Skip to main content

Sekolah

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Sekolah lazim dikaitkan dengan sesi pembelajaran formal di sekolah. Duduk di dalam kelas, ada guru masuk mengajar. Itulah sekolah saya semasa di sekolah rendah dan menengah. Kemudian, saya masuk ke sekolah seterusnya iaitu di Kolej Matrikulasi Johor dan Universiti Teknologi Malaysia. Sekolah pada peringkat ini, saya yang masuk ke dalam kelas dan belajar bersama guru. Pada masa-masa tertentu, kena pergi ke bilik guru atau rumah guru untuk belajar.


Sekolah Ramadhan

Tamat pengajian formal di sekolah biasanya disertakan sekali dengan sekeping sijil di tangan. Setelah meninggalkan alam pengajian, saya terus memohon untuk memasuki sekolah seterusnya. Pada bulan ini, saya sedang belajar di dalam sekolah 'Ramadhan'. InsyaAllah pada malam ini adalah hari ke-10.


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana panjangkan umur dan beri kesihatan untuk bertemu ramadhan pada tahun ini 1434H/2013.

Hati pun bertanya, 

" Hari ini bakal berakhirnya 10 hari dalam sekolah Ramadhan. Lalu apakah matlamat yang ingin saya saya capai pada hari ini? 

Pesan Ustaz Fathuri, sudah-sudahlah...memikirkan apa yang mahu dimakan pada waktu berbuka nanti.


Tahniah kepada sahabat-sahabat yang sudah bermula untuk membaca dan terus membaca al-Quran.

Sungguh, latihan sebulan ini adalah persediaan untuk 11 bulan berikutnya.


Latihan

Dalam kehidupan harian, kita sering mahu mempertingkatkan diri dalam serba serbi kebolehan dan kemahiran. Dalam pekerjaan , kita sering mahu upgrade diri baik dari segi jawatan dan gaji. Adakah kita suka jika sudah 10 tahun bekerja makan gaji tetapi jumlah gaji yang diterima masih sama seperti mula-mula kerja dahulu? Jika berbisnes sudah 6 bulan tetapi masih rugi, adakah kita masih mahu meneruskan bisnes itu? Adakah kita mahu menjadi seperti anjing mencawat ekor?

Kita selalu mahu apa yang ada di tangan kita adalah yang lebih baik daripada semalam. Contohnya seperti harta benda. 

Setuju tak kalau saya katakan yang setiap di antara kita mahukan hidup yang baik dan lebih tepat lagi, semua manusia mahukan hidup yang terbaik buat diri masing-masing.

Benarkan?

Ya, memang betul tapi percayalah semua kita ni dah ada rezeki masing-masing. Sudah di tetapkan Tuhan apa dan bagaimana suatu perkara akan kita jalani nanti. Baik atau buruk itu bukan urusan kita. Semuanya sudah disusun Tuhan dengan super indah.


Jadi, untuk apa kita nak pertikaikan untung nasib seseorang. Kalau kawan kita “lebih” sana sini, biarkan saja. Jangan tanam rasa tak puas hati dan dengki sesama sendiri. Set kan dalam kepala kita, “oh,itu rezeki dia!”.


Itu perkara biasa. Nama pun manusia. Tapi, untuk apa mahu berdengki dan tunjuk rasa tidak puas hati dengan kebahagian orang lain.

Bukan seronok bila dapat tahu ada kawan-kawan yang ada masalah hidup. Tak sama sekali. Cuma, bila kita tahu ada manusia yang lebih teruk, lebih susah, lebih bermasalah daripada kita dalam hidup. Buat saya lebih bersyukur dengan Tuhan.

Saya kurang sisi sini, ada kawan-kawan lain yang kurang sisi sebelah lain. Saya dapat rasakan keadilan Tuhan di situ. Terima kasih Allah.
Percaya atau tidak, memang ada sesetengah orang dek kerana sibuk sangat tak puas hati dengan rezeki orang lain sampai boleh jadi stress. 

Amalan

Suka saya mahu mengajak semua agar berfikir sejenak dan bertanya pada diri sendiri. Adakah kualiti khusyuk solat kita masih sama seperti 10 tahun yang lalu? Adakah puasa kita pada tahun lepas berjaya mengubah kita menjadi lebih baik pada tahun ini? Bagaimanakah amalan-amalan kita yang lain?

Kita sangat risau jika gaji tak naik setelah 10 tahun bekerja. Adakah kerisauan yang sama pada kualiti dalam ibadah-ibadah yang dilakukan? Atau sekadar melepaskan batuk di tangga dalam buat ibadah pada Tuhan?

Malam ini akan berakhirlah 10 Ramadhan yang pertama. Mari bersama-sama berebut peluang pahala yang Allah sudah sediakan dalam bulan mulia ini. Bulan yang Allah lipat gandakan amalan hamba-Nya berbanding bulan yang lain.


# Mulakan langkah pertama dengan menyediakan tapak di alam maya sebagai langkah memulakan perniagaan ,mendapatkan pelanggan atau juga langkah pertama dalam menyampaikan ilmu dengan :

1) sertai kelas asas blog dan penulisan (untuk menulis bebas)
2) sertai kelas asas blog dan fan page (untuk melebarkan sayap perniagaan di alam maya)
untuk sertai, boleh masuk ke sini :


atau emailkan ke : pn.iryani@gmail.com



Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.