Thursday, September 11, 2014

Puan Tabib

Oleh : Iryani Ahmad


Hari ini, perkongsian daripada Puan Tabib. Seorang doktor muslimah yang saya sayang berada jauh di sebuah pulau. Banyak kelebihan yang diberikan ALLAH S.W.T kepada beliau. Nasihat perubatan, pemakanan sunnah, rawatan tanpa ubat melalui pemakanan dan lain-lain.




  • Hanya ALLAH SWT sahaja sumber ketenangan bagi orang beriman.
  • Tebalkan ALLAH SWT dalam hati.
  • Nipiskan apa yang dilihat sekarang.
  • Dunia ini dan apa yang kita lihat sebenarnya tiada.
  • Jadi, ilusi tidak patut berjaya menggoyang jiwa orang yang nampak tujuan ukhrawi.
  • Jangan pergi kepada manusia yang tidak kenal ALLAH SWT. Mana mungkin mereka boleh menolong.
  • ALLAH SWT sayang Yani.
  • Orang yang diuji sebegitu sebab dia sangat istimewa. ALLAH SWT sayang sangat pada dia.
  • ALLAH SWT akan latih jiwa-jiwa yang terpilih sahaja dengan cemuhan manusia sekeliling.
  • Contohnya Nabi Nuh, Nabi Luth, Rasulullah S.A.W dan lain-lain.
  • Atau dengan pengorbanan yang tidak terfikir dek akal.
  • ALLAH SWT mahu kita taat tanpa soal. 
  • Ia membuktikan kita percaya ALLAH MAHA MENGETAHUI.
  • Tebalkan hati dengan cinta Ya Waddud.
  • Cemuhan itu bak angin lalu. Yang hanya terasa kesejukan padaNya.
  • Bukan senang mendaki cinta MAHA PENCINTA.
  • Hadapi, jangan lari darinya.





Ulasan/Review Ebook Bersalin Alami

Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membaca dan memberikan ulasan untuk e-book karya Puan Iryani Ahmad, Bersalin Alami. Walau pun tidak pernah bersua muka, berhubung atas talian, membaca karyanya membuat hati dekat dengan penulis. Penulis menulis dari hati dan nampak keikhlasannya untuk berkongsi sesuatu yang ramai wanita mengandung risaukan. BERSALIN.



Saya tidak pernah membaca buku seumpamanya. Kebanyakan buku hamil akan ada sekali bercerita tentang bersalin. Kebanyakan buku akan katakan, bersalin itu sakit dan memberi tanggapan kepada minda saya, ia perkara yang tidak menyeronokkan. Namun, pembacaan e-book bersalin alami menukar persepsi saya. Walau pun ada menerangkan sakit bersalin, tapi isunya ditukar menjadikan kita wanita yang redha dan bersedia untuk bersalin, seolah-olah, ia perkara yang menakutkan tetapi seronok. Seolah-olah orang nak terjun 'bungee'. Takut tapi seronok. Adrenalin rush itu menyeronokkan. Tapi dalam kes bersalin, sudah tentu hormon lain yang membantu.






Asalnya, e-book ini sudah ada dalam simpanan saya. Bila saya tahu saya mengandung, terus saya baca e-book ini. Alhamdulillah. Banyak sungguh tips. Kebetulan, saya turun darah di awal mengandung. Rupanya memang ada tips berkaitan menguatkan rahim. Bagai sudah jodoh dengan e-book ini.

Bacaan yang paling berkesan, sudah tentu perkongsian pengalaman dari wanita-wanita gigih yang bersalin secara alami. Ada pelbagai cara, ada pelbagai pengalaman yang berakhir dengan gembira. Sampaikan terdetik dalam hati saya, "eh, rupanya boleh bersalin macam ini." Punyalah kita dimomokkan dengan prosedur bersalin hospital yang menakutkan, jururawat yang menakutkan. Rupanya kita ada pilihan!. Kita yang bersalin. Kita bukan pesakit yang sakit. Kita hanya mahu melahirkan anak yang insyaAllah sihat. 

Ok. Kesimpulannya, e-book ini sememangnya membuka minda dan saya berpuas hati saya dijodohkan untuk membacanya. Terima kasih tidak terhingga kepada penulis, Puan Iryani Ahmad atas peluang yang diberikan. Terima kasih juga kerana menghasil e-book yang saya tidak sangka wujud.

Kepada anda yang sedang hamil dan merancang untuk hamil, e-book ini untuk anda. Jangan tunggu sehingga trimester ke-3. Bacaan ini seperti asid folik. Perlu dibaca sebelum dan awal kehamilan. 



Sumber :
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/search?updated-max=2014-09-08T08:00:00%2B08:00&max-results=7


* Nota : InsyaAllah ebook ini dalam proses difizikalkan. Boleh dipegang, dibelek, direbus, minum dan hadam. Kalau sesiapa yang nak baca cepat, boleh beli dan dapatkan versi maya sekarang. 

Pergi sini ---->> http://bersalinalami.blogspot.com

Email sini : pn.iryani[at]gmail.com

Friday, August 8, 2014

Bekerja Dari Rumah

Oleh : Iryani Ahmad


Bismillahirrahmanirrahim

Sudah lama tidak menjenguk di sini. Selepas berakhirnya bulan Ramadhan yang lalu, hati ini terasa sayu dan sepi. Masakan tidak, 3 orang ahli keluarga saya telah pergi bertemu Allah S.W.T pada bulan yang mulia ini. MasyaAllah, mereka pergi pada usia yang muda. Sejarah keluarga saya sentiasa merekodkan sekitar usia 50 tahun adalah garisan penamatnya. Pemergian mereka menyebabkan hati selalu risau, adakah saya masih berkesempatan untuk berjumpa Ramadhan pada tahun hadapan? 


Ya Allah, berilah aku kesempatan bertemu pada Ramadhan yang akan datang. Bulan pengampunan dan berilah aku kemaafan. Kembalikan aku kepadaMu sebagai hambaMu yang beriman yang memiiki jiwa yang bersih. Bersih daripada segala dosa dan noda. 


Lebih pilu, salah seorang imam di surau tempat tinggal kami telah syahid di Palestin. Allahuakbar. Assyahid merupakan imam jemputan dari sana. MasyaAllah, kami sekeluarga diberi peluang dapat bersama-sama berbuka puasa, solat, berdoa dan membaca Al-Quran dengan seorang ahli syurga! Ia nikmat yang sangat mahal. Subhanallah. Sejak awal Ramadhan, kami sentiasa mengikuti perkembangan dari sana. Tidak sangka rupa-rupanya beliau terpilih menjadi syahid ketika masuk sahaja di bumi berkah itu untuk menyambut Aidilfitri. Allahu.



Bekerja Dari Rumah

Diam tak diam, sudah 4 tahun 6 bulan saya bekerja dari rumah. Alhamdulillah. Ia suatu nikmat dan rezeki daripada Allah S.W.T buat semua SAHM dan WAHM.

Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T. Baru-baru ini, saya diterima menjadi penulis konten bagi beberapa website. Terbaru ialah web ini. Klik di sini.


Jemput baca artikel terbaru. Apa Makanan Mengandung Menurut Islam?


Ia adalah salah satu contoh pekerjaan dari rumah.

Tidak goyang kaki. Malah, mahu mandi pun tidak sempat. Masa sangat padat! Jadual harus ditepati dan tidak boleh lewat barang sedikit. Lebih-lebih lagi di rumah ini ada 2 bos yang garang! Oh, mulai minggu depan ada tiga!


Kawan yang manis, impian kita sama. Mahu menjadi yang terbaik buat keluarga, suami dan anak-anak. Di sini syurga kita.


Ini nasihat mentor WAHM saya :

1. Jangan berharap kepada manusia.
Berharaplah kepada Allah. Allah mendengar doa kita. Bercakaplah, mengadulah kepada Allah. Allah tahu apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita mahu.

2. Mula apa yang ada.

3. Just Do It

4. Konsisten terus tulis.


Tuesday, July 8, 2014

Terima Kasih Cikgu

Oleh : Iryani Ahmad



Suatu masa dahulu, selepas loceng sekolah berdering. Menandakan telah tamat masa belajar di sekolah. Ketua kelas pun bangun dan menjerit.



"TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!"


Murid-murid lain pun ikut menjerit.



"TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!"



Menjerit sebab seronok nak balik rumah. Nak minum air sejuk. Nak makan aiskrim. Budak-budak hingusanlah katakan. hihi





HARI INI



Bermulanya tugas sebagai WAHM-work at home mom 3 tahun lalu. Saya juga tercari-cari siapakah orang yang boleh menjadi cikgu dalam bidang ini.


Saya search WAHM. Saya jumpa blog ini.

Daripada beliau, saya belajar menjual barang bernilai RM10. Beliau menyuruh, belajar dulu menjual barang RM1. Kemudian RM10.

Dari situ, saya belajar apabila kita menjual secara maya. Tidak sama dengan aktiviti menjual secara offline.

Mula mula sekali, ada seorang yang membeli barang bernilai RM10. Saya dapat untung RM1.

Selepas 6 bulan, saya menyertai beliau di dalam aktiviti kelas blog. Di sana, saya diberikan peluang menjadi guru. Mengajar kelas blog.

Saya diberikan peluang berguru lagi sekali dengan beliau menjual barang bernilai RM100. Kemudian RM200. Kemudian RM300.


ESOK

Esoknya, selepas setahun. Saya minta izin padanya. Untuk berehat sebentar atas urusan peribadi.

Pada tempoh itu, saya diberikan peluang lagi sekali. Saya malu pada Allah S.W.T. Andai tak menggunakan semua peluang yang diberikanNya dengan sebaik baiknya.

Peluang berguru jualan 4 angka. Kini, ia sedang menuju kepada angka ke seterusnya. Diri hamba ini sebagai perantara sahaja dengan Allah S.W.T. 

Legasi ini perlu kuat. Kubu ini wajib dikukuhkan.

Sistem sedia ada bukan mudah mahu dipecahkan. Saya mahu bermula dalam linkungan kecil kami. Ia bakal merebak. Al Quran merayap pada dada keturunan kami.


TERIMA KASIH CIKGU

Saya mahu memeluk kesemua mereka. Terlalu banyak yang mereka ajarkan. Semoga Allah S.W.T menjadikan guru guru saya daripada kecil hingga kini sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T

Doa ini khas untuk guru guru yang mendidik saya. Berkat ilmu guru guru, semoga kita dimasukkan sama sama berpimpin tangan masuk ke syurga Allah yang kekal abadi. Juga di copy oleh salah seorang guru saya.


Ya Allah..



Jika hari ini ada di antara kami..

Yang sedang sakit, 
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami, 
Yang kesulitan rezeki 
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya Ya Allah..
Kerana hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu... 
Mohon Kuatkanlah ia utk boleh bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan berbohong.
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah.. 

Ya Allah.. 
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada di antara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami...

Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik bagi kami...

Aamiiin allahummaa aamiiin

آمين..

أَمِِيْن..

آمِّينَ أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ






KESILAPAN MERAWAT TANGISAN BAYI BOLEH MENJADIKAN ANAK DEGIL, LEMAH DAN DUNGU

Oleh : Warga Prihatin

PERIHAL TANGISAN DAN PEMBENTUKAN AKHLAK ANAK

Hari ini ramai ibu bapa menjadi tenggelam punca untuk menundukkan anak-anak mereka agar mendengar arahan. Anak-anak suka berkeliaran tanpa kawalan dan sukar ditegah untuk melakukan apa sahaja sesuka hati walaupun sewaktu bertamu di rumah orang. Lebih sedih lagi ada ibu bapa yang tidak langsung berusaha mencegah anak-anak ‘mengusik’ dengan sesuka hati apa sahaja yang ada di rumah yang diziarahi. Anak-anak dibiarkan melompat-lompat di atas kerusi, memanjat meja, mengusik kereta dan apa sahaja yang ada di sekelilingnya.

Sewaktu kita kecil dahulu, ibu bapa sangat menitikberatkan disiplin kita apabila ada tetamu bertandang. Pantang sekali bagi orang tua dahulu melihat anak menyibuk ketika mereka melayani tetamu. Hari ini banyak kes anak yang meramas buah dan makanan yang disajikan ibu bapa untuk tetamu sehingga tetamu jadi serba salah. Malang sekali kerana ia berlaku depan ibu bapa sendiri tanpa sebarang usaha mencegah dan mendisiplinkan mereka. Tetamu pun berbasa basi dengan kata-kata biarlahhhh… budak-budak tahu apa? Ermmmm…

Setiap hari kami didatangi oleh berbagai-bagai tetamu atas pelbagai urusan. Ramai juga yang bertanya apakah rahsia RPWP dapat menundukkan anak-anak jagaan tatkala terlihat mereka mula menunjukkan tabiat yang kurang elok itu. Hanya dengan satu jelingan, satu tanda ‘psttt… ‘ anak-anak sudah faham dan berhenti serta merta. Demikian yang diluahkan oleh para tetamu yang memerhati dengan matahati yang tajam.

Ingin kami kongsikan bahawa asnaf yang diserahkan kepada kami bukanlah yang asalnya baik-baik belaka. Di kalangan kami juga ada banyak belang dan parut dalam sejarah kekeluargaan yang berbagai rupa. Ramai suami isteri yang tidak sefaham, sering bertelagah dan bercakaran. Ramai anak-anak yang menunjukkan sifat-sifat yang buruk, degil, tidak berdisiplin, tidak menyahut panggilan, tidak datang bila dipanggil, pemalas dan sebagainya. Kami cuba berfikiran positif dan menjadikan segalanya satu asbab untuk saling mengkaji dan membuat pembaikan.


AJARLAH ANAK SEJAK HARI PERTAMA KELAHIRANNYA

Anak-anak dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang mencorakkannya. Bagaimana kita harus menggunakan sepenuhnya sensitiviti deria pendengaran dan pengelihatan untuk mendidik anak sejak hari pertama kelahirannya.

Perhatikan Surah 16. An Nahl 78. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan HATI, agar kamu bersyukur”.

Banyak kes anak yang tidak pekak dan bisu tetapi tidak pandai bercakap seolah-olah mereka bisu, hanya kerana dilahir dan dibesarkan oleh ibu bapa yang pekak dan bisu. Banyak kes anak yang cukup sifat namun lebih teruk dari orang cacat, pemalas dan tiada kreativiti sama sekali. Ini kerana pendengaran dan pengelihatan mereka tidak didedahkan untuk bekerja, menjadi rajin dan kreatif walaupun ibu bapa mereka rajin. Apatahlagi jika ibu bapa sendiri memang jenis pemalas atau pengotor.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa proses pembelajaran dan pembentukan akhlak anak sudah bermula dari hari pertama kelahirannya. Tumpuan harus dilakukan khasnya dalam tahun pertama dan ke dua usia bayi itu. Inilah tahap awal yang kritikal di mana kita harus memperkenalkan diri kepada si bayi bahawa kita adalah pengatur mereka yang bertanggungjawab dan prihatin. Tunjukkan yang kita ingin mendidik mereka untuk menjadi anak yang bertanggungjawab dan peka.

Sewaktu bayi lahir, deria mata tidak berfungsi dengan baik lagi. Yang ada adalah deria rasa dan pendengaran. Bayi tidak boleh bertutur melainkan hanya berkomunikasi melalui bahasa tangisan dan gerak tubuh. Inilah tahap di mana kita harus meneliti dan menghalusi setiap respon yang ditunjukkan dalam bahasa tubuh dan tangisan bayi terhadap kita. Dengan itu kita mampu mengenali bayi kita dengan baik.

Al-Baqarah Ayat 146

الذين (orang-orang yang)
ءاتينهم (Kami telah berikan mereka)
الكتب (Al Kitab)
يعرفونه (mereka mengenalnya/arif)
كما (sebagaimana)
يعرفون (mereka mengenal/arif)
أبناءهم (anak-anak mereka)
وإن (dan sesungguhnya mereka)
فريقا (segolongan)
منهم (dari mereka)
ليكتمون (sungguh mereka menyembunyikan)
الحق (kebenaran)
وهم (dan mereka)
يعلمون (mereka mengetahui)

Al-An'am Ayat 20

الذين (orang-orang yang)
ءاتينهم (Kami berikan kepada mereka)
الكتب (Al-kitab)
يعرفونه (mereka mengenalnya/arif)
كما (sebagaimana)
يعرفون (mereka mengenalnya/arif)
أبناءهم (anak-anak mereka sendiri)
الذين (orang-orang yang)
خسروا (merugikan)
أنفسهم (diri mereka)
فهم (maka mereka)
لا (tidak)
يؤمنون (beriman)

Kata kunci yang ingin kami kongsikan dari ayat ayat di atas ialah AL-KITAB (yang merujuk kepada satu KETETAPAN) dan ARIF (sangat KENAL). Ingin kami mengajak pembaca memerhatikan juga mengapa kedua-dua ayat yang membawa mesej yang lebih kurang serupa ini diletakkan di SURAH HAIWAN, iaitu al-BAQARAH (sapi betina) dan al-AN’AM (binatang ternak).

Ringkasnya jika kita membela anak dengan tabiat haiwan, maka kita akan melupakan elimen pendidikan dan tarbiah sepanjang kita memelihara anak-anak kita. Kita hanya mementingkan makan minum dan menjadikan anak kita besar panjang sahaja. Namun pembangunan minda dan akhlak anak-anak kita akan terabai.


MENGENALI ANAK MELALUI TANGISAN DAN GERAK BADAN

Hasil kajian dan pengalaman kami terhadap subjek menunjukkan ramai ibu bapa yang kurang sensitif terhadap tangisan anak. Ramai yang sudah melahir dan membesarkan sehingga 8 orang anak masih tidak mampu mengenali bentuk tangisan anak sendiri. Kami rujuk pula perihal tangisan anak ini kepada fakta quran, sunnah dan sains

Inilah seni dalam memelihara anak yang tidak begitu ditekankan dengan penuh minat oleh para ibu bapa. Akhirnya kesemua anak-anak mereka membesar dalam pemeliharaan yang sebanding dengan haiwan ternak sahaja, atau mudahnya mereka tidak lebih dari menternak anak. Tiada unsur pendidikan yang diterapkan dengan teliti semasa memelihara anak itu.

Terlalu panjang jika ingin kami tuliskan jenis tangisan dan gerak tubuh anak di sini. InsyaAllah akan kami huraikan secara khusus pada siri parenting tips khas nanti. Cukuplah jika kami katakan ada banyak yang perlu diperhatikan terhadap bentuk tangisan dan gerak tubuh bayi ini ketika ia berumur 1-4 bulan, 4 bulan hingga setahun, 1-2 tahun dan seterusnya.

Antara contoh yang kita harus kenali ialah,

• Bagaimana bentuk, intonasi dan nada tangisan? Merengek? menjerit? selang seli? berterusan? Terkawal atau luar kawalan seperti sawan?
• Apakah iringan gerak tubuh waktu menangis? Menggeliat, menggaru kepala, menggosok mata, meronta-ronta?
• Apakah tanda lain atau perubahan pada tubuh mereka semasa bayi menangis? Contohnya kembung, kejang, badan jadi panas, mata jadi merah dan sebagainya.
• Anda juga harus tahu bila terakhir anak anda diberi susu atau makan? Bila terakhir anak anda buang air dan dibersihkan?
• Bila masanya anak anda tumbuh gigi?
• Adakah anda sendiri merasa panas dan rimas sehingga mungkin anak anda juga ikut merasa panas dan tidak selesa?
• Bagaimana mengenal tangisan mengada-ngada? Adakah air mata yang keluar semasa anak menangis?
• dan banyak lagi tanda-tanda.


KESILAPAN MERAWAT TANGISAN BAYI BOLEH MENJADIKAN ANAK DEGIL, LEMAH DAN DUNGU

Inilah yang menjadi penekanan dalam isu yang ingin kami ketengahkan. Hasil kajian kami menunjukkan ramai ibu bapa yang tidak kreatif dalam mengenal tangisan dan gerak tubuh bayi mereka, biarpun sudah ramai melahir dan membesarkan anak.

Sebelum anak mampu berkata-kata dan menggunakan komunikasi melalui kalam, ia belajar melalui alam. Tangisan dan jeritan anak adalah 'Universal Language', satu-satunya cara mereka menyampaikan mesej kepada ibu bapa. Secepat mana kita menyahut seruan atau doa mereka melalui tangisan itulah yang akan mendidik mereka untuk menyahut seruan dan panggilan kita secepat itu juga kemudian nanti. Itulah pendidikan awal yang sangat berbentuk alami bagi mereka. Tindakbalas kita sedang mengajar mereka tanpa kita sedar.

Kami menetapkan di RPWP jika boleh kita didik bayi kita dengan menyahut panggilan mereka melalui tangisan itu dengan kadar segera. Sebaiknya jangan sampai melebihi 10 saat. Rasakanlah kekesalan dan berdosa yang mendalam jika kita tidak dapat hadirkan diri untuk menenangkan anak yang diamanahkan kepada kita itu melebihi 30 saat setelah mendengar tangisannya.

Pada peringkat awal tangisan itu, anak masih dalam keadaan tenang dan sedar. Tangisan hanyalah merupakan bahasa mereka sahaja. Namun apabila anda gagal menghadirkan diri, maka intensiti tangisan itu akan bertambah. Akhirnya anda akan dapati anak anda akan seolah-olah marah kepada anda. Waktu ini minda anak akan jadi bercelaru, sangat beremosi dan penuh dendam. Inilah punca penyakit hati yang mula anda tanamkan ke jiwa mereka tanpa sedar.

Para saintis sepakat merumus bahawa habit membiarkan bayi menangis yang berpanjangan tanpa rawatan akan menyebabkan bayi mengalami berbagai bentuk tekanan (stress). Ini juga menjadi antara punca terhasilnya habitat anak yang dungu, degil, emosional, pemarah dan sebagainya.

Hormon stress yang dipanggil cortisol ini boleh terhasil dan terhimpun di otak bayi. Ia boleh merosak dan membantutkan pembangunan struktur penting otak mereka. Membiarkan anak terus menerus menangis juga akan merosak sistem saraf bayi. Ia boleh menjadikan mereka terlalu sensitif dan mudah mengalami trauma hanya dengan cabaran yang kecil. Ia juga memberi kesan yang besar kepada kemampuan anak untuk menerima maklumat pembelajaran dan berdarah gemuruh (nervous).

Kesan dari segi kesihatan pula akan menjadikan bayi ini anak yang mudah stress. Peningkatan tekanan darah dan nadi akan menyebabkan ketidak-stabilan bekalan oksigen, nutrisi, hormon dan antibodi dalam darah. Ini secara langsung menyebabkan anak menjadi kurang daya tahan dan mudah berpenyakit. Bahkan saintis telah menetapkan bahawa ia boleh memberikan kesan yang berat terhadap penyakit otak yang dipanggil ‘meningitis’. Mungkin ada kes terpencil yang tidak menepati ketetapan ini dan terserah samada kita mahu perjudikan nasib anak kita atau mahu mengikuti ketetapan dan petunjuk yang ada.


KESIMPULAN

Hasil kajian kami menunjukkan sesetengah ibu sengaja membiarkan anak mereka menangis begitu lama. Mungkin mereka sedang masak, membasuh, bergayut di talian atau bermuka buku. Mereka tidak sedar kesan dan bahaya yang terlalu parah dari segi kesihatan rohani dan jasmani yang bersifat kekal pada anak itu. SANG SUAMI yang sedar akan keadaan itu juga seperti tidak merasa bimbang dan tidak menegur isteri untuk berbuat sewajarnya terhadap anak mereka.

Nabi s.a.w. telah menyarankan, “belajarlah dari buaian sampai ke liang lahad”. Kelalaian kita menangani panggilan dan seruan bayi melalui tangisan mereka itu telah mengajar anak menjadi orang yang juga tidak bersegera apabila dipanggil, jadi bodoh, pemberontak dan degil. Sebaliknya, kita pula yang terpaksa mengikuti kehendak anak sebegini apabila ia besar nanti.

Demikianlah juga bagaimana Isa a.s. selaku nabi yang hebat telah dikisahkan mampu berbicara sejak dalam buaian lagi. Malangnya kita sebagai ibu bapa Islam ini tidak ada ilmu pengetahuan dalam mengenal bahasa universal anak itu lalu ianya berlalu menjadi satu pembaziran yang amat merugikan anak kita. Apa yang kita selalu rungutkan ialah tangisan itu memberi kesan negetif terhadap persekitaran, terhadap emosi jiran dan ibu bapa yang menjadi stress akibat tangisan anak. Kita tidak langsung fikir kesan negatif terhadap anak itu sendiri.

Ironinya, ibu yang jahil ini tidak mendapat pendidikan dan pembetulan yang penuh siyyasah dari para suami kerana mereka selaku abal hakam dalam keluarga juga jahil. Ramai suami yang membiarkan sahaja sang isteri berkelakuan yang ‘tidak wajar sebagai isteri’ tanpa teguran. Akhirnya isteri membentuk tabiat liar dan lagho. Isteri begini kemudiannya melakukan perkara yang sama terhadap anak, iaitu tidak sensitif dengan seruan bayinya. Isteri akhirnya terkontang-kanting mengendalikan segalanya dalam penuh kebingungan dan kesukaran. Maka terhasillah generasi anak-anak yang liar dan berkeliaran.

Kami ada terlalu banyak bukti. Anak-anak darjah 3-5 masih tidak kenal huruf, tidak pandai berbicara dan mengurus diri. Anak tingkatan 1- 4, yang baru kematian ayah setahun lalu tapi menjadi begitu dan begini. Sebenarnya semua itu sudah lama berlaku, semasa si ayah masih ada. Inilah hakikat anak yang yatim sebelum yatimnya. Oleh itu, mari kita pelihara anak kita dengan teliti, penuh minat dan kasih sayang seperti keluarga manusia. Jangan biarkan anak kita membesar sepertimana haiwan yang diternak untuk diherdik setelah kita tiada.

Kudap kudap
WARGA PRIHATIN

Monday, June 23, 2014

CASHFLOW GAMES : Biar duit yang bekerja keras mengKAYAkan kita

Oleh : Iryani Ahmad

Pada hari Jumaat lepas, 20 Julai 2014. Saya berpeluang bermain Cashflow Games bersama para jutawan hebat. Saya bermain bersama pemilik bisnes butik bayi yang terkenal dengan rekaan lampin kain modennya. Siapa sangka dengan menjual lampin kain pun boleh jadi jutawan kan? 

Sekarang ini, beliau mengajar supaya saya mesti bermain games ini. Ia bukan sekadar games. Nak jadi jutawan, mesti main games ini dulu. Begitulah pesannya. Anak murid yang mahu jadi jutawan kena ikut pesan cikgu. 

Saya menyangka ia sekadar games biasa seperti Saidina yang main masa kecil-kecil dahulu. Setelah bermain kurang 5 minit, ianya BUKAN. Sangkaan meleset. Lepas 10 minit, saya berazam mahu keluar dari 'rat race' ini.




Pengalaman bermain Cashflow Games

Tidak sangka, rupa-rupanya tanpa sedar saya sudah menyebut kuat-kuat dan berazam, "Aku mesti keluar dari sistem ni. Nak duduk terperuk kat sini sampai bila?" 

Rupa-rupanya itu yang berlaku dalam dunia kehidupan sebenar. Terlalu banyak yang saya belajar daripada games ini. Terutama tentang cara mengumpul cash money dengan cepat. Tidak sangka, kebaikan bersedekah pun saya belajar melalui games ni.



Robert Kiyosaki

Malam ini, saya terkejut. Tiba-tiba seorang editor dan pruf buku Robert Kiyosaki yang alih bahasa ke Bahasa Melayu menghubungi saya. Beliau berminat mahu bermain permainan ini. Saya pun tak tahu rupa-rupanya Robert Kiyosaki ada menyuruh semua orang supaya bermain games ini. 

Sesiapa yang pernah membaca buku-buku Robert Kiyosaki mesti perasan kan? Seorang multi-billionaire pun menyarankan kita semua bermain games ini. Nampaknya games ini sangat luar biasa yang dapat mengubah pandangan seseorang terhadap kehidupan.



Jom Bermain Bersama

Saya nak ajak kawan-kawan yang manis bermain sekali. Di sini, dapat kenal bagaimana duit yang bekerja keras mengKAYAkan kita.

Insha-Allah saya akan menjemput sekali pemilik bisnes yang berjaya untuk bermain bersama-sama. 

Ada yang berminat nak bermain?


  . Boleh email saya di sini : pn.iryani@gmail.com ATAU boleh sms/whatsapp : 0197174760


Saya akan mulakan sesi main Cashflow Games ini selepas raya. Boleh kumpulkan orang. Cukup 4 orang, kita boleh mula main.


Baiklah, suka saya nak share tentang link blog yang ada ceritakan tentang games ni.


============================================

Rujukan : http://ilmuhaizan.blogspot.com/2010/10/permainan-cashflow-101-cara-berfikir.html


PERMAINAN 'CASHFLOW 101' : Cara berfikir Kiyosaki.. ' Biar duit yang bekerja keras mengKAYAkan kita'

OKTOBER 2010
Pernah tak dengar permainan 'CASHFLOW 101'..Kat Malaysia ni memang tak 'glamour' lagi sebabnya :
  • Harga 'board' permainan ni mahal. Satu lagi, jangan harap la boleh beli kat mana-mana kedai kat Malaysia ni.Kedai Toys r us pun tak jual.Paling dekat pun boleh beli kat Singapura.Masa awal-awal beli dulu, harga satu 'CASHFLOW' ber bahasa Inggeris, beli 'online' 'direct' daripada Amerika, harganya sekitar RM800.Kalau Bahasa Indonesia-Singapura boleh mencapai sehingga RM400.
  • Permainan 'CASHFLOW' ni banyak digunakan oleh motivator-motivator kewangan dan pelaburan dalam kursus-kursus. 'So' kena la bayar antara RM 50 - RM 500 seorang untuk dapat ilmu ni. Sanggup....Kesimpulannya, hanya orang tertentu sahaja tau.. ( Kalau saya ajar 'free' je tapi kena jadi 'student' saya dulu la)
 

MEH KITA KENAL DULU SAPA PENCIPTA PERMAINAN NI YE....

Penciptanya ROBERT KIYOSAKI. Lahir kat Hawai, keturunan Jepun-Amerika.Untuk jimat masa, saya terus crita masa dia dah besar je la ye.Masa awal-awal dulu, beliau kerja sebagai jurujual mesin fotostat syarikat Xerox je. Pastu berhenti dan jual dompet berjenama dan berjaya perniagaan ni.Pastu jual T'shirt ekslusif untuk peminat-peminat Heavy Metal dan perniagaannya lingkup.Kerugian yang ditanggung ni menyebabkan beliau hampir-hampir kehilangan rumah.Kiyosaki, kemudiannya masuk satu seminar bertajuk 'Money & You' yang disampaikan oleh Marshall Thurber.Pada satu ketika, atas sebab-sebab tertentu, motivator Marshall ni tak mau menguruskan program motivasi lagi. Jadi, Kiyosaki bersama rakannya cepat-cepat ambil alih perniagaan ni.Masa umur Kiyosaki 47 tahun, perniagaan perunding motivasi ni kurang menguntungkan dan digantikan dengan syarikat Cashflow Technologies dengan mempromosikan konsep 'Rich Dad' dan 'Cashflow'.Pada masa ini lah kejayaan demi kejayaan tiba.Beliau menulis buku yang menjadi fenomena di seluruh dunia iaitu 'Rich Dad, Poor dad'.Selepas itu maka tercipta lah permainan 'CASHFLOW 101'.

NI PENCAPAIAN SAYA DAN 'STUDENT' SAYA DALAM PERTANDINGAN 'CASHFLOW'

 Gambar di atas : 2009 - Naib Johan Pendapatan Tertinggi Pertandingan 'Cashflow' (kumpulan) & Johan - Individu Pendapatan Tertinggi peringkat KPM/KM se Malaysia di KPM Bandar Penawar Johor
Gambar di atas : 2010 - Johan Pertandingan 'Cashflow' (Keluar 'Rat Race' paling pantas berkumpulan), Naib Johan Pendapatan Tertinggi berkumpulan 'Cashflow' peringkat KPM/KM se Malaysia di KPM Ayer Molek Melaka.  

APA YANG HEBATNYA PERMAINAN NI...

oiii permainan ni lain daripada yang lain tau, sesuai la dengan harganya yang mahal.Secara peribadi, permainan ini cukup memberi kesan mendalam dalam perlakuan kita seharian. Ianya bukan sekadar permainan, cukup praktikal dan benar-benar mengajar kita terutama orang yang dah bekerja bagaimana nak bijak dalam menguruskan kewangan.

Umumnya, 'CASHFLOW GAME' mengajar kita sebagai orang yang bermula dengan makan gaji, bagaimana menguruskan pelaburan kewangan dengan bijak. Tak kira la samaada bergaji besar atau bergaji kecil.Setiap profesion ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Contohnya seorang doktor, gajinya besar tapi hutang dan tanggungannya pun besar.Seorang Tukang cuci, gajinya kecil tapi hutangnya pun kecil.Dalam erti kata lain, orang yang makan gaji ni ibarat seperti kehidupan tikus yang asyik berlari ke sana sini, tak senang duduk. Tak percaya, cuba la tangkap tikus, senang tak nak tangkap. Maksudnya, wang yang sentiasa tak cukup, sentiasa resah setiap bulan memikirkan hutang dan kerja tak henti-henti bagi mengayakan orang lain.
Persoalannya, bagaimana nak lari daripada dunia tikus ini. Caranya cari PENDAPATAN PASIF yang dapat menampung segala perbelanjaan dan dalam masa yang sama gaji pun masuk setiap bulan.

PENDAPATAN PASIF boleh kita perolehi dengan cara menggunakan wang gaji kita untuk tujuan pelaburan. Kalau nak dapat banyak tunai, labur la kat saham biasa, saham keutamaa, saham amanah, pelaburan emas dan lain-lain pelaburan yang menguntungkan jangka masa pendek dan sederhana.Bila dah ada duit lebih, baru la kita labur kat pelaburan hartanah, pelaburan perniagaan dan pelaburan saham syarikat yang  boleh memberi kita PENDAPATAN PASIF dalam bentuk sewa, dividen, faedah, royalti, elaun dan seumpamanya. Kesimpulannya, PENDAPATAN PASIF ni macam kita dapat duit goyang kaki je. Bukan kita yang bekerja keras untuk dapat duit tapi DUIT yang akan bekerja keras setiap bulan untuk mengayakan kita.Apabila PENDAPATAN PASIF kita berjaya melebihi segala hutang dan tanggungan setiap bulan maka kita dikatakan berjaya keluar daripada perlumbaan tikus ( 'Rat Race') dan kita akan masuk ke dunia orang-orang kaya dalam laluan cepat ( 'Fast Track')

JOM KITA TENGOK SECARA RINGKAS APA YANG ADA KAT 'BOARD CASHFLOW'
Ada dua bahagian:
  • BAHAGIAN LUMBA TIKUS ( 'RAT RACE')
Objektif : Kalau nak keluar daripada bahagian Lumba Tikus, pastikan PENDAPATAN PASIF MELEBIHI JUMLAH PERBELANJAAN. 'So' kena la buat macam-macam pelaburan yang boleh memberi aliran tunai positif yang banyak.

Sebelum main, benda-benda ni kena 'settle' dulu :
1. Bagi kat setiap pemain helaian penyata kewangan untuk 'Rat Race' dan 'Fast Track'


2. BAGI KAD PROFESION SETIAP ORANG ( nak senang main satu profesion je untuk semua pemain)

3. PINDAHKAN MAKLUMAT KAD PROFESION KE DALAM HELAIAN PENYATA KEWANGAN


4. BAGI DUIT GAJI PERTAMA MENGIKUT KAD PROFESION BESERTA DUIT SIMPANAN KAT SETIAP PEMAIN

5. AKHIR SEKALI, BAGI LA SEBIJI TIKUS UNTUK JALAN, TOKEN DAN SEBIJI IMPIAN UNTUL DILETAKKAN KAT 'FAST TRACK' ( Setiap pemain diberi warna yang sama)
 

Kat dalam 'RAT RACE' ni ada macam-macam petak:
  • Petak Gaji - Setiap kali mendarat atau melalui mana-mana petak gaji, pemain akan menerima aliran tunai bulanan bersih. Kena sebut 'gaji' atau 'paycheck'. kalau tak sebut atau terlupa, bank tak bagi gaji.Kalau gaji negatif, pemain kena bayar kat bank.
  • Petak Peluang - Tempat untuk kita buat pelaburan. Ada pelaburan saham, simpanan tetap, saham amanah, rumah teres, penginapan, perniagaan, rakan kongsi perniagaan, emas, rumah duplex, 'apartment' dan sebagainya. Ada 2 pilihan, samaada pilih urusniaga kecil atau besar.Urusniaga kecil, paling mahal lebih kurang RM5000. Urusniaga besar, paling murah RM 6000. Bila dapat kad tu, baca dengan kuat dan ikut segala arahan yang tertulis.
Perkara penting yang kena tau bila tengok kad urusniaga besar dan kecil :

 
  • Petak Pasaran - Ini adalah tempat untuk kita menuai hasil pelaburan tapi ada gak kad yang menyebabkan kita kena bayar kad bank.Baca dengan kuat dan ikut arahan dalam kad.
  • Petak 'Doodads' - Ini adalah kad berkaitan dengan perbelanjaan. Wajib bayar kad bank.
  • Petak Derma - kad pilihan. Kalau nak derma, kena bayar 10% daripada jumlah pendapatan kepada bank. Sebagai balasan , bank akan bagi kita lempar dadu 2 kali sebanyak 3 giliran.
  • Petak Bayi - Tahniah, dapat anak. Kena tingkatkan perbelanjaan anak kat helaian penyata kewangan.Maksimum anak 3 orang je
  • Petak Penghematan - Hilang pekerjaan. Kena bayar jumlah perbelanjaan kat bank dan hilang 2 giliran.
GAMBAR KAT BAWAH NI, CARA-CARA MACAMMANA NAK MASUKKAN MAKLUMAT KAT HELAIAN PENYATA KEWANGAN :


 
 

BAHAGIAN LANDASAN CEPAT ( 'FAST TRACK' )

Bila dah dapat PENDAPATAN PASIF melebihi PERBELANJAAN, cakap kat bank 'saya nak keluar Lumba Tikus '. Buat penyata baru kat helaian penyata kewangan Landasan Cepat ( 'Fast Track'). Kali ni, kita dah tak dapat gaji dan penyata yang lama akan dibuang. Aliran tunai kita yang baru ialah Pendapatan Pasif di darabkan 100 kali ganda...banyak tu...Masa kat Landasan Cepat ni kita boleh main 2 kaedah bagi menentukan pemenang ye.
1) Main sampai sapa-sapa yang dapat aliran tunai pelaburan RM 50,000 atau lebih dianggap menang. Kalau nak main cara ni, petak impian berwarna pink, terpaksa diabaikan. Kita main dapatkan pelaburan perniagaan kat petak hijau. Kalau kita dah beli perniagaan kat petak hijau, letak la token kita sebagai tanda. Ada petak hijau yang boleh sorang je beli, ada petak hijau yang boleh beli lebih daripada 2 pemain dan ada petak hijau yang kena baling dadu untuk dapatkan nombor tertentu. Kalau terkena nombor dadu yang disyaratkan dapatla aliran tunai, kalau tak kena , aliran tunai tak dapat langsung.

2) Atau kita main cari impian. Kalau nak main impian ni, sebelum kita main 'Rat Race',setiap pemain dah letak siap-siap apa impian kita kat 'Fast Track'. Jadi, kalau kita berjaya baling dadu dan tepat kena kat petak impian kita yang warna pink tu, maka kita dianggap pemenang.

GALERI GAMBAR PERMAINAN 'CASHFLOW'
1. Sekitar Pertandingan Peringkat Kolej tahun 2009


2. Ceramah 'Cashflow' bersama Motivator Dr Rithauddin

  

'Batch pertama Kolej MARA Kuala Nerang yang tau pasal 'Cashflow'

STRATEGI NAK MENANG....

Saya bagi sikit je la ye...Sebenarnya tujuan utama bila main "CASHFLOW' ialah macammana nak bagi cepat keluar daripada petak 'Rat Race'..Memang nikmat betul la bila dapat keluar 'Rat Race', hilang 'tension' & lega sangat la...Sebenarnya banyak strategi boleh buat. Biasa yang saya buat ialah bila ada harga saham sangat rendah, saya akan beli habis-habisan. Kalau tak cukup duit di tangan, saya akan pinjam duit kat bank semaksimum mungkin. Pastu bila harga saham sangat tinggi, saya akan jual semua... Masa ni, saya dapat duit yang saaaangat banyak. Pastu saya akan 'settle' kan pinjaman kat bank dan segala hutang dengan bank seperti gadaian rumah, kad kredit dan lain-lain berkaitan. 'So' bila saya dah abis bayar, maka gaji bulanan saya meningkat dan perbelanjaan saya akan semakin berkurangan pada tahap minimum. Pastu, saya akan main urusniaga besar. saya akan beli perniagaan atau rumah yang mahal-mahal, supaya saya dapat aliran tunai yang sangat tinggi.Sebab apa saya buat camni, sebabbbb...nak bagi pendapatan pasif saya banyak....Pastu, bila PENDAPATAN PASIF melebihi JUMLAH PERBELANJAAN...cepat-cepat la bagitau bank 'NAK KELUAR RAT RACE'

==========================================================


Jom Bermain Bersama

Saya nak ajak kawan-kawan yang manis bermain sekali. Di sini, dapat kenal bagaimana duit yang bekerja keras mengKAYAkan kita.

Insha-Allah saya akan menjemput sekali pemilik bisnes yang berjaya untuk bermain bersama-sama. 

Ada yang berminat nak bermain?


  . Boleh email saya di sini : pn.iryani@gmail.com ATAU boleh sms/whatsapp : 0197174760


Saya akan mulakan sesi main Cashflow Games ini selepas raya. Boleh kumpulkan orang. Cukup 4 orang, kita boleh mula main.