menjadi tempat tidak selesa membentuk watak dan akhlaknya. 


Bapa hanya sibuk di tempat kerja atau mencari duit tambahan. Anak menjadi terbiar. Percampuran dengan rakan sebaya adalah tinggi. Akhirnya anak terjebak dengan amalan negatif dan sukar untuknya berpatah ke pangkal jalan. Bapalah watak penting yang perlu bertanggungjawab terhadap ibu dan anak. Jika peranan itu berjalan dengan baik dan saksama, ibu menjadi manusia paling gembira dan anak menjadi anggota keluarga yang amat berbahagia.

Saya mahu belajar dan terus belajar.