Skip to main content

Berlapang Dada [09.05.2013]

Teks : Iryani Ahmad

Perkongsian daripada Prof Dr. Harlina Halizah Siraj. Pergeseran dan perselisihan pendapat sering berlaku dalam interaksi seharian manusia.Dengan akal fikiran kritis yang dikurniakan Allah SWT, manusia tidak mungkin mahu jadi Pak Turut sepanjang masa. Sudah menjadi adat dan fitrah, manusia mahu pandangannya didengari dan dihormati, pendapat dan cadangan mereka mendapat pertimbangan sewajarnya oleh orang lain.Perasaan mudah merasa kecewa sekiranya idea ditolak. Hati menjadi pedih luka terhiris bila ada bantahan dan bangkangan kepada apa yang di cadangkan.

Dek kerana tidak mahu terluka dan rasa dihina, ramai antara kita memilih untuk menurut sahaja, senang cerita! Sekalipun tidak bersetuju di dalam hati, wajah pura-pura menyimpulkan senyuman, kepala diangguk-angguk mengiyakan tanda setuju. Namun dihati, terpendam dendam kesumat yang membusuk. Kononnya mahu menjaga keharmonian dan tidak mahu menimbulkan kekusutan, tetapi akhirnya, perasaan negatif yang dipendamkan hanya akan mencetuskan tindakan negatif pula pada satu ketikakelak. Memilih untuk mendiamkan diri dari meluahkan ketidakpuasan hati ,bimbang nanti pihak yang satu lagi akan berkecil hati dengan tindakan kitamenzahirkan rasa, menandakan hubungan silaturrahim yang belum mantap tahap ukhuwwahnya. Menghindari konflik  secara inidikatakan  manifestasi sebuah hubungan komunikasi yang kurang sejahtera atau dysfunctional.

Alangkahbaiknya sekiranya kita berani menyuarakan pandangan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Sekiranya ada tentangan dari pihak yang kurang bersetuju, berikanlah laluan sepenuhnya untuk mereka menyatakan pandangan, kerisauan dan kekaburan yang mencetuskan pilihan mereka untuk tidak bersetuju dengan cadangan kita itu.Kemudian, dengan penuh keikhlasan, perjelaskan mana yang masih belum berapa jelas. Sekiranya masih tidak bersetuju, inilah saatnya kita perlu mengambilsikap berlapang dada dan bersetuju untuk tidak bersetuju. Tiada gunanya kita memaksa orang lain menerima pakai segala cadangan dan kehendak kita,seolah-olah pandangan kita sahajalah yang benar dan patut dilaksanakan. Masakan mungkin seorang manusia biasa yang penuh kelemahan ini mendabik dada,mengatakan hanya dia seorang yang serba arif, paling tahu dan mampu dalam segala urusan. Apa yang menyedihkan, perpecahan dan keretakan semakin ketara,sehingga wujud beberapa kumpulan yang saling bercakaran. Komuniti terbahagi kepada beberapa kem – berlaku tarik-menarik antara ahli masyarakat untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukan. Setiap ahli mesti mengisytiharkan pihak mana yang dianggotainya – jika tidak, maka terasinglah kehidupan sekeluarga.Slogan yang didokong - `Kalau anda tidak bersama kami, anda tentunya bersama mereka  (pihak lawan)!’

Meraikan pandangan dan menghargai cadangan orang lain, adalah satu ciri penting yangmesti ada dalam diri pemimpin yang inovatif dan berdaya saing. Sifat merendah diri ini sebenarnya tercetus dari ketinggian akhlak yang kudus dan keikhlasanhati yang jernih. Hati yang bersih tidak mudah dihinggapi penyakit hasad dengki, riya dan takabbur. Jiwa yang besar tidak mudah disempitkan oleh rasa takut kehilangan pengaruh. Malahan untuk mendidik hati supaya mampu  , kita haruslah mempunyai sikap yang betul terhadap segala teguran dan kritikan yang ditujukan kepada kita. Anggaplah itu sebagai satu   dan tarbiah yang datangnya dari Allah SWT, yang sentiasa memimpin dan membimbing insan terpilih dengan hidayah dan taufik-Nya.

Kembali kepada fitrah Islam yang menitikberatkan kesederhanaan, kesejahteraan, keamanandan keharmonian ini, sememangnya akan menimbulkan perasaan lapang dada dantenang fikiran. Dalam konteks yang sama, rasa sempit dada, resah dan gelisahberpunca dari keengkaran manusia untuk mengikuti jalan yang telah digariskanoleh Allah SWT. Sebagaimana yang dirakamkan dalam Surah  Al An’aam, ayat ke 125 yang mafhumnya :

"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikankepadanya hidayah (petunjuk), nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima)Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allahmenjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit.Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman."

Melatih diriuntuk sentiasa berlapang dada adalah mujahadah yang perlu diutamakan, demi sebuah kehidupan bermasyarakat yang aman damai dan tenteram. Mendidik diri untuk meraikan pandangan orang lain dan dalam masa yang sama perlu berani pula untuk menegakkan pendapat sendiri , bukanlah sesuatu kemahiran yang boleh diraih sewenang-wenangnya. Setelah puas berbincang dan lawas mengutarakan hujah serta pandangan, sekiranya masih belum ada titik pertemuan, setuju untuk tidak bersetuju dan menghormati pandangan pihak lain adalah langkah paling wajar yang perlu diambil. Selepas sesi perdebatan itu, kedua pihak seharusnya meneruskan persahabatan seperti biasa, bukannya beredar dengan dendam kesumat permusuhan.Tindakan ini menunjukkan tahap kematangan dan profesionalisme yang tinggi.

Tidak juga dinafikan,ada kalanya individu yang mempunyai buah fikiran yang berbeza itu gagal menyampaikan pandangannya dengan cara berhikmah dan bersopan-santun, khususnyajika yang dibangkang itu pandangan seseorang yang jauh lebih berumur da nberpengalaman. Suasana menjadi tegang, apabila perbincangan menjadi hangat dan si anak muda tidak berhenti-henti menggasak dengan idea baru dan inovatif,memandang rendah kepada gaya dan pendekatan yang diambil selama ini. Lebih parah, sekiranya si anak muda mengambil tindakan mendedahkan kelemahan dan kesilapan di tengah khalayak umum, sehingga jatuh air muka pihak yang lebihveteran dan senior. Masih perlukah berlapang dada dalam situasi ini? Masih adakah yang mampu untuk mengambil sikap berlapang bila berhadapan dengan kerenah ini?

Dalam apa jua suasana, akhlak pendakwah tidak boleh lari dari apa yang diperintahkan olehAllah SWT di dalam Al-Quran dan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.Perhatikan mafhum surah An-Nahl : ayat 125 :


"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mudengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yangbaik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yangtersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yangmendapat petunjuk."

Perlulah ada bimbingan dan tunjuk ajar dari golongan yang lebih senior untuk memperbetulkan pendekatan si anak muda yang bersemangat dan pantang dicabar ini. Dengan kebijaksanaan yang dikongsi, bersama pengalaman yang menggunung,  hubungan sejahtera mampu dijalin dan dipereratkan. Untuk mewujudkan suasana harmoni, kedua belah pihak – sama ada yang dianggap senior atau √≤tai' yang lebih berpengalaman atau `otai’dan juga golongan mudayang lebih bersemangat – perlulah mempunyai sifat berlapang dada. Sifat terpuji ini terhasil dari keyakinan bahawa kepelbagaian pandangan dan pendekatan perlu dicanai dan digabungkan untuk menghasilkan idea yang jauh lebih menyerlah dan inovatif. Kebijaksaan orang tua digabungkan dengan kecergasan orang muda - hasilnya tentu menjadi!

Semoga kita diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk mendidik diri agar mampu berlapang dada sepanjang masa dan ketika.  Amin

Comments

Popular posts from this blog

Terapi Laut (1)

Oleh : Iryani Ahmad

3 minggu lalu saya buat keputusan drastik mahu ke Port Dickson pada usia kandungan sarat 38 minggu. Eh 39 minggu. Saya pergi berdua ditemani suami dan meninggalkan 4 orang anak-anak di bumi atas angin Indera Kayangan.

Pada jarum jam menunjukkan waktu sudah tengah malam, kami sampai di tepi pantai putih bersih berhamparan laut luas Selat Melaka. Saya perlu rawatan ini. Saya nekad perlu terapi ini. Saya perlukan satu suntikan baru pada saat genting itu.

Saya diarahkan melihat pada bulan. Bulan berada tepat di atas laut. Pada wajah bulan purnama itu terdapat diri saya. Saya seolah-olah berada di bulan itu. Saya melihat diri saya yang berbaring di atas pantai putih bersih itu.

Saya yang berada di bulan itu berkata kepada diri saya di bawah sambil mataku merenung tepat anak mataku di bawah :

" Aku melihat diriku yang sihat sedang bermain-main berlari berkejaran di tepi pantai bersama anak-anakku yang sihat dan ceria."

" Aku melihat diriku sedang dikendong o…

Nah Ebook Bersalin Percuma! Sila Download Kalau Nak Tahu Wanita Hamil Yang Selalu Takut Boleh Ganggu Kesihatan Bayi dan Proses Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Selepas bersalin anak kedua pada 2012, saya pernah kongsikan pengalaman bersalin yang agak pelik iaitu tenang dan gembira. Lepas tu, ramai kawan tanya dan saya seronok berkongsi. Lama-lama saya rasa tak sempat nak balas pertanyaan banyak-banyak tu. Lalu, datanglah ilham apa kata kalau saya tulis semua sekali pada satu tempat dan setiap kali ada orang lain nak tahu, saya tunjukkan sahaja tempat tu. 


Saya pernah berada di tempat bagaimana rasanya terjerut takut nak bersalin tapi mahu mengandung dan mahu anak. Tapi tak mahu sakit. Saya seperti orang lain juga merasakan bersalin wajib rasa sakit. Selepas saya belajar tentang kemahiran ini, saya berlatih dan buat masa waktu bersalin, memang ia sangat ohsem Masya Allah. 



Kehamilan ialah saat menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga jejaskan proses perkembangan bayi dalam kandungan dan mengganggu proses bersalin.

Ya, saya rasa sedih, simpati dan kesian pada kawan-kawan yang mengalami masalah semasa p…

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Bayi 350%

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI 350% DENGAN TASNEEM NATUREL CF-RUB BALM UNTUK ANAK YANG BATUK, SELESEMA DAN DEMAM

Oleh : Iryani Ahmad Bayi batuk. Bayi selesema. Mak-mak mula risau..Hidung tersumbat, anak tak boleh lena…mak ayah pun sama tak mungkin boleh tidur lena. Puas dah bawa anak pergi ke klinik. Malangnya, doktor tidak akan bagi ubat batuk dan selsema untuk bayi di bawah umur 2 tahun! Alhamdulillah dengan izin Allah, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produknya iaitu CF Rub telah banyak membantu mak-mak yang menghadapi masalah ini. Selain itu, jika bayi dah makan, kena elakkan makanan yang menambah mukus seperti gula, gluten dan produk makanan berproses. Ibu yang menyusukan bayi pun kena pantang tau. Bertabahlah semenjak menjadi ibu ni memang banyak pengorbanan yang harus dibuat demi anak kesayangan.


Antara testimoni sebenar yang diberikan oleh ibu-ibu seluruh Malaysia.